KEK PISANG GORENG - masam manis f

Breaking

Apr 26, 2011

KEK PISANG GORENG

Macam2 resepi kek sekarang kan... pandai betul orang2 yg mencipta pelbagai resepi kek yg menarik ni... mana jugak lah idea tu muncul.. kalau ita tah apalah jadinyer... idea pun tak muncul2.. hihi

Hari tu kan sibuk orang sana-sini buat kek pisang goreng. Ita pun teringin jugak nak merasa sedap ke kek pisang goreng ni kan... nanti kang kalau org tanya pernah tak rasa kek pisang goreng kita tak tau pulak.. hihi. Jadi ita pun merajinkan diri membuat kek pisang goreng ni..


Seperti biasa kalau cari resepi yg terkini ita akan singah kat blog Mas. Kan dah kata Mas ni rajin... dan berdezuuupppp... perginyer macam roket... shuuuuuppp!!! Kalau tak singah sehari tak sah!.. Rasa2 ramai jugak rakan2 blog yg dah mencuba resepi kek pisang goreng ni..


Kek pisang ni sedap dan lembut.. nak2 bila keluar dari oven.. Bau dia macam jemput2 pisang pulak! mungkin sebab kita goreng pisang tu jadi bau kek tu mcm bau jemput2 pisang lah. Tapi bila lama sikit kek ni ita rasa akan menjadi sedikit kering. Maknanyer ia tak boleh terdedah terlalu lama diluar kerana teksturnyer akan jadi kering. Kenalah simpan dalam bekas yg bertutup untuk mengekalkan kelembapan kek.

Tapi... eeeiii... ada lagi tapi tu.. ita rasa kek ni tak leh makan selalu tau! sebab kandungan kolestrolnyer tersangatlah tinggi. Sebab pisang yg digoreng tu menyerap minyak.. dan sebagaimana yg kita tau pisang goreng mmg tinggi kandungan kolestrolnyer.


Terima kasih kepada tuan empunyer resepi... kepada mas juga. Akan copy semula disini ye mas... sebagai rujukkan teman2..

MyKitchen's Recipe

KEK PISANG GORENG
by: kha-mytaste
sumber : Mas

250g pisang emas@ lain2 pisang - Mas guna pisang berangan
4 biji telur
3/4 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum - diayak
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonate
1 cawan minyak suam - guna minyak goreng pisang tadi.
1/2 sudu teh esen vanila


Pisang digoreng sebiji2 hingga perang gelap, angkat dan sejukkan sebentar.Blend bersama minyak masak suam tadi.
Sementara itu,putar telur dan gula hingga kembang & putih.
Kemudian ayakkan tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit sambil gaul perlahan menggunakan kaedah kaup balik.
Akhir sekali tuangkan adunan yang dikisar tadi.
Tuang dalam acuan yang sudah digris dan dilapik baking sheet dan bakar 160'c  selama 40 min @ sehingga masak (bergantung jenis oven). -Mas dan HaSue bakar lebih kurang 30 minit sahaja pada suhu yg sama.


14 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ita..

kita pun dah cuba jugak kek ni.. tp terlajak naik membumbung jadinya sebab sengaja letak lebih sikit baking powder.. hehehe.. derhaka lagi! bukan apa.. baking powder kat rumah tu kdg2 mcm tak berapa naik je kalau letak ikut resepi.. tu yg letak lebih tu.. apa2pun spt yg ita ckp.. kek ni mmg cepat kering.. mula2 masak memang lembut.. cuma lepas makan kena cepat2 minum air sebab mudah nak sangkut kat tekak.. mungkin sbb tektur dia yg agak kering tu kot.. hehehe..

CT Delima said...

Assalamulaikum Ita..

alahai kek pisang lagi. Ni yang nak kena beli pisang dah sorok cepat2 kang habis dimakan anak2 bujang jer pisang tu, sebelum sempat nak buat kek... hihihi.

Geram kat buah stoberi tu merah menyala mcm nak ngappp yang tu dulu jer.. hehehe

izahdaut said...

cantik.. tak try lagi ek ni. tunggu dtg mood nak mengekek pisang dulu.. hehe

cik cek said...

Salam Ita...

Nampak gebunya kek pisang ni...

Mas said...

wahhhh...cantik la kek pisang akak ni..
sedappkan kak kek ni..
mas pun suka......

anymz said...

salam ita
dah lama resepi kek ni dok tersimpan tapi belum dtg seru nak mencuba lagi.sedap ya ta?..minggu ni minggu mengukus..tgk lah mggu depan macam mana..rasa nya takleh lambat2 nih.

Azlita Aziz said...

aha kan kak madiha, kek ni sedap! tapi sayang ia macam cepat kering... betul tu mmg lepas makan kena sulam air.. kalau tak boleh tercekik..hihi

Azlita Aziz said...

waalaikumusalam.. CT
samalah kita... anak2 ita mmg pantang nampak buah... pisang lagi lah semua suka... mmg kalau beli cepat2 kena larikan klu nak buat kuih... kalau tak mmg tak panjang umur buah tu... hihi

Azlita Aziz said...

eh! Izah belum buat lagi ke??? akak perasan mcm dah buat... hihi ke salah masuk rumah akak ni...

Azlita Aziz said...

Wasalam cik cek...
kek ni mmg nampak gebu dan bila potong teksturnyer cantik! tapi tu lah ia mcm sedikit kering... tak boleh biar lama... masa panas2 makan mmg sedap! sbb lembut aje... tapi mmg kena bersulam air kalau tak sangkut kat tekak hihi

Azlita Aziz said...

Terima kasih mas...
mmg sedap! akak pun suka lagi lah kalau kek pisang... tapi mmg tak leh makan banyak ni... kolestrol banyak tuuu... hihi

Azlita Aziz said...

wasalam...kak anim..
hihi lawak lah kak anim ni.. ada pulak minggu mengukus.. minggu membakar... hahaha ita pun sama jugak kalau dah keluar kukus tu mmg asyik nak mengukus aje... tapi klu dah simpan mmg malas.. nak keluarkan balik... tu yg kita bakorrrr ajeeee... hihi

Kamal705 said...

hai semua akak2..bagus tgk kek pisang goreng..ada sesape yg nak cuba kek pisang rebus pulak..pasti rendah kolestrolnya..mesti cuba ye

Unknown said...


Hi,

I like to explore food blog website from all over the world. Because there is always so much to learn about. Just done enjoying a look at your latest pictures on your blog … I can’t start to tell you how much I appreciate the effort and time you must have put into making them! My favorite cake is the banana cake … Interesting recipe and easy to bake! After browsing your blog, it intrigues me to try out your other recipes and ingredients combination. It will enhance my food experiences to the next level.

Seriously, you have a gift and surely great potential to stand out in the catering industry. Have you consider publish an ebook for your recipe? It has a lot of related information on google.

Thanks again for sharing these stunning photos. By the way what is your Facebook account? I wish to share your stunning picture with my friends.

Here is my facebook. http://www.facebook.com/pages/Baking-Frenzy-Cooking-Supplies/137454156315672


If you have time please visit our website for monthly price draw.

http://www.bakingfrenzy.com/competitions.php

Lisa
www.bakingfrenzy.com


Post Top Ad

test