FRUITY CHOC STEAMED CAKE - masam manis f

Breaking

Jun 29, 2011

FRUITY CHOC STEAMED CAKE

Assalamualaikum...

Selamat menyambut Israk Mikraj kepada semua muslimin dan muslimat yang di kasihi. Tidak kira di mana sahaja anda melata di bumi Allah ini... Kenangilah kembali peristiwa junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. di angkat ke langit menemui Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1)..
Marilah kita bersama2 meningkatkan amal ibadat dan mengandakan pahala.. semoga setiap amalan yg kita lakukan dan  setiap doa yg kita panjatkan mendapat keberkatan dari Nya.


Semalam sewaktu ita ronda2 kat My Resepi, ita ternampak lah resepi kek Kukus Velvet Hawflakes dari kak Fida.
Maklumbalas yg di terima rata2 memuji kesedapan dan kegebuan kek ni. Ita pun tak ketinggalan nak mencuba dan merasa. Kebetulan ita pun mmg suka sangat kek yg dikukus. Tapi bila tengok dalam stock hawflakes dah tak de pulak dalam simpanan. Jadi ita mengambil keputusan untuk menggunakan buah cery merah dan hijau sebagai ganti hawflakes. Kak Fida pun ada mention boleh gantikan dgn choc cip atau apa2 yg sewaktu dengannya.. mengikut selera masing2.


Kek yang sangat sedap pada selera ita... dan sangat mudah penyediannya. Bahan2 pun mudah dan kita boleh pelbagaikan kek ni mengikut kreativiti dan citarasa kita. Kek ni pun lembut dan gebu. Sangat sesuai sebagai hidangan untuk tetamu yg bertandang ke rumah. Pasti tetamu tak berkelip memandang dan tak berhenti menikmati kek yg kita hidangkan. Dan sudah tentu hati tuan rumah berbunga ceria apabila tetamu memuji2 kesedapan dan keunikkan hasil air tangan kita... tak gituuuu!!!


Terima kasih kepada tuan empunya resepi yg sedap ni.. Siapa lah gerangan tuan empunya resepi ni ye! ingin benar ita berkenalan dengan nya dan minta maaf andai ita telah mengubah nama resepi ni.. buakan apa.. tiada niat pun nak mengubah...ita mmg akan buat resepi Kek Velvet Hawflakes ni lagi jika ita dah dapatkan Hawflakes. Jadi untuk membezakan resepi asal dengan resepi yg telah ita olah, ita tukarkan namanya untuk memudahkan ita mengigat kembali cara2 penyediannya. Ita berharap sangat agar kak Fida tidak marah atau berkecil hati dgn ita.. maaf ye kak!


Ita juga minta izin untuk salin semula resepi asal dan tambahan yg ita lakukan untuk memudahkan ita dan kawan2 yang lain.. yg mungkin ingin mencubanya.

MyKitchen's Recipe

FRUITY CHOC STEAMED CAKE
resepi olahan dari resepi : KEK VELVET HAWFLAKES
by: kak Fida

5 biji telur - grade A yg sejuk - dr peti ais
225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
1 sk rata baking powder*
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
1 1/2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh choc emulco
ceri merah dan hijau yg dicincang secukupnya

Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, buah ceri, serbuk koko, esen vanila dan choc emulco
Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
Bahagikan Adunan kepada 2 bahagian.  satu bahagian letakkan serbuk koko dan choc emulco. satu bahagian lagi letakkan perasa vanila dan boleh juga letakkan pewarna.
Kemudian setiap warna tu pula dibahagikan kepada 2 bahagian. Ini bermakna kita akan dapat 4 lapisan.

Loyang dialas kertas dan sapu butter . Ratakan adunan pertama  kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.

Buat hingga habis lapisan akhir taburkan buah ceri merah dan hiaju dan kukus semula.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

23 comments:

ijayuji said...

Salam kak ita!!! mmg tergodaaaa abisss kalau masuk sini, dgn gmbrnyer dgn foods nyerrr drooling tak berenti ni tau!, cantek arrr, mcm nak buat jugaklah :D hihihi

Mas said...

kak ita...
cantiknya kek lapis tu..
tergoda mas nengoknya tau...

Misz-ella said...

Hai Ita, sumpah kakchik tergoda. hihi.

Anna Qawina said...

cantiknya lapisan akak buat cenggitu..

quinnie said...

saya penah buat kek nih...tak sangka bleh ganti ngan buah....cantik...:)

Nurul said...

Salam K Ita,
Nurul tertarik lagi ngan kek lapis yg K Ita buat... cantik... Semua cantik2 belaka... :D

Juwita Jamaludin said...

Kak ita kreatif cantiknya kek ni.. Betul2 tergoda mcm mana la aksk ambil gambar gelap kat blkang tp depan terang teringin nak beljar amik gambar setting dslr dgn akak..;)

CT Delima said...

As'salam Ita

Memang tergoda dan lepas digoda terus macam nak makan kek tu..hihihi. cantik sungguh hasil kejadiannnya :D

nuzurzaradeon said...

sedaaapnyerr...
nanti nak try kat umah...
sedap nih...
manis tak kurma ini..??

Zue El Razak said...

ishhh.. geramnyer... nanti nak trylah buat..

JieJa said...

Wahhhh..aritu dah tergoda dgn Tutty Fruity....kali ni harus juga try yg ni...cantik je lapisan tuhh..kemas n pasti nyer sedap

tun_telani said...

sedapnyer! sedapnyer!! terliur dah, perut pun nyanyi2..hihi..

Ummi said...

Ita, nampak lebih sedap pulak bila digandingkan dengan buah2 mcm tuh...Akak pun suka kek velvet kukus resepi Fida ni...mmg best!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

nampak menarik bila ada taburan hijau merah atas kek tu kan.. patutlah tetamu tengok tak berkelip2.. hehehe.. tp kalau ita hidang kat akak.. mula2 akak tak berkelip tengok kek tu.. pastu sekelip mata ita aje.. kek tu dah hilang dari piring.. hehehe...

Juwita Jamaludin said...

Kak ita thanks share ye.. Nanti leh ajar lagi ye kak admire semua gambar2 akak..:)

Hafizah Mohamad said...

sedapnyer kak ita...rasa cair dalam mulut ni....nampak keayuan dan kegebuan kek tu....sedapnyer..nanti boleh la test resepi ni...=)

K.Nor said...

mmg selalu buat kek ni dulu2.. sedap! cantik pulak bila ita buat letak cherries gitu.. sweet jer

Mieza said...

Sedapnya ita..menggiurkan tul lapisannya tu..:)

Hana Faza-same person said...

kak ita..plzzz... jangan buat sedap2 mcm ni boleh tak? sb nanti Hana confirm akan kalut mana satu resepi akak nak dibuat dulu ni..heheheheh...

nak try lah weekend ni..thanx kak ita:)

Gee® said...

tolongggg...tiap kali masuk sini confirm tergoda, terliur, terpegun, terjelir...macam2 ter lagi... dasat la ita nih, cubit kang....

izahdaut said...

sehari tak masuk blog akak mcm tak lengkap hari ku.. cewaahhh..hehhe.. akak cantik n kreatif je kek ni bila dapat sentuhan tangan kak ita kita ni..

DG said...

Cantik dan menggoda!

Ct Baizura said...

ni kek ke span akak? serius mcm span geramnya nengok....perut terus bunyi drum...laparnya tgk kek ni...

Post Top Ad

test