Melangkah lagi kita ke minggu baru... aii... dah terasa sunyi semula rumah ni bila anak2 dah kembali ke sekolah. Tinggalah emaknyer sesorang kat rumah ni...
Dah sarapan ke semua pagi2 ni... menu ita sekeluarga pagi ni agak berat. Ita masak nasi lemak hujan panas. Sebab cuaca sekarang pun tak berapa menentu... pagi ujan petang panas... kadang2 pagi panas petang pulak ujan... so untuk melayan cuaca cam gini kita masaklah nasi lemak ujan panas ni... hihi
Nasi lemak ujan panas ni sama aje rasanyer macam nasi lemak biasa tu.. cuma yg menariknyer ia berwarna warni.. tu yg membuatkan anak2 tertarik.. Resepi kali ni ita ambil dari rumah Mas. Ita makan dgn sambal tumis ikan bilis, telur rebus, kacang goreng, ikan bilis goreng dan berulamkan timun. Nasi lemak ni kalau di Johor mmg merupakan makan utama tuk sarapan pagi. Mana2 kedai yg menjual sarapan.. pasti nasi lemak adalah salah satu menu yg wajib ada... Tapi sekarang malam2 pun dah ada orang jual nasi lemak tau! kira nasi lemak dah jadi makanan yg dimakan tak kira masa dah! bila2 pun boleh... Ia bukan sahaja digemari oleh masyarakat Melayu tapi turut digemari oleh orang China dan orang India.. kira menu 1 Malaysia jugak lah ni...
Buat Nasi lemak ni pun tak lah sesukar mana... rasanyer pun sedap ditambah lagi dgn keharuman daun pandan dan bau halba mmg membangkit selera. Sebenarnyer tak boleh makan selau sebab kandungan kolestrol nyer mmg sangat tinggi. Kepada yg berdiet mmg lah tak dibenarkan makan nasi lemak ni... ambil bau aje lah ye!
Terima kasih pada penyumbang resepi, kepada mas juga! Akak salin semula resepi di sini untuk memudahkan membuat rujukan...
MyKitchen's Recipe
NASI LEMAK HUJAN PANAS
sumber : Mas
2 mug beras - dicuci bersih
1/2 mug santan pekat
2 mug air - ikut jenis beras
1 biji bawang putih - di mayang halus
1/2 inchi halia - di ketuk / dihiris halus
1/2 sudu kecil halba
1 sudu kecil garam
Sehelai daun pandan
Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna...satu warna untuk satu lubang.
Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.
Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warni seperti warna pelangi selepas hujan panas...tu le sebabnya di panggil NASI LEMAK HUJAN PANAS.
Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba.
Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna...satu warna untuk satu lubang.
Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.
Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warni seperti warna pelangi selepas hujan panas...tu le sebabnya di panggil NASI LEMAK HUJAN PANAS.
Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba.
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
2 cwn ikan bilis - digoreng
RM 1.00 lada kering - direndam hingga kembang basuh dan toskan
15 ulas bwg merah
6 ulas bwg putih
belacan sebesar duit 50 sen
semua bahan di atas diblend kecuali ikan bilis
1/2 cwn air asam (1sudu makan asam yg tak de biji )
1 sudu teh garam
secubit pak aji
5 sudu makan gula
1/2 cawan minyak masak
15 ulas bwg merah
6 ulas bwg putih
belacan sebesar duit 50 sen
semua bahan di atas diblend kecuali ikan bilis
1/2 cwn air asam (1sudu makan asam yg tak de biji )
1 sudu teh garam
secubit pak aji
5 sudu makan gula
1/2 cawan minyak masak
Tumiskan bahan yg di blend hingga garing dan naik bau
Tumis biar lama sikit supaya hilang rasa lada tu.
Masukkan air asam , gula , garam dan pak aji secukup rasa..... biarkan merenih...
Bila dah masak tutup api. Tunggu sejuk baru masukkan ikan bilis. Ini supaya ikan bilis masik garing bila dimakan.
18 comments:
wah.. nasi lemak meriah ni.. cantik telur buat gitu. saya buat takut pecah..hehe...
bestkan kak nasi lemak ni...
mas suka...
amboiii..kretiffnya akak sorang ni..
telur tu boleh dilovekan..cantikkkk...
untuk sape love tu..he..he..
tu pun dah pecah tu izah.. masa buat tu tak pecah bila potong dia pecah.. hihi akak potong nipis sangat.. kot.. akak pun silap patut akak potong pakai benang..
best Mas sedap dan menarik! anak2 pun teruja nak makan...
hihi tuk yg tersayang lah... eceh.. eceh.. :)
Salam Ita....
Warna2 ceria...bila makan Nasi lemak ni confirm happy sentiasa....
:-)
cantik nasi tu...ingatkan telur gune acuan :) kretip la...
kreatifnya telur tu.. cantik..
menarik nasi lemak nie :) wane wani!
telur tu bentuk masa masih panas ke dah sejuk..agak agak berapa lama buat camtu?
wasalam cik cek...
betul... berbunga2 keceriaan... lagi2 bila makan dgn anak2... tak tergambar kecerianyer... :)
tak lah hanim buat mcm yg pic kat bawah tu... akak tgk kat youtube hihi comel kan??
TQ Sofya :D
Mas bukan aje menarik tau! tapi sedap jugak... anak2 pun teruja aje nak makan... diaorg pun pelik tgk nasik lemak warna warni... hihi
Nazrah > telur tu tunggu sejuk pas tu baru btkkan mcm dlm pic kat bawah tu.. pas tu masukkan dlm peti ice agak2 dlm 1-2 jam pas tu baru bukak kertas tu dan potong...
terima kasih ita kongsi kraftangan telur tuu samping masak2 ada juga selingan..kak ilah ingt kan guna acuan... rupanya macam tu jer.. nanti kak try laa tapi kami sekeluarga tak berapa suka telur rebus... kalu ada terpaksa makan juga laa..
sama2 kak ilah... kita kongsi2 sama ye! :)
anak2 ita pun tak berapa suka telur rebus.. kalau ada dia org makan jugak tapi yg putih aje.. hihi.. yg kuning semua tak mau makan... ayahnyerlah yg habiskan.. hihi
alamak, kretip betul...dari nasi lemaknya hinggalah ke telur rebus...hihi..cantik..
akum kak, first time sy tgk entry ni terus jatuh hati, sy ni peminat nsi lemak, thanks coz kongsi resepi yg best ni...ada masa jengoklah blog usang sy ni
http://myjourney2destiny.blogspot.com/
Post a Comment