Selamat pagi semua...
Pagi ni tak leh borak lama2 banyak sangat kerja yg dah menunggu.. Ita ada beberapa hal yg perlu diselesaikan.. jap lagi dah nak keluar... jom lah layan donut yg ita buat tuk Dalili ni...
Resepi Donut Ball dari Dayang. Rasa2 ramai yg dah buat kan?? Kali ni ita salut coklat dan taburkan choc rice.. ini adalah sebagai penarik untuk kanak2 aje... Donut ni buat pun tak berapa susah.. ikut je cara penyediannya.. kalau terlembik atau terkeras adunan jangan ragu2 untuk tambahkan apa yg patut.. tak akan menjejaskan rasanya pun..dalam memasak ni kadang2 kita perlu bijak! kalau kita rasa adunan terlembik kita perlu tau apa bahan yg perlu kita tambahkan atau perlu kurangkan..
Resepi donut ni kalau kita buat kecil2 cam ni mmg dapat banyak... tapi kalau buat donut biasa tu tak lah banyak sangat kan.. cukuplah untuk kita makan seisi keluarga. Donut memang fav ita.. ita suka kalau donut tu disalut dengan gula icing. Walaupun sekali pandang dah macam tepung komak kawan tu... tapi bila makan memang akak selalu mengulang.. Ita malas sebenarnya nak buat donut ni.. sebab kalau buat ita lah yang paling banyak makan... tu yg payah tu...
Terima kasih kepada dayang yg sudi berkongsi resepi donut ni.. Ita share kat sini pulak lah ye!
MyKitchen's Recipe
Donut Ball
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)
gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)
Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.
Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.
15 comments:
yong suka juga :)
salam kak ita,
umi pun dah buat donut ball ni tapi tak secantik kak ita punya...kak ita, umi nak mintak ampun sebab curi gambar kak ita dan anak2 untuk entry dibawah ni..jangan marah ya...
Entry terkini :
http://umiscupcake.blogspot.com/2011/06/kisah-follower-ke-255.html
kak itaa.......
**drooling over** siyes.. nak buat tp x terbuat2.. hihi..
otg ni akan berusaha buat utk buka pose..
kak itaa.. ayat yg tukang buat makan bnyk tu.. terhantuk gak kat kepala saya.. sebab saya pun sama..klu buat saya la yg mkn pling bnykk. hahaha...
adehh cantik tul buat salut gitu dah mcm sekut almond pun tuu..
lama betul tak mendonat...
kena kurangkan buat kuih yis2 ni.. takut makin mengembang.. hehehe... gurau aje...
terima ksh byk2 yer Ita krn x jemu2 mencube resepi dr Dapurku SaYang. terharu krn ramai gak yg sudi mencube resepi2 dari sana. thanks a lot. meh, mintak 10 ketui yg ade salut coklat tu...nk bg kat anak2..sgt memikat selera! :)
hadoiii... menu sedap hari2... Dalili tinggal tok untie sikit yer
wahhhh...cantik menarik ku tertarik betoi nengok donut ball kak ita tu....
Kak ita.. Comel bila dinakeup dgn coklat tambah ada warna warni atasnya.. Cepat je abisnya nanti
Alamak salah eja makeup..,:)
ita...bukan budak2 jer suke..tapi ucu pun terliur same...
Loved the glaze you have made on top, looks lovely and your photographs are mind blowing. Simply amazing.
Following your beautiful looking blog :)
sekali tgk mcm london almond bentuk bulat. rupanya donut... errmm...sedapnyaaa....
kid's fav...mummy dia lagi ler suka...mkn jilat2 jari..lols
wahh sedapnya donut bersalut coklat...i like!...bolat-bolat senang nk ngap ni...hehe
Post a Comment