TALAM BERLAPIS PISANG - masam manis f

Breaking

May 15, 2011

TALAM BERLAPIS PISANG

Assalamualaikum....

Selamat berhujung minggu semua... hari ni tuan rumah ada busy sikit banyak kerja yg perlu disiapkan dan diselesaikan dgn kadar segera. Sebab tu lah pagi2 lagi ita dah masukkan N3 ni supaya tak kelang kabut bila dah mula di dapur.

Menu kali ni ita terjah ke dapur kak Ummi lagi. Tergoda dgn talam lapis pisang yg kak Ummi hidangkan utk tatapan pengikut setianyer di Home Sweet Home. Walaupun pada mata kak Ummi kuih tu tak berapa cun tapi pada mata ita ianyer sangat sempurna dan mmg mengoda kalbu dan menguggat selera. Tu baru tgk aje tu... apalagi lah kalau merasanyer.. lagi lah kan...


Sebenarnyer ita dah terperasan talam tu lama di My Resepi. Tapi mmg puas ita ronda2 cari pisang nangka tapi mmg susah betul nak jumpa pisang tu jual kat pasar sekarang ni. Ada juga tanya dgn mak ada tak tanam pisang nangka tapi mak kata tk de lah pulak... Selalu mak ita mmg pengedar pisang no 1 ita dan kerap benar suply pisang ke dapur ita ni..

Sebab semangat menalam dah meluap, ita cuba bertukar pada pisang lain pulak yg ita rasa seakan2 sama rasanyer iaitu pisang tanduk. Tapi ita rasa bukan lah faktor rasa yg sebenarnyer membuatkan pisang nangka dipilih untuk hiasan dalam talam ni.. semua adalah disebabkan colournyer yg cantik bila dikukus dan ia lambat lebam dan satu lagi ia kurang urat tgh yg membuatkan kuih tu cantik bila di potong.

Keputusan ita untuk mencuba menggunakan pisang tanduk ita rasa berbaloi jugak sebab ia jadi cantik! tapi jangan tak tau ita terpaksa buat 2 adunan kuih ni kerana kesilapan teknik. Kuih talam yg pertama ita buat ikut cara kak Wan. Tapi mungkin pisang tanduk agak keras sedikit atau hirisan ita terlalu tebal atau disebabkan bahan yg digunakan ialah tepung ubi yg sememangnyer kita tahu agak liut2 sikit.. memyebabkan kuih ita tu sukar dipotong. Bila potong aje semua pisang itu terikut dan mula lah kuih jadi berlubang2 dan tak sesejuk mata ibu memandang hehe ... tapi bukan silap resepi tau! ini adalah kesilapan teknik aje... silap ita sebenarnyer....


Kali kedua ita gunakan cara kak Ummi ita tukar tepung ubi pada tepung jagung dan tambah sedikit tepung ubi, dan hasilnyer mmg sangat memuaskan. Pisang juga ita kukus dahulu hingga masak. Kukus dgn kulit2 sekali supaya tidak lebam dan lembut bila di potong. Lepas tu baru ita hiris nipis pisang tu.. dan hasilnyer mmg sesedap mata memandang. Tapi pada ita kedua2 resepi ni mmg sangat sedap! walau dgn resepi kak Wan atau resepi dari kak Ummi, rasanyer mmg maintain sedap! dan mmg tak rugi mencuba walaupun terpaksa buat2 adunan pun ita rasa berbaloi!  wakaka... saje2 aje nak menternak lemak...

Terima kasih pada kak Wan dan kak Ummi, yg sudi berkongsi resepi yg sedap ni. Dari sini ita dapat belajar banyak perkara ketika buat kuih talam. Walaupun sebenarnyer buat kuih tradisional ni mmg mudah tapi faktor ketelitian sewaktu membuat kuih tradisional ni perlu di ambil berat dan jangan di pandang mudah... dan sememangnyer kuih2 tradisional kita mmg warisan kita..


MyKitchen's Recipe

TALAM BERLAPIS PISANG
Resepi : Kak Wan @ MyResipi
Sumber : Kak Ummi

Bahan-bahan ( Loyang 8" empat segi )

Bahan A
  • 120gm tepung beras
  • 100gm tepung ubi (*akak letak 50 g tpg jagung, 50 g tpg sagu) sbb xda stok tepung ubi
  • 250ml santan pekat KARA (*akak pun guna santan ni)
  • 150ml air
Bahan B
  • 175gm gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • Daun pandan
  • 400ml santan cair (*akak letak 100 ml santan Kara + 300 ml air)
  • Bahan C 400gm pisang nangka (dihiris nipis) *akak guna pisang berangan, cepat hitam tengahnya..
  1. Satukan bahan A, gaul rata supaya tidak berketul.
  2. Masak bahan B sehingga mendidih, keluarkan daun pandan. Tuang kedalam bahan A, kacau rata. Bahagikan kepada 3 bahagian.(*akak letakkan 2 bahagian dengan warna hijau n kuning)
  3. Tuang bahagian pertama dan kukus selama 5 minit. Angkat dan aturkan hirisan pisang ke atasnya. Kukus sekejap supaya pisang masak.
  4. Tuang bahagian kedua dan kukus selama 5 minit, aturkan pisang buat seperti bahagian pertama.
  5. Untuk bahagian terakhir kukus selama 30 minit dan tutup loyang dengan aluminium foil.
  6. Sejukkan kuih sebelum dipotong.

Cara ita
Ita kukus dahulu pisang tanduk dgn kulit2nyer sekali hingga masak. Kemudian hiris nipis dan ketepikan.
Satukan semua bahan A, masuk dalam blender dan kisar hingga bergaul sempurna.
Masak bahagian B sehingga mendidih. Tuangkan adunan A kedalam adunan B ketika B masih panas dan kacau rata. Kemudian bahagikan kepada 3 bahagian mengikut warna kesukaan.
Tuang bahagian pertama dan kukus selama 5 minit. Buka kukusan dan aturkan hirisan pisang atas lapisan dan ita terus tuang adunan yg kedua kerana pisang ita telah dikukus terlebih dahulu. Kukus semula selama 5 minit.
Untuk Lapisan yg ketiga , ita ambil 1 senduk larikan. Bila lapisan yg kedua masak ita susun lagi lapisan pisang dan tuang lapisan yg ketiga. kukus lagi 5 minit dan setelah masak susun pisang yg terakhir diatas dan tuang 1 senduk lapisan yg telah dilarikan tadi supaya bila masak nanti lapisan pisang serata dgn lapisan kuih.
Akhir sekali ita kukus semula selama 20-25 minit.
Biarkan kuih benar2 sejuk sebelum dipotong.

9 comments:

izahdaut said...

kuih ni la yang saya nampak dlm entry teknik photoshot tu kan.. hehe.. cantik la kak.. saya kalau kuih cam ni, senyumm je time nak makan tu. sebab lawa sangat!!

Mas said...

akak..cantik la kuih talam pisang tu...
tergoda mas tengok tau...he..he..

Nur Ede said...

Assalam Ita...
Klu singgah umah ita nie mesti terghuda... pastu dlm kepala akak mula la berangan nak buat juga.. sebab ita kata sedappp.. wadusss dimana nak ku cari masaaa..huhuhu...

Shasha Mohamed said...

Ada problem gak buat kuih talam ni ek. Nampak macam takder apa2 prob. Camni kena ada sikit praktis dulu baru la lawa dan cute kuih yang dibuat tu.

Thanks for the tips... ;)

Mat Gebu said...

termenggodaaanyaa...pengsann..

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak Ita..

Uih menggoda sungguh talam lapis pisang akak ni.. So cantik...Pasti sedapkan.

Ummi said...

Waaaaaaaahhh Ita, akak salute sebab x putus asa, x jadi yang pertama terus buat lagik...dan hasilnya, mmg nampak sungguh cantik...terima kasih kerana sudi cuba yg alteration akak punya tuh...apapun time kasih kepada kak Wan yang sudi berkongsi resepi sedap banget ni kan..kan... *Psstt, pengsan tgk lapisan cantik kaler maler Ita wat nih...adeeiii...terliur lgk...

Unknown said...

Salam kak. Nak tanya cam ner nak buat bagi kuih tu bila dah masak tak lekat pada loyang. Saya dah cuba 2 kali tapi tak jadi ler. Ada je salahnya. Tapi adunan tu memang best dimakan. Tolong ye

Unknown said...

Salam kak. Saya nak tanya macam mana nak bagi adunan tu tak lekat pada loyang bila dah masak dan macam mana nak bagi permukaannya cantik macam yang akak hasilkan? Saya dah cuba 2 kali tapi tak menjadi la. Adunan tu sedap tapi masalah yang saya tanyakan tu yang spoilkannya. Tolong yer kak....

Post Top Ad

test