Selamat pagi semua dan salam silatulrahim...
Apa khabar pagi ni.. diharap semua sihat.. dan happy2 selalu..
Tuan rumah ni dah mula rasa macam nak demam.. idung ni dah mula sok sek sok sek.. tekak pon dah lain macam pedihnya.. selalu cam ni adalah tanda2 awal yg akak tumbang bila2 masa.. haha
Hari ni ita masih lagi dengan menu hidangan yg ita sajikan buat tetamu yg datang bertandang ke rumah.. Resepi kali ni ita ambil dari dapur Dayang. Serious cakap resepi kali ni memang sangat sedap!
Pulak bila ia digandingkan dengan Nasi Kismis memang buat kan tetamu bertambah2 makan..
Mula2 memang pening kepala sebab tak tau lah nak masak apa.. Ayam ke daging ?? Sebab org Kelantan ni ada susah sikit makan.. sebab ramai yg tak makan ayam. Ita mmg dah biasa dgn situasi cam ni.. sebab mak dan abang ita jugak memang tak makan ayam. Bila dapat suami pula, pon tak berapa suka ayam. Kalau masak ayam dia makan dada aje.. dan walau apa pon lauk yg kita masak dgn ayam, ayam tu hendaklah di goreng terlebih dahulu..
Tapi pada ita masak ayam adalah yg paling mudah kerana kita tak bimbang sangat seperti masak daging yg kadang kala tak empok atau liat bila tersalah potong daging tu.. haaa... nak potong daging pon ada caranya kalau tak ikut betul uratnya ada keras kejung daging tu bila dimasak nanti..
Ok berbalik pada resepi kali ni.. ada beberapa bahan yg ita terpaksa tukar mengikut citarasa keluarga dan ada juga bahan yg tak de dan ita gantikan dgn apa2 yg ada kat dapor ita ni..
Contohnya, ayam tu ita terpaksa goreng dahulu dgn garam dan kunyit kerana biasa kalau masak ayam ita akak buat cam ni kalau tak suami ita tak makan.. kesian pulak kat cik abg kita tu...
Untuk cilinya pula ita gunakan cili kering kerana ita mmg tak biasa guna cili serbuk, tapi ita rasa walaupon tukar cili serbuk kepada cili kering rasanya tetap sama...
Lagi satu ita tak guna tomato puri, sebab ita tak berapa sukakan bau dari tomato puri tu. Jadi ita gantikan dengan tomato buah yg ita cincang2 halus.
Ita tambahkan kiub ayam untk buatkan kuah tu lebih rasa ayamnya..
Terima kasih kepada Dayang yg berkongsi resepi yang sedap ni.. Rasa2 ramai yg dah mencuba dan memang berbaloi mencuba sebab sedap dan menepati selera. Kalau makan dengan nasi putih pon dah sedap apalagi bila kita gandingkan dgn nasi kismis, nasi tomato, nasi mainyak atau apa2 nasi yg sewaktu dengannya. Rasa2 sesuai juga ni kalau kita buat hidangan di pagi raya.. ialah biasa kita masak kari ayam apa kata kali ni tukar dgn Ayam Kashmir cicah pula dgn nasi impit... alamak!! mouth watering laaaa.... terliur dah tu...
AYAM KASHMIR
by: Dayang6 biji bawang merah - dihiris
1/2 labu bawang besar - dihiris
3 bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 batang serai - diketuk
rempah 4 sekawan
sedikit daun kari
Bahan B
3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato - dipotong kecil
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
2 biji ubi kentang - dipotong
Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau.
Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air.
Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan.
Biarkan ia masak.
Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
Hidangkan setelah masak.
17 comments:
wah..!! tersangat sedap... beruntung lah tetamu kak ita dpt mkn ayam kashmir ni...
Salam pagi Ita..
terggoda pagi2 nih tgk ayam kashmir nih untung tetamu yg dapat merasa kan masakkan Ita..n paling mama terggoda tgk gmbr2 ita..*kesat air liuq* hehehe
Morning Kak Ita ..... !!
menarik Ayam kashmir. Dah masuk dalam list Nina. Pasti akan di cuba. Senang jer nampak. hehee ...
Gambar akak cantik laa...
jeles tau!! ngeh ngeh ngehhh
a ah.. memang best ayam ni. saya pun rasa ayam ni sedap dmakan ngan nasi yang special gitu.maknanya bukan la nasi kosong gitu. sedap sedap
Ohayogozaimasu kak ita.....wahh, nmpk mmg sedap ayam ni..nanti bole try ni
salam kak ita...saya dah cuba semalam..mmg sedap...
As'salam Ita
Orang kelate tak suka makan ayam ker..? rugilahhh..hihihi. CT pernah gak nak mencuba resipi ni, tapi memandangkan masa tu nak masak ayam masak merah terus tak jadi. Kalau dah katanya sedap, insyaAllah bolehlah cuba untuk sambut puasa buat bersahur nanti :D
Nak tolong urut2 badan tak..? meh sini ct tolong urut2 belakang ehh... hihihi. jangan keja teruk2 sangat, kesihatan juga perlu dijaga. anak2 ct dah 3 orang yang kena selsema dan batuk2 ni. musim dah ni ita. sana sini orang sakit yang sama. Take care ya Ita :)
mas pun suka sangat ayam kashmir ni..
sedappkan kak ita....
tengok ayam kashmir akak tu...
mengeliurkan betoi....
cantikk kentang tu bentuk bunga...
kak ita buat macam mana yerk...
kretif la akak sorang ni...
huhuh..tergoda ngan lauk nih.. arini cam nak gantung piuk jer..malas nak masak....tapi gantung 1/2 jer takleh gatung penuh...hehehe...
Saya nk cuba masak ptg nnti tp tukar dgn daging..utk bekal anak2 g kolah esok. MMg dah habis menu..kari, kurma, msk merah..yg serupa je.pening gak pikir nk masak apa sbb tiap pg msk berat tuk bekal diaorg..pulak tu cuma daging n ayam je(susah nk mkn ikan)..tq ya Ita..bg idea.
dah dalam list..esok nk cuba masaklah..sbb dah pening nk masak ape hari2...
nampak mcm ayam masak merah kan? hehehe.. kalau ita kata sedap lenkali bolehlah try ni... akak baru je cuba ayam masak merah berempah versi kak nor.. pun sedap jugak!
Assalamualaikum...
Sedap Nampaknya Ayam Masak Kashmir Ni...Terliur Kak Lin..
Ita...sedapnya...lapo kak cek...
P/s....nanti dtg amik award ek kat blog akak....:)
apa itu rempah 4 sekawan?
Salam Ita. Akk dah cuba resepi ni ternyata sedap sangat2. Family pun suka dgn resepi ini, masaknya pun senang bahan pun simple. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ini.
We have tried this dish many times. memang sedappp... Tak perlu nak masak rendang. Yang ni pun cukup.
Post a Comment