SINGGANG IKAN - masam manis f

Breaking

Jun 13, 2011

SINGGANG IKAN

Assalamualaikum..
Selamat tengahari semua... Hari ni lambat ita bersiaran kerana beberapa pekara yg terpaksa ita selesaikan..
Semalam satu hari tak de rumah, Ita gi KL hantar anak balik asrama. Sampai rumah terus kedengaran bang magrib. Nasib baik trafik lancar tak de jam walaupun kenderaan bersusun atas jalan raya.

Tadi pagi ita dok hantar mak ita gi klinik, mak ita tak berapa sihat. Balik umrah, mak tak sihat demam dan batuk. Kata mak, cuaca kat sana sangat panas sampai mencecah 46C jumlah manusia yg ramai membuatkan ia tidak berasa selesa. Faktor perubahan cuaca juga mungkin menyumbang kepada masalah kesihatan mak ita. Ita harap mak cepat sembuh, dengar nasihat dari doktor tadi supaya minum banyak air, dapatkan rehat yg cukup dan jangan lupa ambil ubat setiap hari. Melihatkan keadaan mak yg semakin uzur.. buatkan hati ita berasa sangat risau.. ita harap mak cepat sembuh! Mungkin beberapa hari ni.. ita tak dapat bersiaran seperti biasa, ita terpaksa meluangkan banyak masa untuk mak.. menjaga makan dan minumnya.. supaya mak cepat sihat..


Bila anak2 dah balik rumah dah terasa sangat sunyi... hilang dah gurau senda bersama anak2. Bila teringatkan gelagat anak2 yg mencuit hati buatkan ita terasa sangat rindu.. rasa masa terlalu pantas beredar.. sedar tak sedar anak2 dah semakin meningkat remaja.. rasa baru semalam dikelek dan dikendong..

Hari ni ita masak simple aje.. untuk Dalili, memandangkan ita masih lagi meneruskan posa di bulan Rejab ni.. Petang baru lah sibuk didapur sediakan juadah tuk buka posa. ita tak kisah sangat tang makan tuk buka.. apa yg ada sudah memadai.. janji dapat alas perut yg kosong seharian sudahlah..


Jom lah tengok lauk apalah yg ita masak hari ni. Ita masak lauk singgang. Ita sebenarnya suka makan lauk singgang ni.. kalau makan suka boh kuah lebih2 dah macam makan bubur dah. Lauk yg selalu mak masakkan masa ita kecik2. Ita paling suka kalau guna ikan tamban, selar kuning, ikan parang atau ikan cermin tuk lauk singgang ni.. sedap kalau makan sambil menghirup kuahnya tu.. rasa masam sikit tu yg buat bertambah2 selera..


Hari ni ita masak guna ikan bawal putih. Ikan bawal ni ya Allah mahalnya.. sebab dah lama tak makan ikan bawal putih dan susah jugak nak dapat dipasaran sekarang tu yg bila terjumpa org jual kat pasar terus aje beli... lupakan sekejap ttg harganya yg mahal tu sebab nak makan sangat! Suami ita pula kata tak pe sekali2 sebab bukan mudah dah nak jumpa.. sayang pulak nak digoreng cam tu nanti hilang pulak rasa manisnya.. kalau masak stim nanti Dalili tak berapa suka.. langsung ita buatkan singgang.. bukan main suka Dalili menghirup kuahnya...

MyKitchen's Recipe

SINGGANG IKAN
3 ekor ikan bawal putih - disiang dan cuci bersih
3 ulas bawang putih - dimayang
1 inc lengkuas - dimayang halus
1 inc kunyit hidup - dimayang halus
5 keping asam gelugur
4 cawan air
garam secukup rasa
7 biji cili api

Masukkan semua bahan ke dalam periuk, masak hingga mendidih.
Masukkan ikan dan garam secukup rasa.
Siap untuk hidangan.


Untuk resepi ni ita gunakan cili api yg ita tanam.. dah berbuah dah! lebat pulak tu..

12 comments:

noorsafone said...

lauk yg ringkas ita...mkn dgn nasi panas2...cili padi tu...berbuah lebat..geram tengok..

Sue Aleen said...

favorite saya jugak ni

Wanieyra said...

Salam kak ita...

lama tak makan singgang ikan ni....

Unknown said...

saya pun suka singgang..tapi org rumah tak minat..bila dia tak minat kita pun jadi kurang selera nak memasak.. ada tak ada tunggu balik kampung..hihi..

jelesnya ngan pokok cili kak ita.. pokok cili kami semua mati kering..

Fauziah Samad said...

kalau ikan fresh mmg rugi digoreng. elok buat yang berkuah agar tak hilang manisnya. terliur singgang Ita. nadia yang pandai buat. tak sejak dia sakit kaki, ke dapur pun tak der mood.

Yatie said...

waduh lauk kegemaran ku ada di sini...nanati nak berbuka puasa kat umah Ita lah..leh kan..ekekkee...

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ita, saya kalau singgang mesti nak makan ngan sambal belacan....tak pun pecahkan cili padi kat dalamnya banyak-banyak...

Nur Ede said...

Salam Ita..
Akak pon mmg suke singgang ikan nie..
tambahan pulak buat ngan ikan bawal putih mmg bertambah2 lah sedap nyer..

Mas said...

sedappnya singgang...
guna ikan fresh memang syokkk kan kak..

akak..geramnya tengok pokok cili tu...
suburrr....
akak siram guna air pe kak..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

cik abang kita tak suka sgt singgang... tp kita suka.. tambah2 ada pulak pucuk ubi rebus cicah ngan budu atau sambal belacan.. memang bertambah2 mkn...

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Kak berkenan kat gambar yg paling bawah tu. Kalau le hubby tengok ni...

Mat Gebu said...

Feberet cm sepanjang masa nihh, ikan singgang....

Post Top Ad

test