IKAN TENGGIRI LEMAK HIJAU - masam manis f

Breaking

Mar 3, 2011

IKAN TENGGIRI LEMAK HIJAU

hari ni sebenarnyer ita teruja sangat nak memasak... sebab kali ni ita masak lauk ikan tenggiri masak lemak hijau. Actualy resepi sebenar menggunakan ikan bawal. Tapi sebab ikan bawal tak de ita gantikan lah dgn ikan tenggiri. Boleh kan kak Ummi? kita tukar ikan aje lauk tetap maintain sama...


Resepi ni ita ambil dari majalah Jelita yg depan dia gambar Siti Nurhaliza tu.... resepi dari sifu masak memasak kita yg mmg ita respect giler kerana walaupun sibuk bekerja masih ada masa memasak lagi... pulak tu anak2 dok hari2 bawak bekal air tangan ibunyer... masih lagi sempat berblog dan sentiasa menyusul N3 terbaru setiap hari.... Juga masih punyai ruang untuk mentranslatekan setiap resepi yg sampai ketangannyer untuk kemudahan adik2 nyer... menyemak... hebatkan wanita ni... kalau ita punyai kuasa akan ita pilih kak Ummi kita ni sebagai salah seorang bakal  Ibu Mithali untuk tahun ini....


Resepi pertama dari kak Ummi yg ita cuba... kenapa resepi ni menjadi pilihan kerana ita sukakan haruman daun ketumbar dalam masakan ni, pulak tu resepi ni letak nenas yg mmg ita suka sangat... kali ni ita mengikut setiap resepi yg tercatat... tapi kan lain kali ita kena tambah lah jumlah cili api tu supaya pedas sedikit... ita ni mmg suka pedas2 lagi pedas lagi kick!... Resepi ni mmg sedap! terasa lemak dan manis dari nenas tu... yg tak tahan bau daun ketumbar yg mmg menjadi salah satu tarikan pembuka selera... ita dah cuba dan merasa ... anda??? bila lagiii???


MyKitchen's Recipe

IKAN TENGGIRI LEMAK HIJAU
By: Kak Ummi
Sumber : Majalah Jelita  Mac 2011

Bahan2
1 ekor ikan bawal - ita tukar ikan tenggiri, siang cuci bersih dantoskan
sedikit garam
sedikit kunyit
Minyak masak secukupnyer untuk mengoreng
1 cwn pati santan
1/4 biji nenas - dipotong nipis atau dadu
garam secukup rasa
2 camca teh gula pasir
sedikit hirisan daun ketumbar

Bahan dikisar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
3 tangkai daun ketumbar
2 biji cili hijau
1 batang serai
6 biji cili padi hijau

"DO IT YOURSELF"

Ikan yg telah dibersihkan dilumur dgn garam dan serbuk kunyit. Kemudian digoreng sehingga tiga suku masak. Angkat dan ketepikan

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar menggunakan api perlahan. masak sehingga wangi aromanyer.
Masukkan ikan dan kacau ikan bersama bahan tumisan sehingga rata.
Bubuh pati santan bersama nenas, garam dan gula.
Masak sehingga kuah agak pekat dan ikan lembut.
Angkat dan hidangkan bersama hirisan daun ketumbar.

12 comments:

Mas said...

amboiii..cepatnya mencuba..mas baru jer membelek2 resepi kak ummi tu..he..he..
sedapp yer kak..
nanti2 mas buat..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ita..

lauk kita hari ni.. ikan dah sama.. tapi resepi yg lain.. hehehe... nnt leh cuba resepi kak ummi ni.. nampak sedaplah ita.. kita pun suka bau daun ketumbar..

Ummi said...

Salam Ita.....waaaaaaaaaaaaaaahhhh, akak baru perasan...tu diaaaaaaaaa....suka eks? Hehee...thanks sbb percaya akan resepi tu dan ingin mencubanya...rasa nk terkencing la Ita puji melangit sangat...nnt jatuh susah...hehehe...Apapun time kasih atas sokongan semua...terharu akak..muaaahhhh!

izahdaut said...

hehe..gelak baca komen kak ummi tuu..
nanti nak try jugak la resepi air tagan kak ummi neh..kalau baca kak ita nyer mengayat ni meleleh terliur dah ni..hehee

Unknown said...

wah kak ita sedapnya tgk menu akak ni...sungguh menyelerakan...boleh cuba resepi kak ummi ni nanti:)

K.Nor said...

wahh ita dah cuba yg ni ya.. nak buat gak!! tunggu gi ke laut dulu, nak jala ikan hihi

Azlita Aziz said...

sedap Mas boleh cuba...
yg akak suka sebab letak nenas dan ada daun ketumbar...
kalau lauk ada daun ketumbar ni buat akak makan bertambah2... hihi

Azlita Aziz said...

ye ke kak madiha...
kalau macam tu boleh lah kita tuka2 mangkuk...
ita mmg suka kalau letak daun ketumbar sedapnyer bau dia... buat perut lapar aje... hihi

Azlita Aziz said...

waalaikumussalam kak Ummi...
ita puji ikhlas kak... tak mintak balas... tapi kalau akak buat buku masak nanti jangan lupa 1 untuk ita siap sign aotograf tau!... hihi

Azlita Aziz said...

hahaha... izah akak pun dok gelak2 jugak nasib baik tak terkencing... hihi

sedap! izah boleh cuba rasa klu guna ikan bawal lagi sedap kot sebab isi dia lembut...

Azlita Aziz said...

hijau mata hitam ku kan nieza...
cuba Nieza... tak cuba tak tau!...

Azlita Aziz said...

ita dah berapa hari ni kak Nor dok ngail udang galah tak dapat2...

Post Top Ad

test