Inilah cara saya.... - masam manis f

Breaking

Aug 12, 2011

Inilah cara saya....

Assalamualaikum...

Hari ni nak citer cikit pasal Photo. Sebenarnya segan nak cerita pasal ambil gambar ni sebab ita ni bukannya pandai sangat. Karang ade pro- photographer yg baca harus gelak2.. sampai guling2 bawah meja... haha.. tapi ramai pula yg hantar msg tanya macam mana ita ambil setiap gambar masakan tu.

Masih ramai lagi ke yang nak tahu cara ita ambil gambar.. rasa2 dah banyak kali juga ita sharekan cara ita ambil gambar.. dalam N3 yang lepas2.. boleh lah intai2 kat segmen Photographer. Ita bukanlah photographer sebenarnya... ala ambil gambar suka2 je.. sekadar hoby masa lapang..


Ambil gambar ni kadang kala perlukan kesabaran.. nak kena pandai cari angle yang menarik dan arah datangnya cahaya. Gambar ni adalah apa yg kita nak ambil dan apa yg kita inginkan dalam gambar yang kita ambil tu.. sebab setiap orang yang memandang gambar kita menilainya dari sudut yang berbeza2. Al makhlumlah pandangan setiap orang tak sama begitulah juga citarasa manusia yang tak serupa.Ada masam ada manis.

Dalam blog ita ni setiap gambar yg ita pamirkan untuk tatapan pengunjung Masam Manis adalah hasil air tangan ita.. tak de lah sampai import pro-photograher  pulak tuk datang ambil.. aduh.. berapa pulak rega yg harus di bayar.. ?? Ita juga tak de studio tuk ambil gambar.. adoiii... mahal tu manalah termampu nak menyediakan segala kemudahan tu.. lagi pun bukannya ita tau guna pon.. Peralatannya yg banyak dan besar2 tu pula mana lah nak diletakkan.. Rumah ni pon dah penuh sesak dgn perabut.. adoii...


Gambar tu semua adalah gambar yg ori dari camera yg ita ambil. Tak de lah edit2.. sebab Ita tak pandai nak edit gambar sebenarnya.. Kadang2 ade juga keinginan tuk belajar teknik edit gambar... cuma masa je yg tak mengizinkan... sekarang ni pun dah tak sempat2 dah.. selalu tekejar2... apa2 pun yg anda lihat dalam gambar tu itu lah kenyataannya... kalau sompek ke kuih tu.. retak ke.. gebu ke tak gebu ke.. tengok aje le dlm gambar tu.. satu hari nanti ita akan belajar juga macam mana nak edit gambar..


Tentang prop pula..
Suratkhabar yg selalu ita guna dalam gambar sebagai latar belakang tu mmg suratkhabar betul. Kalau yg macam dalam gambar 3 tu sebenarnya sampul buku.  Back ground bukanlah teknik photoshop... tapi mmg yg betul.. tak tipu.. hihi



Kalau yg background kayu tu ita guna papan, atau kayu atau meja. Ini adalah antara lain2 barang yg selalu ita gunakan kira macam props lah kan



Sudu dan kain ni sebenarnya ade tujuannya kalau ita letakkan sebagai props.. bukan saje2 aje nak letak. Ade yg tanya kenapa dlm gambar akak banyak sangat guna sudu. Selain untuk menampakkan yg kita sedang mengambil gambar makanan ia juga bertujuan sebagai pemantul cahaya. Kalau kawasan tu gelap ita akan letakkan sudu utk memberi sedikit cahaya pada gambar.

Begitu juga dengan fungsi kain. Ia sebagai penyerap cahaya. Bergantung jugak pada kain lah kan... dan warnanya. Bila kita ambil gambar ade kalanya satu ruang tu macam terlebih cahaya dan membuatkan gambar nampak macam silau. Ita akan letakkan kain untuk menutup ruang tersebut.


Kebiasannya ita rujuk pada majalah, dan internet tuk dapatkan cara macam mana nak ambil gambar. Tak salah jika kita meniru dan mencuba tuk belajar dari situ nanti kita akak dapat teknik dan cara yg sebenarnya yg kita inginkan..gaya tersendiri

Bila kita dah tahu handle camera kita dah tak kisah berapa appature dan shutterspeed yg kita nak kena set.. semuanya kita dah boleh agak.. dan semuanya bergantung pada cahaya..yang  penting mesej pasal makanan tu mestilah sampai pada orang yang melihat.

Hari ni ita nak share satu lagi cara yg biasa ita guna tuk ambil gambar. Biasa cara ni sesuai kalau kita nak ambil gambar minuman , atau jelly atau2 apa2 yang diletakkan dalam gelas.


Sekarang ita ambil gambar betul2 di hadapan pintu. Ita hanya inginkan cahaya dari atas. Objek ita letak atas meja lipat. Susun objek mengikut bagaimana yg kita inginkan. Kedudukan camera berada bertentangan dgn arah cahaya. Tutup belakang objek dgn kad board hitam untuk dapatkan background gelap. Kalau nak cerah letakkan kad board putih. Kedudukan reflector atau polistrin dalam kedudukan sisi untuk memantulkan cahaya dan mengurangkan bayang, supaya hadapan objek tidak gelap.

Dari teknik di atas inilah gambar yang dapat Ita hasilkan


Selamat mencuba.

26 comments:

ijayuji said...

Salam kak ita, tenkiu for sharing, tp kan mmg curlassst gmbr akak tanpa editan, agaknyer kita ni nak kena tukar lens mcm akak agaknyer tp pelik lerrr terang gitu gmbr akak, kaler dia pun mcm di edit gitu.. ni yg rasa mcm nak tukar kamera jer lagi hihihi.... biasa kita buat cara kak ita jugak berhadapan dgn cahaya tp jarang guna kadbod itam depan tu just kasi lepas tp tgk keadaan jugak lah :D paling tension kalau cuaca mendung :D dekat 50 keping ambik sume reject! :D oh ya, akak guna dslr canon no apa kak yg akak guna?

nOOrsha said...

salam kak ita... time kasih.. memang sangat2 kagum ngan hasil gambar akak...terpesona, macam dlm majalah tau....sgala ilmu yg akak kongsikan insyaallah akan cube dipraktikkan secepat mungkin.. cume kan pasal gamba tu.. klo blh saye bg suggestion sket, ape kate akak letak watermark pada setiap gambar akak..juz simple2 watermark pon ok kak... bukan apa, selalu sgt terjadi ade insan2 kat luar tu menangguk di air keruh, suke2 cilok gambar dr blogger tanpa minta izin utk melariskan produk masing2.. sekurang2nya ada watermark at least mereka fikir berkali2 utk mengambil gamba tu @ paling tidak minta izin.. maaf kak kalau saya memandai2.. sebab pic akak cantik2, mmg ramai jer penangguk2 diair keruh tunggu masa nak menangguk.. hehehe....sy cume bg pendapat, terpulang kat akak ye.. apepun stu perkongsian menarik.. saye suke :) thanx again.. moga Allah merahmati akak sekeluarge :)

zai@umiaiman said...

terima kasih k ita, sbnrnya sy byk blajar dr kaedah k ita dan berarapa blog masak lagi... suker sgt tengok gmbr2 kak ita...sungguh2 ckp..sy benar2 terpikat...ngn tips yg kak ita bg ni insylh sy nk wat rujukan...minta izin print yer...

E-na Zarina said...

Salam k.ita...mmg berguna sgt tips akak ni untuk E-na...thanks for sharing...nway gmbar2 akak mmg mantopppp!!! i like...

Amani Ramlee :) said...

salam,k.ita...mmg sgt berguna tip yg akak berikan...thank 4 sharing...

Zack said...

assalammualaikum... singgah sebentar.. cantik, pandai akak tangkap gambar :) anglenya menarik, nmpk angle yg tajam dan yg bokeh. lighting kt rumah sy tak brp cntik, kdg2 gmbr2 yg sy tangkap tak brp menarik :( apapun terima kasih kongsi info ni :)

ninazsyafinaz said...

great sharing..Thank you!!

nora said...

wow..very interesting...thanks 4 sharing..mmg cantik semua gambar yang Ita ambil..tahniah kerana berjaya menghasilkan foto2 yang klass gituuu...

sabar dubai said...

salam kak ita...kite sbny minat gilerr dgn cr akak amik gambar....mmg superb...br tauu ape rahsienyee mati2 igt akak edit2 picture tuh dulu...kite pakai nikon..berjanggut belajar manual lagik2 dlm bahasa jepon...bile tgk n3 nii senyum leborr..ooo br faham.thanks for sharing yer..

Fiza Nordin said...

setiap kali ke sini terlopong tgk gambar2 akak... mmg cunnn habis!!! thanks for sharing info2 yg akak praktikkan selalu tu...

ummi 'iffah said...

saya tabik kak ita...
memang mantap...

chika said...

ya ALLAH caaanteeekknyeee!!
hahaha chika dah jatuh cinta dengan blog akakkkk aaa sukkeeee sukeeeee!!!
and thanks for sharing the infos :)

terharu tengok gambar2 akak ambik. rasa macam nak nangis. hahaha!

Juwita Jamaludin said...

kak ita suka2.. i like beribu2 lemon tau.. hihihi seronok sangat bila akak share tip ambil gambar boleh belajar sebab susah juga nak dapat angle tu semua.. tapi masih belum lagi praktikkan cara akak letak kadboard semua tu..hanya kadang control guna langsir je... thanks kak. nanti share lagi tau.. ita amat kagum dengan gambar2 akak.. sharp..;)

cikla said...

kak ita, mmg gambar2 kak ita ala2 pro..ela pun lama dah berhajat nak ambik gambar cantik2 tapi tak nyempat2...siap masak, campak lam pinggan itulah yg kitaorg makan n itulah jugak yg ela snap hehhehe....1st step ela mesti beli camera dulu, leni pakai camera cap itik yg berusia lebih 6tahun...syg sbb masih elok..tq 4 sharing

Anonymous said...

thanks kak ita , semua ni tips yang berguna untuk sha, selama ni blog kat ita jadi rujukan sbb gambar2 nyer caaaantiiik sgt2...

MisS NaSiHa said...

perghhh..mantoppp..ptot gmbar akak cun2 comel je..da strategi..hehe
hebat!

jom baca d sni..*penting utk tahu*
http://itqannajah.blogspot.com/2011/08/perhatian-utk-semua-wajib-baca.html

ayahanuna said...

salam kak ita,
sy org baru mndapat tahu pasal blog akak ne...
rugi betul!
tpi memg respect dgn SEMUA gmbr2 yg akak sertakan....
mmg dh kre PRO dh ne...
pasni kalo nk wat buku mskn dh bole dh guna gmbr2 ne....
nice work akak!
selamat bknalan ^^

Gee® said...

Terima kasih Ita... kagum sangat dgn kerja tgn ita yg sangat cantik dan kemas... sangat mantop!!

Ummi said...

Itaaaaaaaaaaaaaaaaa....x puas pandang tau gambar2 yg Ita amik....akak mmg x kesah resepi dah kadang2 tu..suka tgk props, gambar sume mcm ada depan mata betuiii..terang dan padat...Selalu Ita resize gambar hingga berapa sizenya? Apappun, masuk sini, mmg wordless, akak kadang datang saja nak tengok mcmana pulak props Ita setiap kali...hehee...Akak ni xda la nak props2 beriya, xdan pun...siap masak tau nak ngap je sbb just in time bila siap masak..hehe..Apapun, thanks sudi share info ni ya Ita, Ilmu percuma tanpa bayaran lgk tu...Moga Ita diberi ganjaran atas keikhlasan Ita berkongsi wpun sebesar zarah sekalipun....muaaahh!!

icaland pelangi indah said...

kak ita ni..masak pandai... hias rumah pandai... ambil gambo pun pandai.... bertuahnye badan.. semua perkara pandai.

MamaFaMi said...

Salam Ita. Mama memang suka tengok gambar-gambar yang Ita hasilkan. Dahlah makanan cantik, disertakan dengan kreativiti Ita meletakkan props yang sesuai, nampak begitu cantik menawan. Buku masak kat pasaran tu pun kalah... Kalau mama, memang tak retilah nak prop prop ni...hancus kalau letak... semak semacam jadinya... huhuhu..

Unknown said...

Wah .. salute la k.ita
xder edit pon! mmg terbaek la
ader bakat :D

sajhs said...

sajhs said...

Salam,
Congratulation... ita sememangnya seorang cook yang hebat dan juga very good photographer!!! Really...
Saya juga mempunyai minat yg mendalam dlm photography, especially food photography, dan tengah menggodek2 pakcik google tentang topik ini.. dan pada masa yg sama mencari resepi utk berbuka puasa terjumpa pulak gambar ita...

I'm speechless!! food photos ita setanding dgn gambar pro yang lain w/pun hanya menggunakan props yg minimum, available lights dan prosumer camera. You really know how to control the lights...... and the angle from where you took the photo makes the food taste sooo good!! By the way I envy your 50mm f/1.2L....very good prime lens, very sharp and nice bokeh!! so bokehlicious!!!

And thank you for sharing.. and keep on blogging!!

shidasanmil said...

ini dah tahap gaye pro dah ni kak!! legend...tabik spring saye ngn akak...hehehe

PH said...

Hello Ita! Salam perkenalan. Saya amat kagum dengan kebolehan dan hasil tangan seni Ita. Tak puas-puas saya tengok gambar-gambar Ita. Memang cantik dan profesional! Saya juga nak rakamkan terima kasih atas perkongsian Ita yang tak lokek memberi tips dan panduan kepada peminat-peminat Masam Manis. Saya ada mencuba tips yang Ita kongsikan di beberapa post berkenaan food photography. Amat berkesan sekali terutamanya cara menangkap cahaya! Thank you again Ita for your selfless sharing. All the best!

Post Top Ad

test