NASI KETUMBAR - masam manis f

Breaking

Aug 16, 2011

NASI KETUMBAR

Assalamualaikum...

Dah berapa hari ni asyik masukkan biskut aje kan?? ade yg ingat ita dah tak masak.. dah...hihi masak sebenarnya.. menu tu dah berderet2 dah tunggu giliran nak posting.. tapi sebab ramai yg sedang mencari2 kuih raya ita masukkan resepi kuih raya dulu...lah kan..


Ade masa ita sempat ambil gambar masakan yg ita masak tuk buka puasa.. ade masa tak sempat sebab dah petang cahaya pun kurang tu yg agak sukar nak ambil gambar.. tak pe lah ye mana yg ita sempat ita masukkan resepinya untuk tatapan kita bersama.

Menu hari ni.. Nasi Ketumbar.. rasa2 ramai yg dah mencuba resepi nasi ketumbar ni.. kalau kita intai2 kat My Resepi, terdapat 2 versi resepi nasi ketumbar satu versi bersantan dari Ringo  resipi ciptan Ringo  sendiri selepas teringat nasi yg dijual kat Whole Foods Market, California tahun 2003-2004. Nasi ni ala2 nasi lemak katanya.. cuma di letakkan daun dan batang ketumbar yg membuatkan perbezaannya dari nasi lemak.

Yang ke dua pula adalah kiriman dari Q'ein yang di katakan ala2 nasi ayam sikit rasanya. Bagi membezakannya dari nasi ayam, daun dan batang ketumbar di tambah untuk mendapatkan aroma dan lelazatan nasi ni.. Nasi ni di cadangkan supaya di makan bersama rendang dan arca timun.

Kali ni ita terpanggil tuk mencuba resepi dari Q'ein dahulu.. insyaallah jika ade kesempatan ita nak cuba juga versi berlemak dari Ringo.


NASI KETUMBAR
by: Q'ein

Bahan-bahan ( 7 orang )

500g beras
3 s/b mentega
sedikit minyak
1 biji bawang merah (dimayang halus)
3 batang daun ketumbar (blender halus)
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam

Basuh beras dan toskan
Cairkan mentega bersama sedikit minyak
Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau
tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.


4 comments:

cik cek said...

Ita....

Nasi Ketumbar pulak dah....aduh..pinor2 mata kak cek dah ni...kejap cookies raya...ni menu bukak posa lak...sumenya cantikkkk dan nampak sedap belaka...confirm sedapla kalau air tgn Ita....kan kan...

p/s....apa rahsia Ita ek...bykkkkk tenaga n masa ...masak2 ...blogging lagi...fuyoooo...tabik spring kak cek kat Ita ni...kagum...kagum...:)biskut Ita buat byk dah masuk list...buat lum lagi..he he he..thanks Ita for sharing...:)

liana ab malik said...

kak ita..sepanjang bulan puasa..tiap2 hari masak..akak bawa la berehat..kesian akak nanti xde energy nak raya..demam tak boleh raya...hehehe...liana da start buat kuih raya...firstime buat tahun ni..tapi yang best husband saya tolong..dia excited nak buat..tapi gbr xsempat nak upload..balik keje lupa..kamera skgkan digital..dulu guna kodak x sabar2 nak cuci tengok...ok kak take care...

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak...
wah nasi ketumbar... sedapnya tu... suka ngan nasi ketumbar.. sedaaap

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. sedapnya nampak.. ita pun tak terbuat2 nasi ni.. daun ketumbar ada beli tu.. akak semlam ita buat lychee pineapple cold anak ita yang suruh buat sedap kak terima kasih ye

Post Top Ad

test