DAGING DENDENG - masam manis f

Breaking

Jul 20, 2011

DAGING DENDENG

Assalamualaikum...

Tak habis2 lagi dok masukkan N3 masakan tuk tetamu yg datang hari tu... Kan dah kata banyak yg ita masak.. tu yg lepak gilerrr... sampai domam domam... haha
Tak de lah mmg cuaca sekarang kurang baik.. pulak bila kita berpuasa kurang minum air.. masa buka pulak dok tegok air sejuk je.. ni lah akibatnya... kalau masa makan tak hengat... hengat...


Resepi kali ni, sekali lagi ita menggunakan resepi dari Pak Engku. Daging Dendeng Pak Engku ni mmg dah cukup popular dan sinonim dengan Pak Engku. Kalau CMG dengan kek Marble Trio nya.. Pak Engku pula popular kerana Daging Dendeng dan masakan Kuzienya..

Ita pernah lihat Pak Engku menyediakan hidangan ni dalam satu program MHI di TV3 lama dulu. Kalau tak silap ita masa tu dok sibuk2 Siti Nurhaliza nak mendirikan mahligai bahgia bersama Dato K. Jadi Pak Engku sebagai catering yg menyediakan juadah santapan tuk tetamu Siti di jemput untuk mendemontrasikan hidangan yg paling popular untuk santapan tetamu penyanyi popular tanah air tu..


Masa Pak Engku terangkan tu rasanya macam leceh aje nak masak Daging Dendeng ni.. daging nak kena rebus dulu dan lauk ni juga menggunakan bawang goreng yang banyak. Tapi bila ita dah mencuba ala... tak lah serumit yg ita sangkakan.. malah terasa sangat simple pula masakan ni..


Lauk ni pun sedap! tau! nak kata macam rendang jauh lah pulak! sebab ia tak menggunakan ramuan tuk membuat rendang seperti, daun limau perut, serai, lengkuas , daun kunyit, santan dan yg sewaktu dengannya.. tapi rasanya memang sangat sedap!
Bahan-bahan yang digunakan cukup simple dan mudah. Semua bahan memang sentiasa ada di dapur kita. Bak kata orang tu.. antara rajin dgn malas aje le... nak memasaknya... Jom kita intai2 resepi istimewa dari Pak Engku ni...



DAGING DENDENG
by: Pak Engku

1 kg daging lembu yg tiada lemak - ita guna batang pinang
100 gm bawang goreng

Bahan Kisar
15 tangkai cili kering - digoreng dan dikisar
10 ulas bawang merah - digoreng dan dikisar
2 inc halia - digoreng dan dikisar
3 ulas bawang putih - digoreng dan dikisar

Bahan Tumis
5 biji buah pelaga
3 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

Daging dipotong nipis kemudian direbus
Apabila lembut, toskan dan kemudian digoreng
Tumis buah pelaga, kulit kayu manis bunga lawang dan bunga cengkih
Masukkan bahan yg telah dikisar kasar tadi.
Biarkan hingga naik bau dan naik minyak
Barulah masukkan daging yg telah digoreng tadi.
Masukkan garam dan perasa kacau rata.
Kemudian taburkan bawang goreng.

23 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Ita...Banyaknya Lauk Utk Tetamu....Sedap3. Bila Ada Masa Kak Lin Nak Cuba Juga Masak Daging Dendeng Ni..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

terlioq nyer tgk daging ni akak...ni pak engku yg catering itew ek...selalu gak dengar dulu masakan di taja oleh pak engku hikhikhik...kami kat jepun kena pantang daging kejap kot sebab byk tercemar ngan radioaktif....

Shiela Firdaus said...

sedapnyaaaaa !!

Nurfaizah M Nor said...

kak ita punya presentation mmg mantoplahhhh. dah mcm pro photographer.... mcm best jek resepi dendeng ni, selama ni slalu gak buat dging dendeng tp lain skit cara resepinya....

Fiza Nordin said...

x pernah masak daging dendeng... 1 hari nak try jugaklah... cantik gambar2 k ita... i like!!!

Zalieda Zaliedana said...

Assalam uii bertuahnya tetamu akak,byk toi menu yg dihidangkan..Sedap2 lak tuh..Bila2 nanti nak try jugalah daging dendeng camnih,nmpak sedap,tpi tuh la nmpak cerewet sbb cii semua kna goreng dulu kan.

Gee® said...

sedapnya lah daging dendeng Ita tuh.. kalau makan dengan lemang pon tentu sedap nih... bolehlah buat hari raya nanti...

kemboja said...

kak, bahanyg dikisar tdi tu digoreng tampa minyak ek?

Ummi said...

Itaaaaaaaa..mintak semangkuk dendeng tuh...akak dan seluruh family mmg suka dan sinonim sgt2 dengan lauk daging dendeng nih...kalau wat sekilo daging, xdan nak jeling lama, kejap jek licin, selain dgn nasi, pakat2 makan dgn roti laaa...meratah laaa...adeehh...cuma bab nak mengupas dan menghiris bawang utk digoreng tu yang x larat tuh...bahan lainnya mmg simple kan, tp rasa waduuhh... Letak sikit daun pandan masa masak tu, lg sedaap aromanya...

CT Delima said...

As'salam Ita

Kak ummiii...kalau nak kupas bawang panggil ct, tapi kena upah semangkuk daging dendeng juga..hahaha

Amboi..sempat lagi dok ngusik kak ummi. Ita.. ct suka gak, tapi tak pernah buat. Kena kerah jugalah tenaga ni nak mengopek bawang sampai keluar airmata... hehehe

Tak sihat eh, jaga diri tau. musim demam ni dengan cuaca yang panas dan kadang2 berjerebu lebihkan minum air lah.

Mas said...

hhmm..memang bahan2nya simple la kak...
masuk list la resepi ni..
untuk menu bulan puasa nanti....
memang nampak mengeliurkan jerk daging dendeng tu....

lina said...

MasyaALLAH sedap nya....ita

Suri Safiyyah said...

first tym jumpe blog ni mase blogwalking..trus jatuh cinta...masakan sume hebat2...sume cantik2...=)

http://cuppymecupcakes.blogspot.com

Ayu said...

Assalam ita,
waduh kalau ita kata sedap mestilah sedap nikan..kecur pulak akak tengok..bolehlah masuk list thanks for sharing ya ita..

cik cek said...

Super women tul Ita ni...leh masak mcm2 lauk dalam satu masa...tabik lah kat ita...tetamu mesti happy kan dihidangkan ngan mcm2 menu ...mana satu nak makan ni...he he...
Selalu gak tgk dendeng daging ni...cuma nak tanya ngan Ita..kalau guna daging btg pinang ...nak rebus lama ke...sebab daging batang pinang ni cpt lembutnya...pas direbus barulah dihiris dan digoreng ek Ita...nampak cam senang lak...nak cuba jugaklah...:)

Roses_Leo09 aka Hanim said...

dengdeng ni sedap makan dgn ketupat
kalau mak sedara hanim buat lepas rebus daging tu ditumbuk dulu. senang nak makan ......

dedetea66 said...

sedaaapppp,,jadi ingin mencubanya ,,,,eemmhh yummy dech

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ita..
daging dendeng ni memang sedap... rindunya nak mkn.. lama tak masak.. resepi pak engku ni ada kelainan sikit.. ada kerajinan bolehlah cuba..

yg pernah akak belajar dulu dengan sorang makcik.. dagingnya dipotong jangan nipis sgt... lepas rebus tu kita kena tumbuk2/ketuk2 daging biar daging jadi nipis sikit.. kemudian digoreng garing. barulah disira dengan sambalnya.. sambal pulak gunakan cili hidup yg ditumbuk kasar2 sikit.. mmg sedaplah! alahaii.. rindu pulak nak mkn daging dendeng style gitu..

Juwita Jamaludin said...

kak ita suka daging dendeng sedap makan.. lama dah tak masak.. nanti boleh la masak lagi kalau kekeringan idea nak masak apa..:)

MiNaH nGokNgEk said...

salam kak ita...mmg sdp daging dendeng neh....tp cbe kak ita try pas daging da rebus ketuk2 daging tu n peram ngn kicap then br grg.....lagi marvelos nyer.....

Unknown said...

Salam kak ita..saya dah cuba resepi ni..tp saya tambah kerisik dengan gula melaka..meletoppp kak ita..trima kasih ye..

ROSE said...

Nak buat dendeng tapi malas nak rebus daging sampai empuk?? guna je daging salai..dah cnfirm masak dan empuk..cuma perap kejap dan goreng kejap..then terus boleh dendeng. Whatsapp 012 9500021- Rose untuk order. Saya pengeluar daging salai home made. Boleh try fb Azrafood.

AKU PEREMPUAN said...

Salam,
Saya dah try.. mmg dia kering ke? Yg bahan kisar tu goreng dulu kan... baru kisar? Daging dendeng sy jadi rangup n ada serdak2 bahan2 kisar...
Tq ye:)

Post Top Ad

test