BLUBERRY CHEESE TART dan step by step - masam manis f

Breaking

Jul 30, 2011

BLUBERRY CHEESE TART dan step by step

Assalamualaikum....

Bertemu sekali lagi kita di hujung minggu...  Sekali lagi kita bertemu dalam ruangan step by step. Kali ni ita nak tunjukkan cara2 tuk buat cheese tart. Atas permintaan adik2 kita kat luar sana akak ambil kesempatan tuk tunjukkan step by step membuat cheese tart. Sebenarnya bukan mudah nak buat step by step ni sebab ita sesorang kan mana nak buat adunan dan mana pula tangan yg nak pegang camera.. hihi tapi kerana adik akak kat luar sana minta tunjukkan cara2nya  akak buatkan juga lah cara2 macam mana akak buat cheese tart ni.. semoga apa yg akak tunjukkan ini sedikit sebanyak dapat membantu adik2 kita yg gemarkan cheese tart ni... sama macam akak juga.. >^<



Kali ni ita gunakan resepi dari Azita. Nama hampir sama tapi orang tak sama... hehe.. :) Resepi dari Azita ni sangat sedap dan cukup simple cara buatnya.. ok tampa buang masa kita kedapur dan lihat bahan2 yg diperlukan.



Sebelum kita buat Cheese tart kita sediakan dulu bahan2 tu buat Shell atau crust dia dulu

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart


Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.


Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.


Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.


250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.


Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.


Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.


Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.


  1. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  2. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  3. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.

Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama... Selamat Mencuba! dan selamat berpuasa! :)



253 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 253 of 253
Unknown said...

Hi,do you have any trick how to perfectly remove then crust from the mold? How do you manage to remove it without having the some crumbs of the crust sticking to the mold?

Unknown said...

Salam.kak ita guna oven jenis n brand ape ye?sy tengah survey nk bli oven ni.before ni guna oven cikai je.hehe..hope akak sudi jawab ya.trima kasih;-)

Unknown said...

As Salam Azlita,saya ingin tahu sebelum taruk intinya,mestikah kita sapu dulu chokolat cair dibahagian bawah tart untuk mengelakkannya menjadi lembik dan tidak garing?

Unknown said...

As Salam Azlita,saya ingin tahu sebelum taruk intinya,mestikah kita sapu dulu chokolat cair dibahagian bawah tart untuk mengelakkannya menjadi lembik dan tidak garing.Terima Kasih

kd-gardens said...

Awesome...tq dear...baru jew cuba ...madyaAllah best giler ......Alhamdullillah...jzkk

Unknown said...

Resipi yg harus dicuba...tq Kak utk resipi yg meletop ini

http://nozyb.blogspot.com/ said...

salam kak..macam mana nak buat bentuk tart tu nampak kemas yg sy punye bentuk dia x cantik

Unknown said...

Alhamdulillah. Dah try buat ikut resepi kak ita ni. Memang menjadi dengan cantik sekali even utk yg 1st timer nk buat. Tangan yg kaku pun blh buat design dkt cheese tu dengan hasil yang cantik.

Unknown said...

Slm kak... nk tny knp filling saya merekah bila simpan dlm peti ais...sgt kecewa

Anna Athirah said...

Assalamualaikum kak.
Saya cuba buat tapi cheese dia merekah lah? kenapa ye?
Thanks for sharing your recipe.

Unknown said...

Brp harga kita nak ltk sebiji ya.

Unknown said...

comelnya...saya pinjam resepi ye kak...

Unknown said...

cantiknya corak kat atas tu..yang jemblueberi tu brand ape ea?

Unknown said...

cantiknya corak kat atas tu..yang jemblueberi tu brand ape ea?

Unknown said...

salam akak sye nk tnye,knpa ble dh ltk felling crust tuh jdii lemau...??
pape pn mkseh sbb shre rspiii,mmg mnjdi bnyk kli dh bt hehe...

Unknown said...

thank for resepi.. nanti nak try buat la juga hehehe

Jom blogwalking.. pelbagai info menarik tentang kesihatan dan kecantikan di sini
http://suppl3m3nt4u.blogspot.com/

Unknown said...

pewarna tu guna pewarna apa ya?

Nawal Syakirah said...

terima kasih kak ita :) saya dah cuba memang menjadi. saya nak share resepi akak kat blog saya boleh? saya akan sertakan link website akak sekali. terima kasih yaaa.

Unknown said...

Salam kak, sy buat shell tp bila bakar shell tu xnak keluar dr mould.apa sebab ye kak?bila rasa shell yg dh bake tu sedap n rapuh je tp heran dia xnak keluar dr mould.bila korek of course la hancur bderai.

Unknown said...

Assalam.. terima kasih kak ita.. mohon halalkan ilmu ye.. :)

Unknown said...

Tqvm for sharing the recipe!

Unknown said...

Acuan utk bt shell tart ni kna ad byk ke sis? ataupun boleh tukar2? saya mmg suka cheese tart ni. sedap..tgk cara sis bt sng sgt. nk try buat. Jadi ke x. tq for sharing...

Unknown said...

As salam kak mohon pinjam resepi ye :)

Unknown said...

As salam kak mohon pinjam resepi ye kak

kamipunyasuka said...

Assalamualaikum kak, kenapa doh sy..sy simpan dkt peti ais jadi keras ketung ye..sebelum msk lembut aja..

Unknown said...

saya dah 3x buat guna resepi akak ni tau.. memang sedappp. tq tau

miss darwy said...

Assalamualaikum kak,

saye dah banyak kali ikut resepi ni and alhamdulillah every time siap, rase nye mmg tak pernah mengecewakan. So I would like to thank you for this recipe and mintak izin nak share dekat blog saye ye. Thanks!!

Unknown said...

assalamualaikum k.ita..just nk tanye..shell tart mmg akan lembik ek bila kita dh taruk cheese dn dh bakar?? sy bakar shell tart to warna dia dh keemasan..dlm setengah hari shell jdi lembik..mmg mcm to ke sis??

Unknown said...

Terima diatas perkongsian puan smoga smoga Allah beri ganjaran berlipat ganda kpd puan, isteri sy dah tak sabar nak mencuba..

Unknown said...

Terima diatas perkongsian puan smoga smoga Allah beri ganjaran berlipat ganda kpd puan, isteri sy dah tak sabar nak mencuba..

Unknown said...

Tqvm ats perkongsian resipi. Mohon share. Semoga Allah memberkati usaha murni ini.

Unknown said...

Tqvm ats resipi menarik ini. Mohon share

mrhanafi said...

best juga kalau pandai buat kek cheese tart

Unknown said...

Boleh ke guna microwave? Maaf ..soalan mcm ni

Beauty Touch By Arya said...

kalau nk tart dia naik tinggi...mcm mn ek....?? sbb sy ad tgk pic fb frenz...mmg kembong tinggi sgt...cantik... tp dia xdpt bg resepi... sbb sifu dia xbg... diorang kursus berbayar kan.... law sis tau... bleh x bg cdangn nya...bg tau cara nya...terimakasihhh

Unknown said...

Mohon saya belajar menggunakan resepi azlita ya

Unknown said...

wah mmg bez la nt nak buat utk raya kan

Unknown said...

Assalamualikum...alhamdulillah..saya dah cuba buat cheese tart mengikut resepi kak Azlita bg nie...memang menjadi...terbaik...terima kasih atas perkongsian ini.

McNally said...

Assalam kak ita,
Saya telah mencubanya resepi ini. Ternyata memang sedap sekali. Saya akan buat untuk raya ini tetapi bukan tart, tapi kek cheese, hanya lapisan di bawah sahaja saya tukarkan kepada biskut dan cheese saya masih mengikuti sukatan cheese resepi kak ita pada kek saya. Ia memang sedap. Pernah membuatnya sebelum ini dan akan buat untuk raya ini 2016.

teman said...

Kak..sy 1st time wt follow resepi akak ni..trus jd... tq share....huhuhu..senang n mudah je

Unknown said...

Assalammualaikum akak....time saya bakar kerak tu mmg rangup...tgg smp sejuk br msk filling lps bakar tu sejukkn kjp sye masukkn tart tu dlm peti...mmg lps tu kerak dia jadi x rangup ke akak?

Unknown said...

Assalammualaikum akak....time saya bakar kerak tu mmg rangup...tgg smp sejuk br msk filling lps bakar tu sejukkn kjp sye masukkn tart tu dlm peti...mmg lps tu kerak dia jadi x rangup ke akak?

Tart Presser Murah said...

Wah!!cantik & kemas je sis buat pkai tangan.kalau saya macam2 bentuk jadinya nanti.untuk yang tangan tak berapa seni cm sy boleh try guna Tart Presser .lebih cepat,mudah,kemas & cantik.kalau nak bh dapatkan di https://www.facebook.com/tartpressermurah @wsap 018 9778938.Guna resipi yg sis bagi...mesti sedap!!

Unknown said...

Hi.
Can you advise what size tart moulds you have and where you got them from pleasd? Thank you

Unknown said...

Adunan tart shell tu bole dpt bpe bijik kak?

Raihanah said...

Assalamualaikum k.ita,.. sy nk mintakk izin nk resepi ye :)

Unknown said...

kak ita, part pukul butter dgn gula guna spatula macam mana? I mean boleh ke kalau guna hand mixer? Atau kena pukul manual guna senduk juga? and butter tu takyah cairkan ke???

Unknown said...

Dapat brape biji

Unknown said...

Mmg suka dgn blog ita ni...mmg mnjadi resepi2 yg dkongsikan. Semoga ilmu yg diberu mndpt berkat yg brpnjngan

Alexa said...

Jadilah jutawan mendadak sekarang juga hanya bermain di sentapoker,com. Hanya deposit 15ribu kamu sudah bisa mendapatkan bonus 10ribu dan berkesempatan memenangkan hadiah ratusan juta hingga milliaran Rupiah! Jangan sampai ketinggalan dengan bonus yang akan datang nantinya hanya di sentapoker,com

WHATSAPP : +6285921063064
BBM : SENTA88
LIVE CHAT : SENTAPOKER,COM

AGEN POKER DAN DOMINO TERPERCAYA
AGEN JUDI ONLINE BERKUALITAS
AGEN POKER SANGAT AMAN TERPERCAYA
AGEN IDN PALING DIMINATI
BANDAR CEME TERPERCAYA TERBAIK
SENTA POKER
AGEN DOMINO TERAMAN DAN TERPERCAYA
BANDAR CAPSA YANG PALING AMAN
AGEN JUDI ONLINE PALING RAMAI
AGEN JUDI TERLARIS DAN DIMINATI

candra said...

Masih Sering kalah main Poker Online?Ingin gampang menang? Masih Bingung Bossku Cari BO Poker Yang Aman & Terpercaya ??

Di sinilah tempatnya MEJAONLINE, Agen Poker Dengan Tingkat Kemenangan yang Paling Besar.
Dengan Server IDN Yang Ternama Situs Taruhan Judi poker Paling Rekomendasi Banget Niih Teman-teman ?? !!!

- BONUS PERDANA NEW MEMBER :
DEPO 50RB MENDAPATKAN 10RB
DEPO 100RB MENDAPATKAN 20RB
DEPO 250RB MENDAPATKAN 30RB
DEPO 500RB MENDAPATKAN 40RB
DEPO 1JUTA MENDAPATKAN 50RB

- BONUS TURNOVER 0.4% SETIAP HARI SENIN

- BONUS REFFERAL 20 % DI BAGIKAN SETIAP HARI KAMIS

INFO LEBIH LANJUT :

LINK : www.mejaonlinezz. com

LINK : www.mehaonlinezz. net

WA : +855-1679-8223


Poker Online Tercepat
Poker Online Terbaik
Ceme Online
Domino QQ
Poker Online Indonesia

jessosh said...

Kak Azlita, salam dari Singapore. First time saya cuba resepi ini, senang sekali and anak anak yang cerewet pun jatuh cinta, katanya, mama this is spot on! Terima kasih for being so generous with your recipes Kak. God bless you!

Unknown said...

Assalamualaikum kak. Terima kasih untuk resepi ni. Izin guna dan share ya 😄😄

«Oldest ‹Older   201 – 253 of 253   Newer› Newest»

Post Top Ad

test