Selamat pagi...
Dah sarapan ke??
Apa kata kita intai menu ita ni. Yang ita rasa sesuai juga kalau di buat sarapan atau kudapan anak2 sepanjang cuti ni... Al maklumlah anak2 ni kalau dok rumah sepanjang hari perut diorang ni memang sentiasa aje lapar.. kalau ada apa2 yg boleh diisi untuk dikunyah.. tak lah diorang tu meragam sangat kan??
Apam ni, dia tak perlu di makan dengan kelapa kerana ia rasanyer sesuai makan cam tu aje.. Amat sesuai jugak kalau kita buat untuk majlis kenduri kendara atau rumah terbuka.. boleh juga sebagai buah tangan untuk majlis2 anak2 kat sekolah mereka.
Selain warna putih dan coklat boleh juga kalau nak letak colour lain dan perisa lain. Warna yg menarik akak menambat selera anak2.. lagi2 kalau kanak2 sekolah rendah pasti semua berebut nak dapatkan sebijik apam yg comel2 ni.
Apam ni ita masak dalam paper cup. Kalau masak dalam acuan lompang tu ita tak pastilah kan dia mekar ke tak?? biasa apam yg mekar cam ni memang nak masuk dalam paper cup barulah ia akan mekar sejambak. Tapi kena pastikan juga kukusan tu betul2 panas dan airnyer benar2 telah mendidih.
MyKitchen Receipe
APAM YOGURT
by : Rima
Sumber : Izah
2 cawan gula castor *kurangkan
1 sdt ovallete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli
2 biji telur
1/2 sdt double action baking powder
1 sdt serbuk koko
1 sdt pes coklat
Campur semua bahan di atas dalam mixer.
Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) dan campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.
Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
Sejukkan &; simpan dalam bekas tertutup.
1 sdt ovallete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli
2 biji telur
1/2 sdt double action baking powder
1 sdt serbuk koko
1 sdt pes coklat
Campur semua bahan di atas dalam mixer.
Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) dan campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.
Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
Sejukkan &; simpan dalam bekas tertutup.
*Pes coklat, serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan contoh jem atau filling dan pewarna kesukaan
*Pastikan menggunakan api yang besar semasa memasak air kukusan dan pastikan juga air kukusan benar2 telah mendidih sepenuhnyer barulah diletakkan apam untuk mendapatkan apam yg mekar.
Penutup kukusan juga hendaklah di balut dgn towel atau kain supaya air tidak menitik atas apam.
20 comments:
neno neno neno..ambulan datang sebab mat gebu penggsannn >_<....memang lawaa!!!
Waaaaaaaaaaaaahhh...mat pengsan kat tiang...akak pengsan atas sofa laaa....adeeehhh...kijaaam tau Ita nih! Mental torture akak...hahaha
Salam x tahu nak kata apa lg..... mmg cun, meletop, mables.......the boommmmmmmmmmmmmm :-)
akk letak dlm bkas apa tu..cntik betul bentuknya
cantiknya apam tu mekarrrr.....
mas pun nak pengsan tengok....
sangat sempurna....
cantik menarik ku memang tertarik......
Cantiknya kak ita...i like black n white...huh hhuh....
pergh! memang cun habis lah....
salam..akak .. sori..sy budak baru belajar... erkkk nk tanya, SDT tu bnyak mana? satu sudu teh ka???
Cantiknya apam tu kak, cantik betul kambangannya tu....ira pun nanti nak try lagi, hari tu tak puas hati betul!
Assalamualaikum akak..
wah cantiknya apam tu akak.. suka tgk..
elok merekah apam tu yer... elok pulak jadi biku2 pada apam tu... tu mmg corak cup atau ita letak cup dlm apa ye jdi biku2 tepi apam tu?
bertuah ita dpt jumpa ngan CMG.. akak baru dpt dengar suaranya aje dlm temuramah di radio era ari tu.. hehe..
come lote nyerrrrrrrrrrrrrr!!!!! ..kompem pasni blogger masak2 kena serang demam apam mekar kak ita lah!
kak ita. lawa la apam ni mekar tambah gabungan warna coklat dan putih tu.. menusuk kalbu...
salam ukhwah k.ita..saya azezah(jijah) dri klia..nak habaq,jijah amek resepi mak har00n(macar00n)..halal ye kak.makaseh byk2..try buat mlm ni,awat jadi merekah ntah muka dia..kaki kluaq,muka plak merekah..
kebabommm !!!
tak terkata ...... cantik nyerrr, nak makan pun sayang kak ita ...
Kak, sya pernah buat apam tapi tak mekar. kenapa ya? rupa dia macam cupcake jer..huhu.....
PST: kalu pakai hand mixer, boleh mjadi tak kejadian apam ni?
ASSALAMU 3ALIKUM,
may you please translate this into English
salam,
cantiknya apam yougurt akak...
ana buat byk kali taknak mekar ler..akak guna acuan apa yer...ana guna muffin cup yg tebal tu...cup jer yg pecah...apammyer idakkkkk...hua..hua...dah tiga hari berturut2 try buat smpi anak pun taknak makan dah...ahahah
Saya first time tengok blog ni. Sangat tertarik dgn gambar2 yg sungguh cantek. Siapa photographer?
sgt menarik blog akak ni..n nur tgh cube resepi akak ni..hope jd la..
Post a Comment