CHOCOLATE RICE BUBBLE COOKIES - masam manis f

Breaking

Aug 20, 2011

CHOCOLATE RICE BUBBLE COOKIES

Assalamualaikum...

Lewat ita bersiaran hari ni.. Minggu ni ade sibuk sikit memandangkan anak2 dah mula exam. Hari ni ita ambil kesempatan tuk buat ulangkaji dgn anak2. Dalili ni kalau kita tak adap dia belajar mmg dia tak belajar lah.. buku ke mana ape pun ke mana...


Masih ade yg sedang sibuk di dapur membakar biskut. Kalau membakar biskut tu jangan buat kerja lain pulak.. kang hangus pulak biskut tu..

Bercakap pasal biskut ni ade satu lagi biskut yg ita ingin kongsikan bersama. Biskut ni sangat sedap! kombinasi antara coklat dan oren memang serasi dan tak puas makan. Lebih2 lagi bila terhidu bau oren tu.. Dalili yg tengah belajar pun boleh kedapur tanya mak masak ape tuuu??? sedapnya bau...


Resepi ni ita ambil dari dapur kak Wan. Tak habis lagi ita selongkar dapur kak Wan. Memang sedap2 biskut yg kak Wan kongsikan.. tak menghampakan lah... Banyak lagi yg ita ingin cuba.. dan semuanya nampak menarik sampai rambang mata di buatnya...


Sebelum buat ita nak bagi tau dahulu bahawa kukis ni sangat rapuh.. dan sangat lembut.. Jadi hati2 jika nak celupkan kukis dalam coklat kerana dia mudah patah. Kalau nak cara yg lebih mudah boleh ikut cara kak Wan. Ita cuma tambahkan coklat oren pada kukis ni untuk menaikkan rasa dan menambahkan tarikan anak2.. hihi sebenarnya tambah tarikan mak anak... ya adoooo...

Jom kita intai2 resepi yang mudah lagi sedap dari kak Wan ni.. Cuba jangan tak cuba!


CHOCOLATE RICE BUBBLE COOKIES
By: Kak Wan


Bahan A
260 gm mentega
1 biji kuning telur
100 gm gula perang
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B
300 gm tepung Red Rose
40 gm tepung kastard
60 gm tepung jagung
20 gm serbuk koko
1/4 baking powder
1/4 sudu kecil emplex

Bahan C
150 gm choct bubble - ita gantikan choc cip
30 gm choc rice

Hiasan
Coklat masakan
Coklat masakan oren - ita tambah
Croquant - ita tak letak
Cawan kertas


Pukul bahan A hingga berkrim.
Masukkan bahan B dan bahan C dan uli hingga menjadi doh yg lembut
Bulatkan doh anggaran 4 gm, susun dalam cawan kertas dan bakar pada suhu 150 C selama 25 - 30 minit atau sehingga biskut masak.
Setelah masak biarkan sejuk, hiaskan dgn coklat masakan yg telah di cairkan dan croquant.

Cara ita, Ita bentukkan bujur  sebesar 4 gm, susun atas loyang dan bakar.
Setelah benar2 sejuk, celup separuh dalam coklat masakan oren yg telah di cairkan.
Letak dalam cawan kertas.
Bila coklat oren telah mengeras ita hiaskan pula dgn coklat masakan.



15 comments:

MARHANIM MANSHOR said...

salam kak ita...

Comel kukis akak yg ni..mcm serangga pun ade bentuknye..tambah mate 2 bijik..jadila..hehehe..kombinasi kaler oren n coklat mmg mengancam!

Fazlinil Irma said...

seronok ni kalau dapat beraya rumah kak ita. mcm2 ado. ;D

icaland pelangi indah said...

waaa..mudah betul resepi ni. ica nak cuba!

Hanim said...

amboiii cantik2 kukis akak ni, semua best2. meriah ngan biskut umah akak taun nih. anak2 lg la suke mama wat biskut banyak hehehe

Mas said...

betul tu kak..
resepi kak wan memang tak mengecewakan...
terbaikk la....

perhhh...cantikk biskut tu kak..
mas berkenan lak penimbang akak tu...
cantikkk...
berapa harganya kak...
berkenan lak mas tengok..
beli kat mana yerk kak..

Mary Bergfeld said...

These really look wonderful. This is my first visit to your blog and I really enjoyed the time I spent here. I'll be back. I hope you have a great day. Blessings...Mary

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak ita, kita kat kedai emas ni. Tunggu org potong gelang smbil cuci mata kat masammanis. Mmg google psl rindu kukis apalah kak ita buat, hehe

lily zaisa said...

wah...mmg best la resepi2 akak...minta izin copy eh...nak tyr buat cookies ni...nampak mcm sedap & senag...tq kak ita...

Juwita Jamaludin said...

kak ita lawanya kukis ni kak.. sedap je nampak dan resepinya menarik sangat tentu gabungan coklat oren tu buat biskut ni terangkat

a.ei.da said...

salam k ita.
Saya tgk byk k ita buat cookies salut menyalut ngan cooking coklat. mcm mana nak bg rasa cooking coklat tu sedap? atau ada certain brand yg sedap je. thank ye k ita.

khatijah said...

assalammualaikum...tepung red rose tu sama dg tepung gandum...nak cuba tapi tak pasti pasal tepung ini...terima kaseh

khatijah said...

Blh tahu website kak wan...

Anonymous said...

Sy bru je cuba td mmg senang nk uat cuma x lorek kn je dgn coklat ank dh nangis,cubala kwn2 mmg x rugi

Unknown said...

salam kak , bahan c choc chip dan choc rice tuh prlu kisar ke ?

Unknown said...

salam kak , bahan c choc chip dan choc rice tuh prlu kisar ke ?

Post Top Ad

test