SWISS BULL'S EYES - masam manis f

Breaking

Jul 15, 2011

SWISS BULL'S EYES

Assalamualaikum...

Salam di hari Jumaat.. Semoga kita semua memperoleh hidayah pada hari Jumaat yg barakah ini.. 
Hari ni lambat sikit berlintas langsung. Keadaan yg tidak mengizinkan apabila ita di serang sakit perut pulak hari ni.. tu yg mood nak menulis lemau cikit... Ita mmg selalu akan di serang sakit perut.. kalau sakit dia datang mmg berguling2lah ita atas katil menahan kesakitan.. Dah banyak kali check Doktor tapi semua memberi alasan macam biasa gastrik... lemah.. den..!!


Ita bukan lah skip makan ke atau berdiet ke tuk kuruskan badan... tapi mmg macam ni.. selalu dari dulu kini dan mungkin selamanya.. Kalau sakit perut datang dia akan tangkap kat buku lali dulu.. sejuk kaki dan tangan.. mula lah keluar peluh2 sejuk...pas tu perut pun memulas2.. macam tu lah selalu dan ia akan hilang sendiri nanti..

Cerita pasal diet ni kan teringat kat soalan adik2 kita kat FB tentang penjagaan badan... hehe.. adoiii.. dek akak ni bukan lah kurus sangat ponnn... ada masa dia nak naik macam dipam-pam badan ni.. Sejak azali badan ita ni mmg montel sebenarnya.. Masa kecik2 org suka lah kalau kita montel2 ni kan..?? comel lah... montel lah.. semua nak cubit pipi.. aiii.. naik rimas dibuatnya.. Tapi bila dah besar kena ejek lah pulak.. yg paling suka ngejek kakak2 dan abang.. nati tak de org nak lah kata dia.. saborr.. je le... last2 yg montel ni lah yg kawin dulu.. wakaka...


Sebabkan kemontelan ita ni banyak lah nama glamour yg singah kat ita ni ha... ada pangil tembam.. ada pangil debab.. ada pangil montel.. ada pangil intan payung.. dan gelaran intan tu lah yg lekat sampai sekarang... 
Kalau dalam keluarga dan jiran2 kat kampung mmg nama intan lah yg popularrr... eh! popular ke?? perasan lah pulak..!! kalau tanya mana rumah Nor Azlita Bt Abdul Aziz alamatnya... sampai ke subuh pun tak kan jumpa cari.. tapi kalau tanya rumah intan.. berlumba2 mamat2 yg lepak kat tembok tu nak tunjukkan jalan.. wahhh... perasan lagi.... ya Allahhh... aii.. malunya.. >^<


eh! dah melalut lah  pulakkk... dah menyimpang dari tujuan sebenar.. Jom lah kita kembali ke pangkal jalan... kita cerita pasal cookies yg ita buat ni.. 
Resepi macam biasa ita ambil dari buku Bake! hasil tulisan dan olahan Chef Nick Malgieri. Banyak juga resepi dalam buku ni yg ita dah cuba , dan semuanya menjadi dan sedap! Kali ni ita di bantu oleh tukang masak popular sapa lagi... suami kita lah.. dah menjangkit dah... nak tumpang glamour jugak ke?? wakaka...


SWISS BULL'S EYES
by : Nick Malgieri
sumber : Buku Bake!

8auns/240g mentega tanpa garam, dilembutkan
1 cawan serbuk gula/gula icing
Secubit garam
2 sudu teh perasa vanila
2 2/3 cawan tepung pelbagai guna
Jam strawberry/blueberry/kaya
Gula icing untuk hiasan

Campurkan mentega, gula icing dan perasa vanila kedalam bekas mixer dan gaul. Pukul dengan kelajuan sederhana menggunakan mixer selama 1 minit. Kemudian masukkan tepung dan pukul dengan kelajuan perlahan hingga sebati.

Keluarkan dan bungkus adunan dengan plastik wrap. Tekan bungkusan adunan tadi hingga menjadi 1/2 inci tebal dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 hari.

Selepas 2 hari. Untuk membakar sediakan oven pada suhu 170C. Keluarkan adunan dari peti sejuk dan bahagikan kepada 3 bahagian. Simpan semula 2 bahagian adunan kembali ke dalam peti sejuk. Canaikan 1 bahagian hinhha lembut. Gunakan tepung supaya tidak melekat.

Canai  adunan supaya menjadi 3/16 inci tebal dan tekap menggunakan acuan bulat berdiameter 2 - 2 1/2 inci. Kemudian susun di atas alas pembakar supaya jarak antara keratan tersebut 3 inci dari semua arah.

Keluarkan bahagian selanjutnya dan ulang process di atas. Juga gunakan acuan bulat untuk bahagian tengah bersaiz 1/2 - 3/3 inci,

Pastikan jumlah cookies yang berlubang tengah sama jumlahnya dengan cookies yang tidak berlubang.

Bakar cookies pada suhu 170C sehingga perang selama 12-15 minit pada rak tengah oven.

Keluarkan cookies dan susun atas rak hingga sejuk.

Sapukan jam mengikut citarasa anda pada cookies yang tidak berlubang dan kemudian taburkan gula icing sehingga rata pada permukaan  cookies yg berlubang sebagai hiasan. Tindihkan kedua2 cookies dan siap untuk dihidangkan.


COOKIE DOUGH
8 ounce (2 sticks) unsalted butter, softened
1 cup confectioners' sugar, sifted after measuring
Large pinch of salt
2 teaspoons vanilla extract
2 2/3 cups all-purpose flour (spoon into a dry-measure cup and level off)

FINISHING
1 cup strawberry/blueberry/kaya jam 
Confectioner's sugar for springkling

Beat the butter, confectioners' sugar, salt and vanilla with the paddle attachment of an electric mixer on medium speed until well mixed, about 1 minute. stop the mixer, add the flour, and beat on the lowest speed. Removed the bowl and use a large rubber spatula to give a final mixing to the dough.

Screpe the dough onto a large piece of plastic wrap, fold the wrap over it, and press the dough to about 1/2 inch thick. Refrigerate for up to 2 days

When you are ready to bake the cookies, set racks in the upper and lower thirds of the oven and preheat to 350 F. Remove the dough from the refrigerator and cut it into thirds. Return two of the pieces to the refrigerator. Place the piece of dough on a floured surface and hgently knead it until it is slightly softened and malleable. 
Floured the dough again and gently roll it out to 3/16 inch thick. Uhse a 2-tp-2 1/2 inch plain cutter to cut cookies, placing them on one of the prepared pans about 3 inches apart in all directions to allow for spreading.

Repeat with the next piece of dough, incorporating the scraps from the previous piece. Continue cutting out cookies and adding the scraps. When you have noting but scraps left to roll, for the dough into a sausage shape and roll it to a rectangle as wide as the cutter. Cut out more cookies and discard the last few scraps.


Use a small cutter to make a 1/2 - to-3/4 inch hole in the center of half of the cookies. Lift out the cutout pieces of dough and bake them with the cookies if you wish.

Bake the cookies until they are firm, dry, and very light golden, 12 to 15 minutes. If your oven gives strong bottom heat, bake the pan of cookies on the lower rack stacked on another pan for insulation.

Slide the papers from the pans to rack to cool.

Bring the preserves to a boil in a small saucepan over lower heat. Strain into bowl, rinse the pan, and return the jam to the pan. Return to a boil over low heat and cook until thickened, 2 to 3 minutes.

Shake a light coat of confectioners' sugar over the cookies with holes in the centers. Turn the cookies without holes upside down and spread about 1/2 teaspoon of the jam on each, immediately covering the jam with one of the cookies with a hole in the center. After you have sandwiched all the bases, use a 1/2 teaspoon measure to add more jam to the opening in each cookies.

12 comments:

Unknown said...

aduh kak ita..nampak sedapnya cookie ni..nakkk...

kalau gastrik cuba kak ita amalkan makan tablet calcium magnesium.. tablet ni akan bantu neutralkan asid dalam perut..takde la serta merta kesannya..cuba la.

Gee® said...

cik intan payung oiiii... golek la roda swiss tu ke k.gee 1 ke 2 ke... nak rase nih... mengancam lah...

Roses_Leo09 aka Hanim said...

rajinnya kak ita ...........

nOOrsha said...

salam kak ita..saye x nak tengok resepi.. saye cume nak tengok gambar.. lagi dan lagii.. x jemu2 kalo datang ke sini :)

izahdaut said...

Tu dieeeeee.. Comel bngat sekut nyee. Kak ita mana montel tu ilang kak? Ce crite? Hihi

Aqil said...

butter cookies cenggini sedap ye kak..kite suka2...hu3 masuk list dulu kih2

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

montel ke ita ni? mcm tak caye jer.. hehe.. kalau akak ni mmg sah2 ler montel.. skrg ni dah menurun kat 2 anak pompuan lak.. aduhh laa... tp heran tu anak lelaki tak menurun lak.. agaknya ikut gen ibu ngan ayah kot ye.. hehehe..

ita ni sakit perut gitu sbb puasa kot..

tu cookies tu.. wt teman minum petang mesti bestkan... rajin gak en. abang tolong kat dapur yek....

CT Delima said...

As'salam Ita

Tak sihat ker? ct pernah kena macam tu. memang gastrik tau ita. sekali kalau kena sampai nak bediri tegak pun susah. dok mengerang sorang2 dalam bilik. nak buat camana kan. kalau dah kena tu macam udang kena rebus melengkung badan. Tapi alhamdulillah sekarang dah okey. kena jaga pemakanan dan kesihatan juga tau Ita. Take care dear :)

Sedapnya biskut tu, macam nak cubaaa!..hihi. Mana gambar jari atau tangan yang nak tumpang glamour tu.. hehehe

tun_telani said...

kuar dahh... calon2 biskut raya.. hihi... sampai 2 hari duk dlm peti kak? hebatnyer resepi ni. biasa tun letal setengah jam je.
nk rasa setengah balang kak. mlm karang nk kunyah2 smb minum kopi. hihi

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualikum akak..
comel sungguh biskut tu akak.. sukanya diana tgk...

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Kak Ita aka Kak Intan...hehehe..
Sakit puyut ye Kak.. Dah mkn ubat ke?? Harap2 dah ok lah eh sbb dah boleh masukkan n3 baru ni..

Kak, menarik la biskut ni.. Masuk list ye.. Tq for sharing..

Juwita Jamaludin said...

Kak ita .. Cantik2 bulat2 bila tindih mcm tu serasi sangat... Comel kak cookies ni

Post Top Ad

test