Berbilion-bilion terima kasih.... - masam manis f

Breaking

Aug 19, 2011

Berbilion-bilion terima kasih....


Termangu depan komputer ni... tak tau nak cakap ape...
Ape yg bersarang dalam fikiran ita saat ini..
Terharu... Gembira.... Tersentuh.... Terkejut.... Teruja... Terpengsannnn....!! ( sepatah kata2 yg selalu CMG lontarkan..)

Assalamualaikummm...
Bicara ita petang ni bukan berkisar pasal resepi.. tapi lebih kepada rasa terharu yg amat sangat di atas penghargaan yang rakan2 bloger berikan..
Termenung lagi... ape nak tulis... idea.. idea.. mana kau lari... datang lah cepat kemarilah.. aduh... payah juga nak berbicara.. kalau kita bukan sasterawan negara...
mengetuk2 jari atas meja... kemudian mengigit kuku.. alamak..posa lah.. ish.. nasib org tak nampak... aduyaiiiii.... sambil meraut muka dgn dua belah tangan..arghhhhh....



Terlebih dahulu ita ingin mengucapkan jutaan terima kasih yg tak terhingga pada Kak Jee, yang bersusah payah membuatkan N3 khas untuk Masam Manis, macam mana ye perasaan yg dapat ita gambarkan kala ini.. terkedu seketika bila baca N3 Kak Jee.. terharu dan berlinang juga air mata ini.. tak sangka.. ape yg ita lakukan yg lahir dari rasa suka2 dan sekadar mengisi ruang kosong di hargai... terima kasih sekali lagi kak Jee...

Ita bukanlah nak bersaing dgn sesiapa.. niat ita hanya satu.. hanya ingin berkongsi. Ita tetap dgn niat asal sewaktu mula2 berjinak2 dlm dunia blog.. Berkongsi ilmu yg Allah kurniakan..  semua dari Nya jua..


Ita rasa ita tak dapat nak menzahirkan perasaan ita dgn kata2 hanya ita sahaja yg tahu apa yg sedang bersarang dalam kepala ni... Ita tak pandai nak bermain dgn kata2 dan ape yg selalu ita tulis adelah secara sepontan aje.. apa yg terlintas di fikiran saat itu.. itu lah yg tercatat atas skrin..  Ita pun tak pandai nak mengatur ayat sebenarnya dalam penulisan.. adoii.. segannya bila orang baca bahasa pasar yg rojak dari ita..


Jutaan terima kasih ita yg tak terhingga juga kepada sifu masakan ita siapa lagi kalau bukan CMG. Beliau sentiasa memberikan sokongan dan semangat.. Sentiasa mengajak pengunjung blog Dapur Tampa Sempadan singah ke dapur ita yg usang ni.. aduh... tak tahu macam mana ita nak balas segala2nya....

Andai Mat kata Mat hanyalah bloger kaki lima akak ni ape lah lagi mat... bloger kaki ayam aje.. yg baru nak bertatih.. mmg akak terpengsan lagi bila baca N3 mat tu.. mula2 ingat nak intai resepi biskut tu.. last2 akak yg terkedu.. terima kasih sekali lagi ye CMG.


Jutaan terima kasih ita juga buat kak Wan dari Citarasawan. Terima kasih atas resepi cookies yg sedap2 dari kak wan.. Tahniah atas ulang tahun blog Citarasawan untuk kali yg ke 2

Ita tak tahu ape yg ita dapat katakan lagi hanya doa dari ita agar kalian semua di berikan kesihatan yg baik... di murahkan rezeki.. dan sentiasa di bawah lindungan Nya. halalkan segala resepi yg telah ita cuba dan ita sharekan untuk tatapan pengunjung Masam Manis...


Terima kasih yag tak terhingga dari ita juga untuk semua pengunjung blog Masam Manis. Anda semua adalah nadi ita tampa kalian siapa lah Masam Manis.. Terima kasih di atas titipan doa dari kalian semua.. ita sangat2 menghargainya..

Ita juga mengambil kesempatan kali ini untuk memohon jutaan kemaafan andai lewat membalas msg dari teman.. ade lagi msg yg tak sempat di balas akibat dari faktor di hambat masa.. lebih2 lagi pada bulan Ramadhan ni rasa macam masa tu terlalu pantas sangat berlalu..

Ade juga resepi yg di minta masih belum dapat ita laksanakan.. Sebenarnya friends ita di FB dan folower ita tak kiralah yg silent atau yg tak silent adelah semangat ita.. mereka semua selalu memberikan ita kata semangat dan perangsang untuk ita melahirkan yg lebih baik dari yg sebelumnya.. banyak sangat cadangan yg ita terima.. hingga ita tak tahu mana satu ita nak mulakan dahulu..

Kata2 semangat dan dorongan dari rakan2 buatkan ita begitu terharu dan terasa diri ini amat2 di hargai.. Terima kasih kerana sudi bersahabat dgn ita dan menziarahi blog ita tampa jemu.. Andai ade antara penulisan ita yg menyinggung perasan ita menyusun sepuluh jari untuk memohon jutaan kemaafan..... ita hanya manusia biasa yg tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan.. Setiap yg baik itu dari Nya jua.. dan yg buruk itu atas kealpaan ita sendiri..

Salam Sayang Buat Semua......


22 comments:

Anonymous said...

saya tumpang gembira...terharu baca kata-kata akak kali nih...terus kuar air mata..akak memang layak di puji!memang sungguh 'class' dan cantik2 belaka gambar resepi akak..part yang ade step by step tuh lagi la terbaik...teruskan niat ikhlas berkongsi resepi..sy sentiasa menyokong akak dr belakang..

Adinda Wawa said...

as a silent reader mcm saye nie...saye rasa akk nie sweet sgt....... masam manis la katakan!!! go kak ita!!!

ilahjy said...

tahniah dgn penghargaan sebegini dek ita lawa layak menerimanya...kak ilah sendiri tak sah kalu 1 hari 3 kali msuk dapo ita.. kerja tgn yg mmg lawa/cantik.. tahniah tak reti kak ilah nak ckp apa lagi... terharuuu pun ya

Ummi said...

Tahniaaaaaaaaaaaaahhh Ita, pagi2 tadi akak dah note kat entry Kak Jee...Mmg apa yg kita sangkakan main-main dah jadi siyyuuuss sekarang kan...kan... Akak tabik spring dengan apa juga yang Ita share disini di samping gambar2 yang mengancam tekak dan mata...pergghh! Akak pun baru mengenali Ita dan tau keikhlasan Ita, walaupun apa kedudukan dan background Ita, tp tidak lokek dan ceria mengusik dalam komen2 di dapur orang lain..

Seminggu lepas lg dah akak perasan, akak tengok followers Ita naik mencanak tahniah sangat2..tumpang bangga dengan kreativiti dan hasil mahsul Ita di sini...

Wpun followers atau viewers bukan apa yg dicari dan dikisahkan kita, tp itu sekurangnya memberikan semangat dan yang penting Ita, blog kita ada sesuatu ilmu yang nak dikongsikan dan memberi manfaat kepada semua dan mereka tidak jemu bertandang...x kisah ramai atau tidak yang mengenali kan..kan..Yang penting bila dah di atas kita tidak sombong dan sentiasa mengukuhkan ukhwah sesama kita sama rata...kan..kan..baru bahagia..!

Inilah hasil keikhlasan Ita, sekejap saja dikenali dan diintai2 ramai selalu...akak tumpang bangga dan gembira untuk Ita...

Teruskan dengan persembahan gambar dan resepi2 menawan serta celoteh2 Ita tuh....muaaahhh!

Wani Sukarno said...

assalamualaikum kak ita .. jenguk blog kak ita ni dah dengar lagu raya ..hehe.. congrats kak ita ... wani pun selalu tengok kat step by step yg kak ita buat tu dgn picture yang jelas.. .... kat situlah wani blh practice bila orang dah tunjuk gambar :)).. x pe kak ita go,,go,,go,,,ke depan lagi .. hehe

Cik Eyda said...

Tahniah buat kak ita...akak memang layak untuk dihargai atas usaha kak ita menarik sy cenderung ke atas minat ke dapur..dari zero,sy kini mula belajar kerana keikhlasan dan ketekunan kak ita mengajar walau hnya dlm "khayalan blog Masam Manis"..kita tak pernah bersua apatah lagi berborak tapi "Masam Manis" telah mempertemukan kita..saya mendoakan agar kak ita berjaya dalam hidup,bahagia disamping suami & anak2 tercinta...semoga cita2 kak ita tercapai..amin :)

Anonymous said...

manisnya kurma ini..
:))
bila ikhlas, orang jadi suka.
bila orang suka, orang jadi sayang.
selamat berpuasa.

Mat Gebu said...

salam puan..sama2 kasih...haha, saya ketat perasaan petang ni, tapi bila baca coretan puan, tergelak sudahh...haha, apa2 pun kami memang salute dengan kerja puan....and proud to be Johorean kannnn..

Cheq Sue said...

Tahniah pada kak ita... walaupun kita tak saling mengenali...tapi blog kak ita (dan yang lain2) banyak memberi inspirasi pada saya untuk menjadi seprti kak ita... mungkin kak ita tak sedar sebenarnya dalam dia apa yang kak ita persembahkan tu dapat menarik minat saya untuk mencuba... teruskan usaha & semoga berbahagia sokmo... (*_*)

izahdaut said...

Tahniah kak ita. U deserve it! Bukan mudah nak memasak n berkreatif . Kmudian nak berhias nak shooting bagai. Bulan kerja saja2 tapi mmg kena letak masa kat situ. U are also my idol!!! Semoga kak ita trusss suksesss

dZana said...

tahniah ita.. akk selalu singgah n kdg2 rasa malu nk myapa.. teruskan berkarya..

maklang azie said...

as salam ita...maklang memang jadi pengunjung senyap. lepas maklang terserempak blog ita ni, terus maklagn add favaourites..tiap hari blog yg maklang bukak dulu ialah blog ita sbb nk tengok gamba yg cantik dan juadah yg disediakan.

tahniah ye, mudah2an akan terus menyumbangkan resepi.

ash andaman said...

tahniah kak ita......semoga akak dpt megeluarkan lagi menu2 yg terbaik k......

Mas said...

tahniah kak ita...
sememangnya sentuhan akak sangat menjadi, kretif dan cantikkk....
mas suka sangat melepak2 kat masam manis ni...
moga kak ita terus sukses....

Gee® said...

sangat terharu... tak puas rasanya kalau sehari tak singgah ke dapor masam manis ni... resepinya, fotonya, celotehnya... cukup mantop!! tahniah ita...

Kak Nik Ja said...

tahniah ita!! blog yg sungguh unik dan indah di hasilkan oleh pemilik yg betul2 berkebolehan dan kreatif!! moga ita akan maju lebih jauh lagi!
keep up d good work gal!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

I loveeeeeeee kak ita @masam manis ;-), TAHNIAH,KAK ITA

Fauziah Samad said...

tahniah Ita.

quinnie said...

tahniah buat kakita..saya pun dah baca entry kakjee semalam...dan memang betul pun kata2 kakjee tu...saya suka tengok gambar2 blog akak..lagi satu kreativiti akak menghias cookies ke apa ke memang menarik perhatian saya...terima kasih kak atas ilmu masakan yg dikongsi selama ini..:)

Niema said...

Thanks kak ita... blog Masam manis memang menarik debOOommsss...

Sesungguhnya, ilmu yang diberi secara ikhlas tanpa minta dibalas akan mendapat ganjaran yang lebih tinggi dari ilmu yang perlu di bayar... Rasa gembiranya lain kak... Perasaan Itu Takkan dapat DIBAYAR dgn Wang... GO KAK ITA.... niema PEMINAT U!!!!

Yatie said...

Tahniah Ita, mmng Ita layak menerimanya...moga Ita terus berkongsi ilmu dan kelebihan yg ada pada dirimu...moga kita sama2 dpt manfaat daripadanya...tq sekali lagi..

Wan Izmawati Wan Ibrahim said...

tahniah kak ita. mmg patut pun kak ita dapat penghargaan macam tu. iz suke sesangat n3 kak ita ni..dahla macam2 resepi boleh dikongsi bersama-sama, yg paling menarik perhatian ialah gambar2 yang diambil tu amatlah cantik sekali...sedap mata memandang, sedap pulak tekakku merasa...tak gitu kak ita... apa2 pun terima kasih pada kak ita yg tak lokek berkongsi ilmu yang ada pada kak ita tu..

Post Top Ad

test