Gelagat anak2 di pagi Lebaran... episod 2 - masam manis f

Breaking

Aug 4, 2011

Gelagat anak2 di pagi Lebaran... episod 2

Assalamualaikum...

Apa khabar semua pagi ni... harap-harap sihat2 lah belaka.. agar kita dapat meneruskan lagi ibadah posa kita hari ni dan hari2 yg seterusnya...

Rata2 ramai yg dah mula membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya. Di pusat membeli belah pun dah ramai yg berduyun2 dok cari keperluan tuk Hari Lebaran. Lagu Raya pun dah mula berkumandang untuk menaikkan lagi mood beraya tu... Bagi Ita mood beraya belum mari lagi... apa pun tak buat lagi.. Biasa lah cik abg kita semua suka buat last minit. Kalau tak balik kampung tak kisah lah kan... tapi pada yg akan pulang ke kampung tu biasa persiapan kena lah buat lebih awal supaya tak kelang kabut nanti...

Ita sebenarnya nak menghidupkkan mood beraya.. tu yg dok belek2 gambar Raya yg lepas2. Bukan apa seronok tengok gelagat anak2 di Hari Raya. Biasalah anak2 mmg suka sangat kalau Hari Raya, pertama masa ni lah baru dapat berjumpa dgn sanak saudara yg jauh dan yg dekat semua berkumpul di bawah satu bumbung. Kalau dah berkumpul tu macam2 lah yg di borakkan sampai tak tidur malam Raya tu..

Setahun sekali ini lah peluang kita berjumpa.. kalau tak kerana Raya tentu payah kita nak berkumpul, bermaaf mafan dan mengeratkan lagi ikatan persaudaraan tu.. Itulah perancangan yg telah Allah tentukan.. semuanya ade tersemat seribu pengertian yg kalau kita fikir2kan dan renung-renungkan...

Jom kita lihat gelagat anak2 di hari Lebaran


opppssss.... dok intai orang bujang pakai samping... nasib baik pakai samping...hehe Adik (pangilan tuk Azrul ) mmg tak reti ikat samping... Biasa abang (pangilan tuk Amirul) yg selalu tolong ikatkan... Pas tu giliran adik pulak tolong abang...
Ita suka tengok gelagat anak bujang ita ni.. mereka mmg rapat sejak kecil sebab berdua kan dan umur pun tak jauh beza.. kalau dia berdua ni bertemu aiiii.... macam2 aksi yg melucukan di buatnya.. dan itulah pengubat rindu ita terhadap anak2....

Kepada anak2 yg berada di perantauan.. tu pulanglah jenjuk2 ibu dan ayah di kampung sempena lebaran ni... pasti mereka merindukan anak2.. masa nilah mereka dapat menatap wajah anak.. entah kita tak tau adakah kita akan dapat lagi bersalam dan mendakap erat kedua ibu bapa kita... untuk tahun2 yg mendatang...


Pada Hari Raya tahun lalu juga kami sekeluarga dapat beraya dgn Zamani Slam. Tahun lalu Zamani beraya bersama keluarga ita di JB. Abang ita kan pengurus Slam dulu abg ita juga bersama Exist. Ade ke yg kenal abang ita.. Orang panggil abang JO, atau nama sebenarnya Johan Aziz.

Ita mmg minat sangat suara Zamani ni.. suara dia macam lemak berkrim.. disukai ramai. Tapi tuan punya bandan ni... masyaallah kurus melidi... Ita rasa Zamani ni ade masalah kemurungan atau krisis dalaman.. sebab sejak kematian ibunya Zamani mmg banyak berubah.. dan dia ni dah jadi pendiam tau! cakap pun macam tak dengar suara.. sayang betul dgn suaranya tu... hehe


haha bila dah jumpa artis ape lagi anak2 dah mula lah berangan nak jadi artis... lihat lah gelagat masing- masing.. yg sorang tu berangan nak jadi pemuzik rock... rock kapakkkk!! tapi versi alim... pakai songkok.. bersamping lagi..
Yg sorang lagi tu berangan pulak nak jadi.. Remy Ishak ya adoooo... tak dapat peluk Tiz Zaqiah dapat peluk pokok pon jadi laaa..... haha
Yg kemetot ni pon... tak padan.. ade hati nak jadi Nasha Aziz... haha ade gaya model ke????

Itu lah kan gelagat anak2 ni... tapi bila kita tengok aksi mereka mmg terhibur rasa.. Ilang sekejap penat melahirkan...


Tengok lah anak2 ni sebelum beraya bukan main esem dan comel lote...
Masa raya semua suka... waaaaa.... banyak ang pow woooo....
Lepas raya... masyaaaallahhhhhhh.... Ade yg dah jadi Pak Pandir.... ade yg jadi Lebai Malang... aiikkkk... yg Mak Enon pon ade... anak2...

14 comments:

Fiza Nordin said...

mmg tercuit hati bile tgk balik gambar2 candid dan keletah anak2 di pagi syawal...alahai mmg terbangkit mood nak menyambut lebaran tgk n3 k ita ni....

tp tahun ni mcm blur sikit. setiap tahun sebelum ni balik kampung suami tp baru beberapa bulan lepas fil 'pergi'.so tahun ni mcm teragak2 je nak balik kampung....

anymz said...

bila raya anak2 lah yang paling seronok kan?..
kita ibubapa ni rutin seharian tu mcm biasa je malah di tambah lagi kesibukan dlm penyediaan juadah..poket pun rabak kan ita?..hehe
eh!kim salam dgn zamani ya..:)

icaland pelangi indah said...

haha.. tak bleh tgk zamani. sbb..masa form 4&5 dulu...1class tahu ica minat zamani. habis semua kat buka2 teks, rujukan.. ica tepek gambar zamani. kumpul duit belanja sekolah beli kaset album slam. gambar zamani dgn artis wanita lain..ica tepek muka ica kat muka artis wanita tu.. haha.. giler punya minat. skrg masih minat.. tp tak la fanatik cam dulu.

Gee® said...

terhibur baca kisah beraya anak2 Ita tuh... macam skrip drama pulak... tak sabar nk balik kmpong...

CT Delima said...

As'salam Ita

Rindunyaaaa meh peluk2 jap *hugs*. ct sibuk menjahit ni lah Ita, tu yang tak sempat nak BW dan update blog. Gambar pun amik dah petang2 macam mood tak ada jer rasanya. apa pun nasib baik hidangan semua tersedia dan alhamdulillah tiada pembaziran pun.

Tengok gambar2 raya ni memang mengamit kenangan lah kan Ita. seronok ada sedih pun ada. macam2 yang tersurat dan tersirat. Ceomel2 anak2 ni bila dipagi raya, habis solat raya jer memasing dah sibuk nak pi beraya pulak...hihihi

Raya dikampung suami ker tahun ni Ita :)

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

seronoknye, rasa semangat dah nak raya tgk telatah anak2..:)

iedaoshin said...

best la anak dh beso anak sy kck lg srg plak klu die dh beso lg best beraya .hensem2 anak kak ita ni cun pun ade gak hehehe.moga jd anak yg soleh

Ummi said...

Suka tengok gambar2 anak2 kan...diaorg mmg meriah gilerr..kita jek bertungkus lumus melayan tetamu...hehee...... Mood raya sakan dah ni Ita eh? Nnt tunjuk juadah lak eh.. Waaa ada retisss (artis) lgk eh..hehe

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak...
sama ler ngan diana.. mood raya belum ada lg... :D
diana suka tgk anak2 akak... comel... yg kecik tu... mmg dari ari tu tgk pic dia... suka sgt... manis jer senyuman dia tu...

Rabiatun Adawyah said...

Assalamualaikum kak..suka tengok gelagat anak2 akak..ceria jer anak2 di pagi raya..seronok. Cute anak pompuan akak, mcm kak Ita juga senyumnyer...comeyy...

Minat jugak Zamani..suka pd suara dia yg lain dr orang lain...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

seronok baca coretan ita pasal anak2 tu.. bila tengok gambar2 rya ita ni.. baru teringat yg gambar2 raya tahun lepas kita tak cuci lagi... huhuhu.. kalau dulu guna kamera yg guna filem/kodak tu memang wajib di cuci.. tp sejak ada kamera digital ni.. dah tak lalu nak cuci sbb byk sgt gambar hehehe.. raya tahun ni takde kameralah gamaknya.. sejak kamera digital rosak tak berganti lagi.. so.. cm biasa guna kamera handphone jelah wat kenangan.. itupun gambar2 kenangan hanya simpan dlm fotopages.. nasiblah zaman canggih skrg nikan.. dpt jugak simpan gambar kat internet buat kenangan..
pasal zamani slam tu.. ratna pun pernah jumpa secara live sekali dengan dia.. tapi cuma tengok dari jauh je.. masa tu kumpulan slam tengah buat rakaman lagu kat bukit gasing PJ ni.. masa tu ratna anak dara lagi.. berjogging dengan kakak angkat kat bukit gasing tu tup2 nampak zamani & kumpulannya.. punyalah seronok! sebab ratna pun minat ngan suara zamani tu.. tp masa tu takdelah tunjukkan excited tu sebab ratna ni kan pemalu... hehehe.. tengok pun dengan hujung2 mata jer... kikiki... kesian baca pasal zamani ni kan.. tulah.. kesian gak tengok keadaan dia tu..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

opss sori.. bukan buat rakaman lagu.. tapi rakaman video klip* hehe...

Sury said...

salam..tengok anak2 akak pandai je dia orang bergaya kat lenser kamera..lagi2 si comel anak akak yang perempuan tu ada gaya model...wah tahun nie kalar baju raya apa agaknya ya..nampak meriah je tahun lepas dapat jumpa zamani lagi..tentu best

Suara Kalbu said...

Salam ziarah ukhwah untuk Kak Ita. 1st time singgah blog akak terus jatuh suka. Gambar-gambar makanan dalam ni sangat cantik.Blog yang menarik.

Abg Jo duk kat Taman Kosas Ampang kan ?

Post Top Ad

test