MI KARI LEMAK - masam manis f

Breaking

Jun 11, 2011

MI KARI LEMAK

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua dan selamat berhujung minggu.. Sedar tak sedar dah 2 minggu cuti persekolahan berlalu. Esok anak2 sudah memulakan semula persekolahan dan meneruskan pembelajaran. Anak2 ita akan balik esok pagi. Aiii... sunyilah rumah ni semula..

Esok mak dan bapa ita juga akan kembali dari menunaikan umrah. Harap biarlah kedua2nya sihat dan pulang sebagai hamba Allah yg kamil.


Semalam ita masak mi kari lemak untuk makan tengahari. Pernah dengar tak?? mi ni sangat sempoi.. buat pun mudah dan bahan2 pun tak banyak. Sangat sesuai kalau kita nak masak tuk open house atau tuk jamu kawan2. Walaupun sempoi.. tapi rasanya boleh tahan juga.. sedap!


Sebenarnya mi ni sangat popular masa ita sekolah dulu. Masa tu kalau waktu rehat mi ni lah yg kami rebut2 untuk dimakan. Kantin sekolah ita selalu sajikan mi ni untuk waktu rehat dan memang tak jemu makan walaupun hari2 dok makan menu yg sama. Tapi masa jual kat sekolah tak de lah buh bahan pelbagai.. ia hanya letak kuah, mi, 2 biji fish ball dan setengah potong tauhu. Itu pun dah berebut2 pelajar membeli.. Rasa2 ramai lagi kawan2 yg rindukan mi ni..

Untuk resepi yg ita masak ni ita buh banyak sikit bahan2 ialah kita nak makan tuk family boleh lah nak letak bahan2 lain yg kita rasa sesuai.. Ita letak ayam, fish cake dan taugeh. Boleh juga kalau nak letak kerang, udang dan telur ikut kesukaan masing2. Jom kita lihat bahan2 yg kita perlukan tuk menyediakan mi yg sempoi ni..

MyKitchen's Recipe

MI KARI LEMAK

1/2 ekor ayam di potong kecil2 dan dicuci bersih
12 biji fish ball
2 keping fish cake - dihiris
4 keping tauhu - potong 2 dan digoreng
mi halus - dicelur
taugeh
sedikit daun kucai - dipotong 1 cm
2 batang serai - dititik
secawan air asam jawa
1 biji santan kelapa
air secukupnya
2 sudu besar rempah kari
garam dan gula secukup rasa
1 kiub ayam

Bahan Kisar
15 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc lengkuas
2 inc halia
3 sudu besar ikan bilis - direndam hingga lembut
3 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut

Tumis serai, bahan kisar dgn minyak hingga garing dan terbit minyak. Masukkan rempah kari dan masak lagi hingga garing.
Tuangkan air secukupnya dan masukkan kiub ayam,  masak hingga kuah mendidih. Masukkan air asam dan santan.
Kemudian masukkan ayam biar kuah mendidih lagi hingga ayam empuk dan masak.
Rasakan garam dan gulanya.
Kemudian barulah masukkan fish ball, fish cake dan tauhu. Biar kuah masak sepenuhnya.
Bolehlah hidangkan dgn mi, taugeh dan taburan daun kucai.

12 comments:

Mas said...

kak ita...
tengok mee kari akak ni..
memang mas teringat mee kari masa mas sek dulu...
memang sedapppp..
selalu gak mas makan...
mas copy resepi yerk kak..jadi teringin lak nengok mee kari tu..
sedappnya..

Anonymous said...

sedapnya tengok..yummy

ijayuji said...

Salam kak ita!! sedapnyer mee kari! kita suke mee kari! guna bee hoon lagiiiiiiiiiiiiiii suke! geram tgk chives akak tuu gemok2 hihihi...

izahdaut said...

kak itaaa... saya ni duk pikir nak cari resepi mi kari.. tetibe tengok kat blog aka.. wah adakelainan ni sebab ada kucai bagai kan.lamaaa dah tak makan mee kari.. nak try. insyaAllah.. waduh lapoo lah gini. tadi tengok umah kak zana ada soto lemak.. lapoo

CT Delima said...

As'salam Ita

alahaiiii.... ct tak makan karilah dear ita. kalau ita masak mee rebus ke, mee soto ke ct datang umah tumpang makan.. hehehe.

CT turut doakan semoga mak dan bak ita selamat kembali dengan sihat walfiat. semoga mendapat keberkataan buat seisi rumah tu nanti..insyaAllah. Alhamdulillah..aminnnn

Ida,Japan said...

slm k'Ita...pagi ni pun ida sarapan ngan mee kari, buh bahan apa yg ada kat sini jer...emmm, mmg pelbagai bhn2 yg k'ita letak..nmpk sugguh sedap!!

Juwita Jamaludin said...

Salam kak ita.. Ita pun suka mee kari nampak sungguh menarik mee kari akak..

Juwita Jamaludin said...

Salam kak ita.. Ita pun suka mee kari nampak sungguh menarik mee kari akak..

Cheq Sue said...

Salam kak ita... tergoda sungguh dengan mee kari tu...

ashiekien said...

hye ....ita...menu tghari td mee kari gak...tp beli......x berapa nk puas lah makn sb kurang rencahnya...buat sendri sedap kan......

Hani in Canada said...

Salam, Ita ... nampak menyelerakan mee kari Ita ni. Hani nak try masak jugak sbb bahan2 kecuali daun kucai & lengkuas mmg ada kat sini. 1 biji santan kelapa tu agak2 dlm berapa cawan? Kat sini yg ada cuma santan dlm tin ajer.

qayyum741 said...

Assalamualaikum pn. ita...mmg nostalgis betul mee kari nie...zaman sekolah 70 an..hari2 makan mee nie kat sekolah..bangsa cina yg masak..bedal aje..nk try resepi nie...udah trliur..mohon share ye pn ita..tq

Post Top Ad

test