assalamualaikum...
Cuti panjang kan minggu ni... masing2 ttu pulang ke kampung atau jalan2 makan angin dgn family. Ada juga yg melangsungkan perkahwinan.. hujung minggu ni... Selamat menempuh gerbang perkahwinan... menjalani kehidupan baru sebagai pasangan suami isteri... semoga rumah tangga yg dibina kekal bahagia selamanyer dan dikurniakan cahaya mata... yg menjadi ahli syurga...
Kepada yg tak kemana2 tu maanfaatkan hari cuti ni untuk bersama keluarga... Ini lah masa terbaik untuk memupuk kasih sayang dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Ita??? macam biasa... sentiasa bersama suami dan anak2, tapi minggu ni tak kemana2 rasa macam malas pulak nak berjalan... Dok rumah layan Dalili sambil masak dan kemas rumah. Petang2 ada jugak lah keluar pusing2 dan pergi makan2 tapi kat sini2 aje...
Lambat sikit bersiaran hari ni... maklumlah cuti kan bila anak2 dan suami ada ni.. malas pulak nak mengadap MB ni... seronok sembang dgn suami dan melayan keletah Dalili.. sambil2 ita dok melayan hoby baru ita ni... hihi
Hari ni ita buat Souffle. Sebenarnyer ita ni tak pernah pun makan Souffle ni tu yg terjakun cikit.. hihi tengok orang buat kita pun nak buat jugak... tapi bila dah rasa.. ok lah kan... dah dapat rasa dan dah tau apa rasanyer... tak lah jakun lagi... Buatnyer mudah cuma ita tersilap kerana letak penuh sangat so dia melimpah lah pulak... mula2 seronok bukan kepalang bila ia naik cantik sangat... Pas tu sebab naik terlalu tinggi dan tumpah lah ia... huhu sedihnyer... tap pe next time ita cuba lagi.. kata orang practise make perfect kan!
Orange Souffle ni rasanyer sedap jugak... tapi manis next time ita kena kurangkan gula dan ita kena buang tali pusat telur tu sebab ada sedikit rasa hanyir telur... Tapi bau orange tu mmg sedapnyer... suami ita mmg suka sangat sebab ia lembut dan macam castard sikit. Ita rasa kalau gantikan tepung jagung dgn castard tentu rasanyer ada sedikit macam puding caramel cuma yg ni tak de caramelnyer aje...
Tapi dia mmg cepat turun... sekejap aje dia dah terbeman... mula2 keluar oven ia naik pas tu sibuk kita baru nak deco2 aisey... man dah turun dah... cepat betulll...
Resepi ni ita ambil di SINI Tapi cantik kan dia punyer... ita punyer je yg tak jadi cantik... nanti kena cuba lagi... Kepada yg nak mencuba ita copy kan resepinyer disini ada yg di ubah mengikut kesesuaian kita....
My Kitchen's Recipe
ORANGE SOUFFLE
Ingredients
6 medium oranges (about 2 1/2 inches wide)
3 large eggs, separated
1/3 cup sugar PLUS 2 Tbsp sugar, and more for sprinkling
3 Tbsp cornstarch
1 cup freshly squeezed orange juice
1/4 cup milk [not skim]
2 tsp freshly grated orange zest
1 Tbsp Grand Marnier liqueur OR defrosted orange juice concentrate
Pinch of salt
Powdered sugar, to serve
Method
Cut off the top part of each orange (about 3/4-inch) and a tiny sliver from the bottom so the oranges can stand straight. Using a microplane grater, grate the zest from the top part. Reserve 2 teaspoons for this recipe, then freeze the rest for another use. Empty the orange shells with a grapefruit spoon (making sure not to pierce the skin). Press the orange flesh through a strainer. Measure out 1 cup of juice for this recipe. Set orange shells on a large baking tray.
Preheat the oven to 375 degrees F. Dry orange shells if damp and lightly grease the insides with softened butter. Sprinkle bottoms and sides with excess sugar. Shake out extra.
Separate the eggs. In a medium bowl, whisk the egg yolks with the sugar and cornstarch until smooth. Whisk in the orange juice and milk. Place the mixture in a saucepan and heat over medium heat while stirring constantly until it thickens. Remove from the heat and add the zest, Grand Marnier, and salt. Let cool completely.
Using an electric mixer, whisk the egg whites until they hold soft peaks, then gradually add the 2 tablespoons of sugar and keep whisking just to stiff peaks. Fold 1/4 of egg whites into the orange custard to lighten, then add the custard mixture to the egg whites and gently fold in until fully incorporated. Fill the orange skins just to the top with the mixture. Flatten the tops with a spatula. Use your finger or a damp cloth to wipe clean the rim of the orange skins. Bake for about 20 to 25 minutes, or until puffy and golden on top. Sprinkle with powdered sugar and serve immediately.
ORANGE SOUFFLE
Terjemahan oleh : Azlita Masam Manis
6 biji buah oren - sederhana besar
3 biji telur - diasingkan kuning dan putihnyer
1/3 cwn gula + 2 sudu besar gula + sedikit gula untuk taburan
3 sudu besar tepung jagung
1 cwn - jus oren
1/4 cwn susu
2 sudu kecil parutan kulit orange
1 sudu besar - Orange Sunquick
secubit garam
Gula ising - untuk tabur waktu dihidangkan
Potong tapak oren untuk memudahkan oren diletakkan. Potong atasnyer lebih kurang 3/4 inc. Parut potongan tadi untuk mendapatkan 2 sudu kecil parutan kulit oren. Dgn menggunakan sudu cungkil keluar isi oren dgn berhati2 tampa mencederakan kulitnyer. Dan perah jusnyer untuk mendapatkan 1 cawan jus oren. Keringkan kulit oren dan leserkan dalam oren dgn sedikit butter. Taburkan kulit oren dgn gula hingga ke tapaknyer. Susun atas dulang pembakar.
Dalam satu mangkuk, satukan kuning telur , tepung jagung dan gula. Kacau rata dgn menggunakan whisk hingga lembut. Masukkan jus oren dan susu dan kacau rata. Masak atas dapur dng api perlahan dan sentiasa kacau sehingga ia pekat. Tutup api dan masukkan parutan kulit oren, oren sunquick dan secubit garam. Biar kan ia sejuk sepenuhnyer.
Dgn menggunakan mixer pukul putih telur hingga gebu. masukkan 2 sudu besar gula dan pukul lagi hingga adunan kental dan bertanduk. Ambil 1/4 dari adunan putih telur dan campurkan dalam castard oren tadi. kacau secara kaedah kaup balik hingga sebati. Tuangkan semua adunan castard oren ke dalam putih telur dan kacau dgn kaedah kaup balik mengunakan spatula sehingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan adunan dalam kulit oren. Letak 3/4 penuh ratakan permukaannyer. Panaskan oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau sehingga permukaan souffle kuning keemasan. taburkan gula ising bila ingin menhidangkan. Hidangkan segera.
5 comments:
souffle ni mmg gitu la ita, naik bukan main cantik lg masa dalam oven, bila keluarkan baru jer nak dust dgn icing sugar dah pun lepek.. frust sungguh! tp rasa maintain sedap kan..
sebenarnya mmg plan nak souffle smlm tp tak jadi sbb dah penat.. tengok la.. next week kut. :)
tun pernah try yang choc souffle..nengok k.nor buat cantik ajer..bila tun buat naik cantik, bila bawak kuar dan dusting, tenggelam habih..frust. Menarik resipi akak buat ni..tingin nak cuba...
akak..mas pun tak pernah makan orange souffle ni...
rasanya macam puding ke...
terima kasih.. saya telah mencuba resepi ini.. sangat sedap.. walau pun rupanya cacat......
Post a Comment