aii 2 hari tak boleh masukkan N3 banyak menu yg tertunda dan menunggu giliran untuk di tayangkan. tak pe lah kita masukkan satu persatu dan mengikut giliran. Menu pertama yg akak ita masukkan hari ni ialah Jelly Kelapa.
Jelly Kelapa ni mmg fav anak2 ita. Suami ita pun suka sangat makan Jelly Kelapa. Selalu kalau ita pergi makan kat LC tpt makan yg kira popular jugak lah kat JB ni, kat situ mmg ada jual jelly kelapa ni. Kalau makan mmg berselera sungguh tengok kadang2 siap tapaw bawak balik.
Masa ita gi makan kat LC hari tu, kami makan lah jelly kelapa ni yg disediakan kira sebagai dessert selepas makan. Waktu tu suami ita tanya ita pandai tak buat jelly kelapa ni.. waaa... ita dgn banganyer pun kata lah boleh... boleh.. boleh.. sebab dalam kepala dah terperasan kat rumah sapa lah yg ita dok bertandang dan ternampak jelly kelapa ni.. pas tu cik abg kita pun minta lah ita buatkan jelly ni.. ita mula lah bagi alasan ... kalau ada kelapa mudanyer... malam ni pun boleh buat.. eceh.. eceh.. esen pulak mak cik ni kan?? tau tak pe...
Esok masa gi Jusco, suami ita terus capai 2 biji kelapa.. aii ita pun garu2 kepala yg tak gatal... pas tu baru dok nak ingat rumah sapa lah agaknyer yg buat jelly ni... balik ita terus bukak rumah Kak Nor dulu.. sebab ita tau kak Nor mmg suka buat jely. Dan ita pun pernah terperasan kak Nor buat jelly kelapa ni.. dan seperti yg telah dijangkakan... mmg ada ita terus lah godek2 resepi ni...
Jelly kelapa ni mmg sedap kalau ia lembut dan lembik2 sikit. Yg paling syok bila makan dgn sudu. Sruuuppp.... sruuuppp.... dok hirup dan nyaman aje bila dia bergolek2 melunsur kat anak tekak ni. Tapi ita rasa lain kali kalau ita buat ita kena tukar dari agar2 kepada jelly, kerana kalau guna agar2 rasanyer ada keras sikit dan kalau guna jelly ia lembut dan kenyal2 sikit. Tapi terpulanglah pada selera masing2 dan yg pasti jelly ni sedap!
Terima kasih pada Kak Nor yg sudi berkongsi resepi yg telah diubah suai dan mmg menepati selera ita sekeluarga. Cuma ita tambahkan sedikit paste pandan dan sedikit pewarna ijau untuk menambah kelainan dan membuka selera keluarga. Ita minta izin tuk share kat sini pulak ye Kak Nor.
MyKitchen's Recipe
JELLY KELAPA
by: Kak Nor
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan
Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.
yg ni versi 2 warna
9 comments:
kak itaaa... cantik tu ada layer lagi. jelly ni pun mmg feberet.pulak2 dapat makan ngan sudu tu.. lembik2 gitu.. masyaAllah..sedapnyaaaa
uikkk lawan tokey nih.. siap double layer!! hihi.. cantik nyer jelly kelapa ita.. combination ijau dan putih sangat sesuai.. mekasih sudi try ya... :)
baru minggu lepas cakap ke cik abg, lama tak buat jelly kelapa.. skrg ni dah tak nampak org fama jual kelapa muda kat pasar tani, kalau ada mmg gerenti rembat gak nak buat jelly kelapa ni :)
Ita, akak pun amik resepi Nor dah berkurun, mana pegi ntah..byk sgt que, hilang terus..hahaha..cantik dan amat kreatif wat layer camtu...nnt akak wat 5 layer eh..hahahahhaa
mcm mne leh jd 2 layer ye???
As salam kak ita, nk tyer resepi jelly kelapa akak ni jenis yg lembut kn.
Wow sedapnya tgk jelly kelapa ni. Sgt2 menarik. Insyallah nk cuba buat dlm masa trdekat ni. Tq so much for sharing resepi no ya ita. May ilmu ni berkat hingga akhir zaman. Muah.
Macam mana bleh jdi layer tu??bleh share tak??
Kak, resepi ni dpt brpe bekas ye ?
Kak, resepi ni dpt brpe bekas ye ?
Post a Comment