TEMPE DAN TAUHU GORENG BERCILI KERING - masam manis f

Breaking

Feb 24, 2011

TEMPE DAN TAUHU GORENG BERCILI KERING

Hari ini  ita nak berkongsi satu resepi masakan air tangan dari ibu mertua ita yg paling ita suka iaitu tempe dan tauhu goreng bercili kering. Ini adalah antara air tangan ibu mertua yg merupakan fav ita dan suami. Kebetulan ita mmg suka tauhu atau apa2 masakan beasaskan tauhu, dan suami ita pula adalah peminat setia tempe... bila digabungkan oleh ibu mertua dalam kuali... ia mmg cukup serasi dan begitu istemewa...


Ibu mertua ita ni kalau memasak semua yg simple2 aje... jarang benar ia masak yg berat2 kuih muih pun jarang benar dibuat kerana bapa mertua ita mmg tak suka makan kuih muih... kalau dia bertandang ke rumah ita selalu dia tak benarkan ita masak yg bukan2 atau buat kuih-muih kerana bapa mertua ita  tak suka makan. Lauk kegemarannyer semua lauk bening2 aje... macam sawi masak air, kobis masak air atau apa2 sayur yg boleh dimasak air. Sambal belacan dan ikan goreng mesti ada... cukup lah tu buatkan bapa mertua ita berselera mengadap hidangan... senang dan mudah kan... untung ibu mertua ku... tak yah susah2 nak fikir masak apa...

Resepi ni ringkas dan mudah aje penyediaannyer... tapi ita suka sebab ia pedas2 manis. Kalau di Johor biasa ita lihat juga orang masak begini tapi biasanyer menggunakan cili kering ditambah kentang dan kacang goreng, yang ibu mertua ita punyer resepi menggunakan cili api... bila makan rasanyer rangup aje... sedap jugak kalau meratah macam tu aje... Jom ita tunjukkan bagaimana penyediaannyer yg cukup ringkas dan sempoii....



MyKitchen's Recepi

TEMPE DAN TAUHU GORENG BERCILI KERING

3 keping tauhu - dipotong dadu kecil2 dan digoreng
3 keping tempe - dipotong dadu kecil dan digoreng
segengam ikan bilis - digoreng
1 batang cili merah - dihiris halus
1 batang cili hijau - dihiris halus
1 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis
sedikit gula

Bahan Dikisar
5 biji cili api
1 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

"DO IT YOURSELF"

Tumis bahan yg dikisar hingga naik bau. Masukkan kicap manis dan kicap masin masak lagi hingga sedikit garing. Masukkan gula secukup rasa. Kemudian masukkan tauhu dan tempe yg telah digoreng tadi, kacau rata. Masukkan cili hijau dan cili merah kacau mesra. Tutup api. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng ratakan dan gaul mesra. Siap untuk dihidangkan...

5 comments:

Mas said...

sedappnya kak lauk tu..
rasanya macam mas pernah makan sebab jiran mertua ada kasi...he..he..
nanti2 boleh cuba laa..

Unknown said...

sedapnya kak.... suka ratah gitu jer tempe tu..dulu tak suka mkn tapi lelama dh cuba mkn sekali sedap la pula...biasala org utara ni mana pandai mkn tempe kan tapi bila dh bergaul dan kwn2 ngan kwn johor reti dh la...hehe

Azlita Aziz said...

sedap mas akak suka lah sebab dia pedas2 manis.. makan dgn nasi panas2... bertambah2 kalau akak makan...

Azlita Aziz said...

kalau org Johor mmg suka makan tempe kot!! tapi suami akak org Kelantan pun suka makan tempe... sampai mak mertua akak kata ni bukan org kelantan ni... orang Jawa Kelantan... hihi

Unknown said...

Satu Malaysia suka makan tempe.Kami memproses dan membekal tempe yang licin, putih dan padat dengan harga borong.Log on fb Tempe Lobai atau blog kami aboutsoya.blogspot.com tQ...

Post Top Ad

test