Selamat pagi semua.... macam mana cuti ok tak?... tentulah ok... wah! semua mulakan hari baru minggu baru dgn semangat baru... nak tingkatkan produktiviti dan menambahkan kualiti... ialah lama bercuti ada juga yg macam malas aje nak pergi kerja kan... macam sayang aje nak tinggalkan rumah... aii... ada juga yg bersemangat nak jumpa kekawan dan nak ceritakan pengalaman semasa bercuti... tak gitu... @__@
Sarapan apa hari ni..?? wah! yg sedap2 belaka... Suka yg berat atau yg ringan? atau hanya alas perut sambil menghirup secawan kopi panas... apa2 lah kan janji menghiburkan..
Hari ni ita buat kuih talam... ada peminat talam kat sini?? kalau yg minat talam mari rapat2... Resepi talam ni dari dapur Yatie tapi ita dok skodeng kat dapur Nieza yg akan berangkat menunaikan umrah rasa2 hari ni lah kot... selamat menyahut pangilan Nya... Selamat pergi dan selamat kembali... akak doakan semoga dipermudahkan segala urusan Nieza dan suami disana, dan semoga setiap doa yg Nieza panjatkan akan dimakbulkan, diberkati... dan dirahmati dariNya... Kembalinyer nanti dgn limpahan Hidayah dari Allah.. AMIN...
Jangan tak tau kuih talam ni mmg kata orang Talam Bertuah. Tuah mmg sentiasa menyebelahi orang yg membuatnyer... bak kata bidalan "tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia siapa yg tahu" ini lah yg dialami oleh kak kak Noorsafone yg telah berjaya mengundul tempat pertama dalam pertandingan kuih talam anjuran KEMAS Tahniah! ye kak dari ita di Masam Manis ni... semoga dgn kejayaan ini menjadikan akak lebih bersemangat untuk mewarnai dunia masakan dan memasuki pertandingan2 memasak lagi... mana tau! ada lagi tuah yg menanti...
Ok lah beralih pula kita pada resepi kali ni... Talam yg sedap! kalau anda peminat jagung boleh cuba talam ni. Lembut, rasanyer tak terlalu manis sedang2 aje... kata orang tu secukup rasa! rasa2 kalau ikut sukatan asal ni 1 adunan akan menghasilkan talam yg banyak... puas lah makan kata orang tu... tapi ita buat 1/2 adunan aje... tak ramai kan penghuni dalam rumah ni. Separuh tu pun banyak jugak dapatnyer...
Untuk lapisan bawah ita biarkan ia dalam keadaan asal tanpa diletakkan pewarna... yg asli gituuu... Untuk lapisan atas pula ita bubuh sedikit pewarna kuning dan ita tukarkan pandan ke perisa jagung juga. Oleh kerana ita buat dalam acuan kecil so.. kuih ita ni dah terbalik lah dari kedudukan asal... yg atas dah pergi ke bawah dan yg bawah dah naik atas... uik! simbolik jugak tu ibarat kehidupan adakala kita di atas dan adakalanyer kita berada dibawah... macam talam ni jugak... tapi jangan jadi talam 2 muka sudaaa... hik hik...
Terima kasih pada Yatie, tuan empunyer resepi asal talam ni... kepada Nieza juga dan tak ketinggalan pada kak Noorsafone juga. Ita minta izin untuk letak resepi disini pula...
MyKitchen's Recipe
TALAM KASTARD JAGUNG
by: Yatie
Bahan-Bahan- loyang 10 inci
Lapisan Bawah
1 1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung jagung
1/2 cwn tepung kastard
1 cwn gula
1 cwn jagung krim manis
3 1/2 cwn santan
sedikit perwarna kuning (ita biarkan warna asal)
sedikit garam
Cara Menyediakan Lapisan Bawah
Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.
** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)
Bahan Utk Lapisan Atas
2 cwn santan pekat
1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)(ita tukar pada perasa jagung)
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tpng ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula pasir
secubit garam
Pewarna hijau/pandan (ita guna warna kuning)
Cara Menyediakan Lapisan Atas
Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.
Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)
Tips.
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya
17 comments:
Selamat pagi kak....
ira pun peminat talam gak...tapi malas sikit nak buat. lebih2 lagi bakat tak de, bakat makan adelah...
Assalamualaikum Azlita,
wah sedapnya nampak talam tu...tk sanggup kak Nur nak tengok...terguder iman ni...gambar di blog Azlita nie cantik2 belaka...terguder akak...owww!
salam ita
ini satu lagi talam yang akak teringin sangat nak buat.nak tunggu semangat R tu datang dulu..hari ni letih sangat lah ita..hehe
Salam Ita...
Bila lalu dapo Ita tak sah kalau tak singgah....tergoda ngan gambo cantiknya....lum lagi rasa kuih talam tu....gambo mentafsir segalanya....cewah! :)Confir sedaplah ni....
As'salam
hai kak ita ceria selalu yeee lawa rmh baru tu....oren npk cerah..
Cantik dan semestinya sdp kuih tlm betuah tu... warna mmg cun gila...negok dah tu kesedapannya..terigin juga nak menerai buat...apa pun rasa dulu di rmh akk boleh heheh
Assalam kak Ita..cantik talam akak tu...Terima kasih atas doa akak yer...amin.haha sempat lagi singgah dapur akak ni tgh hari dh nk bertolak dah btw tq...syng selalu...mmhuahhx2..:)
Cantiknya Kak Ita...
Setiap kali singgah pasti sangat menarik...
perhhhh...cantiknya talam jagung tu...
terliur betul mas nengoknya....
Kak Ita..cantikkkkkkkkkkk sangat garpu tu..he he..geram je saya tengoknye...talam tu pun nampak macam ala-ala nak persembahkan kat raja gitu...memang 1st class :)
Assalam Ita,
Uwaa....dah buat gak ya..cantik dan menyelerakanlah...tq mencuba resepi ni....
Assalam ita,
cantiknya talam bertuah ni ya..
lagilah cantik dengan setting yang
ita pos kan tu..suka tengok..nice presentations..
Assalamulaikum Ita
CT antara peminat kuih talam. kalau buat lebih2 tu bak ler sikit dapat merasa air tangan dari Ita ni.. hihihi. Gerek sehhh..meletop tu(org s'pore suka ckp mcm ni).. hihihi
Ita...bila free tu singgah Dapur CT ada award GOLD KAD dari Dapur CT buat semua follower DDCT. sudi2kan lah amik ya.. bole gi shoping sakan main gesek2 jer, ct bagi free jer tak yah bayor pun..hahaha
Salam kunjungan... sedap resepi tu.. singgah la ke blog saya ;)
http://www.zuwairiaiman.com
cara persembahan tu yang tak tahan... urmmm..
assalamualaikum ita...
lama akak tak jalan2 kat blog ita ni.. rindu pulak rasanya.. almaklumla baru blk bercuti2 di kg mil.. masuk opis aje kerja byk pulak.. dah petang baru sempat nak jln2 sekejap..
tak tahan betul la ita tengok talam ita tu... berkilat2 menggoda betul.. bab presentation tu lagilahhh.. meletop abis! memang sentuhan tangan ita ni kretif... takleh disangkal lagi..
pehh..sedapnye ita..kyati mmg peminat kuih talam,,,leh try nie;-))
nampak sedap and cantik
Post a Comment