LOIN DAGING BEREMPAH - masam manis f

Breaking

Apr 6, 2011

LOIN DAGING BEREMPAH


Dah makan dah ??? makan apa lah agaknyer tu kan?? jangan lupa baca Bismillah dulu..
hari ni ita masak daging.. Actualy masa dok belek2 majah Jelita tu ternampak lah resepi Noisette Kambing Bersos Rosemary... macam sedap je kan... dok berangan lah nak buat tapi kat rumah ni tak makan kambing la pulak... apa kata kita tukar pulak dgn daging lembu orait jugak kan...

Bila dok belek2 bahan2 dia ala banyak pulak yg tak de kat umah ni.. kalau mood nak memasak ni dah mari baik buat aje apa yg ada kang kalau angin kus2 datang semua kelaut....


Akhirnyer... ita buat lah Loin Daging Berempah. kebetulan masa gi pasar hari tu ita ternampak lah orang jual rempah BBQ ala mamak. Ita beli lah sebungkus ingat nak cuba sedap tak. Biasa kalau buat BBQ ita pakai rempah BBg yg segera tu... senang kerja... so kali ni cuba yg ni pulak... Ok jugak! next time boleh beli lagi...

MyKitchen's Recipe

LOIN DAGING BEREMPAH

1 kg daging batang pinang - dipotong sekeping memanjang
tali guni - secukupnyer
kertas aluminium foil
sedikit minyak zaitun

Bahan Rempah
1 peket rempah BBQ ala mamak
3 batang serai - dihiris
4 ulas bawang putih - dicincang
6 ulas bawang merah - dicincang
1 inc halian- dicincang
1 pokok daun ketumbar - dicincang
2 sudu madu
sedikit air
garam dan gula secukup rasa


Daging di bersihkan.
Semua ramuan rempah disatukan dan di gaul rata.
Ambil 1/2 ramuan rempah diletakkan atas daging dan ratakan. Gulung daging tersebut dan ikat dgn tali kemas.
Baki adunan rempah tadi digunakan pula utk memerap gulungan daging. Kemudian lumurkan sedikit minyak zaitun pada gulungan dan bungkus daging itu dgn aluminium foil. Simpan dalam peti sejuk semalaman.
Setelah semalaman, buka bungkusan aluminium, panaskan ketuhar 170C. Letakkan daging atas rak pembakar, set oven pada grill dan grill daging selama 1/2 jam atau sehingga daging masak.

Setelah masak boleh lah dihiris nipis dan di makan semasa masih panas.
Daging ni dimakan bersama sos BBQ atau black papper sos. Makan bersama coleslaw, mass potato dan fries.

8 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

menarik sungguh! rajinnya ita mencuba...

Ziey said...

k.ita apa rasa loin ni,,ziey dgr nama loin ni xtahu apa sebenar hehe,,tgk gambar ada daging hehehe

izahdaut said...

rajinnyer akak ku yang sorang neh... ala ala chef gitu..suke je tengok chef afc kaalu masak menda bungkus2 gini..hee

Sofea said...

sedapnya tgk...terus terang bgtau x pernah lagi masak daging ikat2 mcm ni...hehe

Fauziah Samad said...

salam azlita. can u pick up your award from my blog? thnx

Nuridah said...

Assalamualaikum Azlita,

nampak sedap...mcm kat restoran gitu...

Mas said...

perhhh..cantik jerk gambar daging tu...
wat mas terliur tau.....he..he..

:: iLa :: said...

salam puan.. mohon share gambar2 masakan puan kat blog saya.. :)
Tq bg inspirasi utk anak2 dara rajin ke dapur ! hihik..

Post Top Ad

test