PAU LABU GORENG - masam manis f

Breaking

Mar 2, 2011

PAU LABU GORENG

Hihihi... tak serik serik lagi ita melabu...kan... tapi kali ni tak jadi nasib Si Labu Labi lagi dah... kali ni terrrbaikkkk.... punyerrr....

Aii nampaknyer kes donut labu tu dah jadi kontroversi pulak kan??? sian kak Madiha dan Yatie... ita minta maaf lah bebanyak ye! ita bukan berniat nak timbulkan kontroversi pada Donut Labu ni... tapi apa yg ita ceritakan adalah pengalaman Masam Manis ita didapur... sesuatu yg harus direnungkan bersama... kadang kala kita selalu mengangap perkara itu mudah, tampa lebih berhati2 dan memberikan sedikit masa untuk memahami dan meneliti... dan akhirnyer diatas kecuaian dan kealpaan kita... kita sendiri yg mengalami kerugian...... sesungguhnyer Allah telah berfirman :


Apa yg ita tulis adalah peringatan untuk diri ita sendiri supaya sentiasa berhati2 dalam setiap tindakkan dan perbuatan... tiada sekelumit pun dalam hati ini untuk menyinggung mana2 pihak.... andai ada yg terusik hati dan rasa, sepuluh jari ita pohonkan.... agar kemaafan dapat diampunkan....

Ok lah kita tinggalkan dulu kisah kontroversi donut labu ni... hari ni ita nak bercerita pasal Donut Labu yang telah ita jadikan Pau Labu Goreng bak kata anak ita Goreng pon sodap!!!

Kali ni semua berjalan dgn lancar dan tiada sebarang acident yg tidak diingini berlaku. Kita belajar dari kesilapan... kumpulkan semua panduan dan kita jadikan adunan yg mulus dan gebuuu.... dan terhasil lah ia dgn penuh kenikmatan....


 Untuk resepi kali ni ita buat 1/2 adunan sahaja. Ada bahan2 yg telah ita kurangkan dan cara pembuatan juga ita ubah sedikit mengikut saranan dari kak Madiha ,Yatie dan rakan2 bloger yang lain. Labu kali ni ita kukus ini adalah atas nasihat dari kak Nor Secubit Garam agar labu tidak menampung terlalu banyak air. Ita juga mengikut nasihat dari kak Madiha dan Yatie supaya mengurangkan air kepada 1 cawan dan tuangkan sedikit2 sewaktu menguli adunan.  Kali ni ita mengunakan cara manual dahulu dimana adunan ita uli dgn tangan dahulu setelah pasti adunan tidak lembik barulah ita masukkan dalam BM. Ini juga adalah atas saranan dari Izah. Terima kasih ye semua kerana telah memberikan tunjuk ajar... budi baik kalian semua hanyer Allah saje lah yg dapat membalasnyer....

MyKitchen Recipe

PAU LABU GORENG
Resepi diadaptasi dari resepi Donut Labu
By: Kak Madiha

Resepi dibawah ini ita telah ubah kepada 1/2 adunan untuk memudahkan ita membuat rujukkan.
 Bahan2

  • 1/2 cawan isi labu kuning yang telah dikukus dan dilenyek halus
  • 1/2 cawan air suam (air tuang sedikit2)
  • 1/8 cawan susu pekat manis
  • 1/6 cawan minyak masak atau 1 sudu butter ita rasa klu letak telur kena letak butter supaya tak terlalu banyak cecair dlm adunan
  • 1/2 biji telur - telur tu ita kocok dulu dan dibhg 2
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 310 gm tepong gandum
  • secubit garam
Bahan2 lain
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
  • Gula kastor secukupnya untuk menyalut
Sebelum buat baca setiap arahan dgn betul ye! 
Cara ita : ita uli dgn tangan dahulu dan pastikan adunan tidak terlalu lembik kemudian barulah ita masukkan dalam BM

Cara2 Menyediakan [Menggunakan bread maker (BM)]
  1. Blend/kisar labu rebus dengan 1/2 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam BM.
  2. Masukkan ke dalam BM semua bahan2 cecair seperti minyak masak & susu pekat manis diikuti dengan gula, garam, tepong gandum & akhir sekali mauripan.
  3. Tekan setting untuk doh dan biarkan BM siapkan kerjanya sampai doh naik (1 ½ jam).
[Menguli dengan tangan / Cara manual]
  1. Campurkan mauripan dengan 2 sudu besar air suam (jangan panas sgt nanti yis mati) & 1 sudu kecil gula (ambil dari 1 sudu besar gula tadi) kacau hingga agak sebati. Biarkan sehingga bancuhan berbuih.
  2. Lenyek labu sehingga halus. Tuangkan ke dalam bekas menguli/besen yg sesuai. Masukkan kesemua bahan2 lain seperti minyak masak, susu pekat manis, gula, garam & bancuhan yis yang telah berbuih tadi. Kacau rata dengan tangan. Tambahkan tepong gandum sikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga mendapat doh yang lembut (doh yang lembut... menghasilkan donut yg lebih lembut & gebu) berkilat & tak melekat di tangan. (jika terlalu lembik boleh tambah sikit lagi tepong gandum tp jangan terlalu banyak yer.. )
  3. Bulatkan doh & tutupkan bekas menguli dengan tuala bersih & perap doh sehingga naik sekali ganda.

 Membentuk doh
  1. Doh yang telah naik sekali ganda ditumbuk2 untuk mengeluarkan angin. Jika doh terlalu melekat ditangan.. boleh salut tangan dengan sedikit minyak masak semasa nak membentuk doh.
  2. Timbang doh 40 gm setiap sebiji atau ikut saiz donut yang anda suka. Bulat2kan doh & leperkan sedikit seperti nak buat cucur badak. Susun di atas tray yang telah disapukan minyak atau ditabur tepong terlebih dahulu. Jarakkan sedikit antara satu sama lain supaya tidak melekat semasa proses perapan. Buat sehingga habis dengan timbangan berat yang sama bagi setiap biji doh. Perapkan donut sehingga naik sedikit (jangan terlalu naik kerana doh boleh merudum semula semasa kita nak goreng nanti).
  3. Setelah doh naik ambil doh dan leperkan isi inti mengikut kesukaan masing2 tutup semula doh dgn kemas. Susun Doh atas tray jangan lupa untuk alas tray dgn tepung supaya doh tidak melekatBiarkan doh rehat 10 minit lagi.
  4. Setelah itu boleh lah di goreng. Goreng pau di kedua2 belah hingga kuning keemasan. Angkat & tos dgn kitchen towel.


Ita ambil sedikit adunan dan buatkan donut ball untuk Dalili

6 comments:

Mas said...

kak ita....kontroversi membina tak pe kak....
membantu memperbaiki apa yang kurang supaya menjadi lebih baik...
hasilnya....tengok tu....cantik dan gebu tahap gaban pau akak tu...
mas pun nak buat gak la pau labu ni...
geramm lak tengok pau akak tu...
mas terus jer masuk dlm BM kak semua adunan...cuma air jer mas masukkan 1 cawan...nasib baik ok..he..he...
esok2 nak gi petik labu kat giant @ tesco dulu...
baru boleh buat pau labu ni....he..he...

Azlita Aziz said...

betul tu Mas...
kalau tak kita tak tau kan... nanti buat lagi silap yg sama...
akak mula2 ingat nak masuk terus jugak dlm BM tapi takut plk pisang berbuah 2 kali... biar penat cikit mas janji dapat hasil yg terbaik kan??
petik lebih2 sikit mas pas ni kita try kukus pulak tengok jadi tak pau labu kukus... hihi

izahdaut said...

kak itaaa...
waduhh waduh..kok cantik bangt pau tu..
nak mengepau kak ita lah..
masuk sini kan..cam nak hempuk je kepala kat pc ni..gambo dah la 5 stars..idangan pun wadu waduh semua lawa comel sedap..
kak ita..bagi sikit seni kulinari kulinara akak tu kat saya..ngeeehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ita..

don't worry.. no heart felling... semua yg berlaku jd pengajaran pd semua.. hehe..

satu lagi petua nak perturunkan.. kalau adunan sedikit lembut & agak melekat2 kat tangan.. sapu tangan dgn minyak masak semasa nak membentuk kuih tu.. akak selalu buat gitu biasanya.. dlm resepi pun ada akak tulis kalau ita perasan.. sebabnya.. org kata lebih lembut doh, lebih lembutlah donat yg kita dapt nnt..

donut ita kali ni tip top! geram je tengok.. dahla gambar cantik..

ok.. cheearss..

Azlita Aziz said...

hihi... izah... awak pun apa kurangnyer....
laju aje... macam pakai kerta turbo... berdezup!!
tak sempat baca N3 lagi dah keluar yg lain...hihi
terima kasih Izah...
nanti kita share2 eh!...

Azlita Aziz said...

waalaikumussalam kak...
terima kasih kak ita takut aje akak tersinggung... sebenarnyer ita cakap untuk diri sendiri aje kak...

ita pun buat jugak kak...letak minyak macam yg akak tulis tu... ita takut nak tambah tepung lebih2 nanti keras dan liat pulak!
sebab perasan jugak akak tulis kat blog yatie "lagi lembut doh lagi lembut donut yg kita dapat..." so ita biar ia sedikit lembik...
tapi kali ni mudah sikit sebab ita tak buat bentuk roda... ita buat bulat2 aje... dan yg utk pau tu bubuh inti..

buat kali ni ita baca 2, 3 kali... sampai katam lah kata orang tu kan... dan kali ni mmg puas hati...
terima kasih ye kak semoga akak sudi lagi berkongsi resepi yg sedap2...

Post Top Ad

test