PUDING TEMBIKAI - masam manis f

Breaking

Jun 3, 2011

PUDING TEMBIKAI

Assalamualaikum...

Ramai yg berpuasa hari ni ke?? Alhamdulillah.. sama2 lah kita merebut ganjaran pahala pada bulan yg mulia ini..
Amal ibadat sunat yg paling utama dan amat besar ganjaran pahalanyer ialah berpuasa sunat. Paling baik jika dapat dikerjakan 30 hari iaitu sepanjang bulan Rejab, sebagaimana yg diamalkan Rasulullah SAW

Menurut sebuah hadis Rasulullah SAW , sesiapa yg berpuasa sebulan pada bulan Rejab, maka allah SWT menyeru kepadanya
" Telah wajib hakmu atas Ku, mintalah olehmu kepada Ku. Demi ketinggian dan kebesaran Ku, tidak akan Aku tolak hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah Arasy Ku. Engkau kekasihKu. Berbahagialah kamu, tiada hijab diantara Aku dan engkau..."

Walaupun ada yg menyatakan hadis di-atas adalah hadis daif, tetapi tidak salah kan jika kita berpuasa bulan Rejab bagi mendapat ganjaran yang hanya Allah sahaja tahu, Insya'Allah moga kita bersama-sama memperoleh keberkatan di dalam bulan Rejab ini.


Ok lah kita berbalik pada menu yg ita telah sediakan ni. Ita buat puding ni akibat tertarik melihat kecantikan puding yg Nieza tontonkan semalam. Malam2 buta ita dok godek2 kat dapur sampai anak2 kata aii.. mak tak tidur ke??? hihi.... ni lah kan kalau hati dah berkenan...

Alhamdulillah... dapat jugak ita merasa puding ni semalam.. kerana puding ni cepat membeku. Ita buat puding ni sebagai pencuci mulut tuk buka puasa hari ni...
Rasanyer sedap tau! ada sikit2 persamaan dgn puding tauhu kak Nor. Lemak2 manis. Tapi puding ni makan cam tu aje lah.. tak de berkuah. Kalau makan dgn kuah kastard pun sedap jugak kot! hihi memandai aje..


Kecantikan dan keunikkan puding ni memang lah sangat sesuai dihidangkan untuk majlis istimewa. Ia bukan sahaja sedap! malah akan menjadi tumpuan para tetamu kerana warnanyer yg menarik dan keunikkannyer yg tersendiri. Yg paling teruja tentulah kanak2.. lagi lah dgn warnanyer yg mengancam tu kan... siapalah yg tak tergoda...

Pandai betul pereka puding ni kan menzahirkan idea dan berkongsi selera dgn para pengemar puding. Ita pun tak berapa pasti dari mana asal usul dan siapa pemilik resepi sebenar kerana resepi ni telah berpindah randah dari satu rumah ke satu rumah. Resepi ni, ita rasa telah popular di FB juga.

Kepada pemilik sebenar resepi ni sekalung taniah ita ucapkan dan terima kasih kerana sudi berkongsi resepi yg menarik! Ita copy resepi ni dari dapur Nieza. Kepada Nieza akak minta izin untuk kongsikan disini pulak lah ye!


MyKitchen's Recipe

PUDING TEMBIKAI
by: Kak Long Lyn
sumber: Nieza

1 paket agar2 serbuk (dalam 15gm)
2 keping roti gardenia
6 cawan air
1 1/2 cawan gula (kurangkan kalau x suka manis) ita letak 1 1/4 cwn
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
cincau- dipotong kecil (utk dibuat biji tembikai)
*kalo takde cincau, ambik sikit agar2 tu, warnakan hitam, bila beku, potong kecik2

Rebus agar2 ngan air..
Bila sudah larut masukkan gula..
Apabila mendidih masukkan mentega..
Kemudian masukkan susu..
Ambil sedikit adunan agar2 ni kemudian blendkan ngan roti sampai sebati..
Kemudian tuang semula kedalam agar2 tadi..kacau rata...
Dlm bekas lain bubuh sedikit warna hijau..masuk ke dalam loyang...jangan banyak sangat cukup untuk buat kulit dia je...biar beku skit je jangan beku sangat nnt x melekat pulak bila bubuh warna lain..
Lepas tu letak adunan plain untuk buat kulit yang warna putih pulak...biar beku sedikit..
Kemudian letak adunan warna merah pulak...
Tabur cincau untuk buat biji tembikai..biar beku betul2...sedap dimakan sejuk2.....

13 comments:

izahdaut said...

cantiknya... hari tu teringin jugak nak beli bekas mould 3 segi ni.. cantik je kejadiannya tu...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

wahhh.. cantiknyer puding tembikai ni.... yang ini baru real hirisan sepotong tembikai... hehehe.. ita memang kreatif.. ini puding tembikai yg paling cantik yg pernah ku lihat.. hehe.. resepi puding ni lain dari puding tembikai versi dulu2 tu kan? yg dulu tu.. pudingnya bila mkn mcm gabus sikit sebab guna putih telur yg dipukul... hehehe...

p/s: selamat berpuasa sunat...

Anna Qawina said...

mak aiiii..sbijik cam tembikai..huhu...cemana rupa mould ni? hehe...cantik...

ilahjy said...

fuhlamak kalu apa jer maskan masuk jer dapo ita dia keluar pasti cantek molek cun melecungggg mcm tuannya juga..hehe.. itaaaa lain kali tunjuk acuan dia tauuu hikhikk...cantek benau kejadiannya... tahniah

Bee said...

ita, cantik sungguh kejadiannya!!! nampak pun menyelerakan..:)

Irma A.Wahid said...

yummy~~~ da terasa kat mulut manis dia

Nazrah said...

memang cantik kak ita...tengok gambar pun dah rasa nak ngap

Unknown said...

Kak Ita Cayang!! tahniah kak memang cantik...terpegun tau nengok puding akak yg cun tu sebijik mcm buah tembikai suka colour pink tu...hehe
saya lak terguda ni...sib baik ada lagi dlm peti sejuk tu ..sedap kan puding ni tak jemu memakannya...ishhh puasa ni mana leh terliurx2 sabar jer lah hehe... selamat berbuka puasa yer kak:)

CT said...

Salam kenal Ita...ermmm u classmate adik saya dulu ya...

Sedanya agar2 tembikai tu....nnt akak copy rite ya...ngeee

bajili said...

salam k.ita..=)
puding k.ita pling comel...cmne rupa bkas 3 mould tu? nak cntik gak...=)

Koleksi AmirahSyahmi said...

salam k.ita...mcmane bekas nk buat puding tembikai ni???
mesti cuba ni!!

Amir Said (dapurmalaysia.com) said...

nak cuba. tapi xde bekas yang sesuai plak.

nureykafiqa said...

nak tnye sikit..mcam mne nk potong puding tu..jdi 3 segi yg betol..x senget..

Post Top Ad

test