TEPUNG PELITA dan kotak pisang - masam manis f

Breaking

Aug 10, 2011

TEPUNG PELITA dan kotak pisang

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua... Alhamdulillah kita masih lagi dapat bernafas di bumi Allah ini.. masih lagi dapat meneruskan ibadah.. di bulan puasa yg penuh barakah ni...

Ade yg rasa mengantuk ke pagi ni?? biasalah tu kalau bulan posa badan mmg terasa letih mungkin masa tidur kita pun tak cukup.. ialah balik solat terawikh dah pukul berapa..?? pas tu dah nak siapkan lauk pauk tuk sahur.. kalau mood terajin sikit dah nak mengodek2 kuih raya pulak! malam dah terlewat tidur.. pagi kena bangun awal tuk bersahur.. tu yg kadang2 rasa macam kurang tidur dan terasa lesu sikit badan tu...


Hari ni ita nak sharekan satu lagi kuih tradisional yang cukup popular. Kuih ni lebih popular di sebelah utara dan pantai timur. Kuih ni juga adalah kuih yg menjadi kesukaan suami ita. Mmg suka sangat makan kuih ni...

Masa ita balik raya ke Kelantan tahun lepas, ita balik awal sebelum puasa. Jadi sempatlah berpuasa beberapa hari di Kota Baru. Selama beberapa hari berpuasa tu laa.. suami ita dok hari2 suruh adik ipar ita belikan kuih Tepung Pelita ni.. tak jemu2 dia makan. Tepung Pelita ni memang cukup popular di Negeri Cik Siti Wan Kembang tu..


Kalau kat Kelantan tu memang macam2 kuih yg kita temui.. kadang2 pelik2 tapi menarik. Yang paling ita suka masyarakat Kelantan ni mereka mmg pandai meniaga dan menarik pembeli. Cara dia present kan kuih atau ape2 je lah yg di jual tu mmg menarik sangat!! kadang2 ita bukannya seronok apa tau! tapi selalu ralit tengok barang yg mereka bungkus tu.. mmg menarik sangat dan masih ade yg masih menggunakan cara tradisi.. tu yg seronok sangat. Kadang2 berjam2 ita dok belek2 barang2 tu.. menarik!


Kalau balik Kelantan ita masih lagi terasa suasana desa.. yg indah dan permai.. yg sekarang susah ita nak jumpa di JB ni.. Deruan ombak dari Pantai Cahaya Bulan... lambaian pohon2 kelapa yg menghijau... laungan Azan dan bunyi kokokan ayam di hening subuh memang cukup mendamaikan jiwa.. Rindu pada suasa desa yg permai...

Masyarakat desa yg masih lagi mengamalkan amalan tolong menolong dan bantu membantu.. Pagi Raya pula berduyun2 ke masjid utk menunaikan solat dan berjalan pula ke pusara... sangat terasa keshaduan di pagi Aidil Fitri...

Kanak2 pula berlari riang menziarahi jiran tetanga... berpakaian warna warni dan akan tersenyum dan tetawa riang bila duit raya di hulurkan.. aghhhhh.... rindunya...
Tahun ni... ita akan rindukan suasana itu... rindu pada abah... rindu pada maa... aduyaiiii... sayu pula hati ni... bila mengenangkan Hari Raya yg bakal menjelang... tahun ni mungkin abah dan maa... akan terasa sunyi beraya tampa anak2 dan cucu... tentu sendu dedan bermain di jawa mereka... maafkan kami abah... maaf kan kami maa... kerana tak dapat pulang beraya bersama tahun ni... insyaallah jika ade umur kita berjumpa lagi....


Terima kasih kepada Yani yang menyumbangkan resepi. Rasa2 ramai yang dah mencuba resepi dari Yani ni. Resepi ni memang sedap! suami ita pun suka! Cuma ita masih ikut cara tradisi masukkan dalam kotak yg di buat dari daun pisang dan taburkan gula pada dasar kotak. Biarlah suami ita rasa suasana di Kelantan setiap kali menjamah kuih ni.. Jom kita intai2 cara penyediannya yg cukup mudah!


TEPUNG PELITA
by: Yani

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

 Lapisan bawah
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
sedikit air kapur
4 helai daun pandan di mesen dgn sedikit air

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur di bancuh hingga rata.
Masak atas api sederhana dan kacau selalu sehingga adunan masak dan berkilat
Bila dah masak sudukan ke dalam kotak pisang atai gelas kecil dan ratakan.
biarkan keras sebentar.

Lapisan Atas
4 sudu besar tepung beras - ratakan
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
secubit garam

Perah santan dan tapis ke dalam periuk. Masukkan 4 sudu tepung beras dan secubit garam.
kacau rata dan masak atas api sederhana sambil mengacau sehingga adunan masak dan pekat.
Sudukan santan ke atas lapisan pandan tadi.
Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk rasa yang lebih dingin.

Macam mana nak buat kotak dia??? Jom belajar buat kotak pisang dengan Dalili


Bahan-bahannya
Daun pisang secukupnya
Lidi yg telah di tajamkan hujungnya

Mula2 potong daun pisang 6 inc panjang dan 5 inc lebar. Cuci bersih dan layurkan. Cara ita layurkan ita rendam dalam air panas. Ini untuk melembutkan daun supaya tidak koyak bila melipat.Boleh juga salai atas api atau jemur di bawah matahari


Lipat setiap tepi daun selebar 1 1/2 inc. Gambar 1 dan 2
Lipatkan pula setiap bucu atau penjuru daun. Hanya sampai ke garisan lipatan sahaja jangan sampai tengah. Gambar 3
Kemudian kelepitkan penjurunya seperti dalam gambar 4



Kelepetkan pula ke tengah dan tarik sikit biar bahagia atas kecil sikit dari bahagian bawah
Kemudian sematkan dengan lidi supaya ia tak terbuka
Potong hujung lidi yang tajam untuk mengemaskannya lagi.


Kotak siap untuk di gunakan.. Selamat mencuba !

35 comments:

cempluks cupcakes said...

agak besar saiznya ya kak ita..kalau kat kelantan mmg besar2 saiz nya, kalau kat kl ni alahai ciput ajer makan pon x puas

Ida,Japan said...

alahai k'ita....buat ida sgt2 rindu dgn tepung pelita daun ;pisang ni...ahhhh, sedapnyer..

Ell Joella said...

dr kelmarin da pk nak buat tepung pelita.. tuptup bukak pc tros nmpk fromintankitchen ni.. waduuhh.. nak kena buat jugak la cz da lama tak makan.. tapi kat pahang ni kalau tepung pelita nyer semua putih saja.. takde wane ijau tu.. so rasa lemak sesangat.. cantik la sarung k.ita tu.. very de kemas.. siap hias bunga kertas, tu yg mahal tuh.. :)

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak...
Wah susah gak yer nak buat bekas dari daun pisang tu... 1st time diana tgk cara2 nya... terima kasih akak..

tepung pelita nie memang sedap kan akak.. tambahan lagi d bubuh dalam bekas daun pisang nie.. suka sesangat... kemas jer akak buat... suka tgk

Azlita Aziz said...

Aha.. cempluks saiznya sebesar tapak tangan anak akak kalau tangan kita ni tak masuk jari lah kan besar dia tu.. kalau nak kecil guna ukuran cm sama je buat nya..

Azlita Aziz said...

aaaa... rindu ngan kampung juga kan ida... ala ciannya adik akak sorang ni.... :(

Azlita Aziz said...

Terima kasih Ell
oo.. ye ke?? kat pahang tak de ijau tu.. biasa mmg lain tempat lain kan kuihnya... kalau kat Johor jarang org jual kuih ni biasa kat sini Tako yg popular..

kalau ell berhajat akak cadang buat yg ni sebab mmg sedap! kuihnya pun lembut aje rasa pun sedang2 aje... tak manis sangat.. sesedap rasa!

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam Diana..

Ni hari tu tengok kat rumah diana lah ni
Hb terus minta buatkan.. dah terliur lah tu.. tapi dia minta buatkan dlm daun pisang.. katanya syok sikit makan.. macam2 kan.. akak ikutkan aje le.... maklumlah posa nak cari pahala lebih hihi

Gee® said...

gee setuju dgn hb iTa tu, memang sedap kuih ni...lebih2 lagi air tgn isteri pulak... ermmm yummy!!

Anonymous said...

Salam kak ita. waaahh buat kuih pelita.Ni memang fav Sha ni kalau tempat kat Teluk intan dipanggil kuih limas. Pandai lah akak buat kotak pisang tuuu..Hari ni Sha buat kuih Jongkong , jemputlah datang ke teratak Sha yang x seberapa nii..sila...sila

anymz said...

comelnya tangan si pembuat kotak tepung pelita tu..ada bakat dah tu ita.
ini lah salah satu kueh pebret akak yang masih belum akak buat di bulan posa ini.InsyaAllah sehari dua ni nanti kot.eh!tepung pelita ita tak payah kukus ya..senang lah kalau gitu.

Anawahid said...

salam singgah kak ita, amboi, rajinnaya akak buat sarung tepung tu... kita suka makan je kuih ni, x kira la bln posa ke idak... haha... tp nk wat sarungnya tu selalu tension je... hehehehe... kat sini masih jual lam kotak cenggini lg kak... ;)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kita lagi suka tepung pelita dari kuih tako.. pandai kak ita present, siap mcm ada api ngan sumbu lagi, hihihi

Wanieyra said...

Salam kak...

ira pun suka sgt kuih tu. sedap sangat! Kelantan tu kg kat ita atau kg suami kak ita?

Wanieyra said...

kak, kalau kita tabur gula nanti kena kukus balik tak?

E-na Zarina said...

lamanya x mkn tpg pelita dlm daun pisang...sedap n wangi!

ijayuji said...

Salam kak! segar dr pokok daun pisang tu yer kak hihihi... kitanyer daujn pisang dah kering dahhh td g pasar carik tak jumpa lah pulak :D sedap sgttttt lerr kuih nii!

Mas said...

rajinnya kak ita buat kotak tu..
klu mas...hentam masuk dalam bekas kecik2 jerk..he3..
mas pun suka sangat tepung pelita kak yani ni...
sedappp...
sudu tu....cantikkk la

cik cek said...

Aduh!...tabik spring la kat Ita ni...rajinnya dok buat kuih ni dalam bekas kotak yg dibuat sendiri...he he berseni...tq for sharing tutorial how to make the daun pisang boxes...cute je jadinyakan...

p/s...Ita kak cek dah try kuih tako yg ita buat...sedapnya....melting dalam mulut...tapi tak buat dalam kotak daun pandan...versi express punya...he he buat dalam cawan kekecik...:)

Azlina S said...

My favorite...i love it!Kelmarin baru beli...nasib sedap. Tapi memang susah nak cari kuih ni yg sdp bak kak ita buat...hehehe..saya tgk santa dorang keras la, warna kelabu la...santan kan putih mcm mana jd kelabu...memang best jd anak akak ita ni...nk jd adk angkat boleh tak?seyes ni...bole la saya rasa kuih akak tiap hari..masakan akak...bestnya..

Ummi said...

Ita...tabik spring toing toing kat Ita, kalau akak ntah laa...x leh nak layan la kotak daun pisang nih...xdan ke malas ke x pandai ke...hahahhaa...3 in 1 laaah tu...wakakkakaka...

Juwita Jamaludin said...

sedap kak ita.. rindu daun pisang..:) ita dulu suka tolong mak buat kuih ni.. sebab arwah abah suka.. hampir nak tiap hari buat tau kak.. tapi ita buat acuan dengan kayu yang di tekap kat daun pisang tu..:)

Syimama said...

masyaallah... kreatifnya, yang hebat tu ditambah dengan buah letup2 tu, manalah dapat buah esotik tu..terkenang zaman kanak2, berebut2 petik buah ni.

Niema said...

Terima Kasih Kak... ni first time Niema tengok cara lipat daun tu... petang ni InsyaAllah Niema cuba... Tq SO Much!!!!

Noor Hidayah Mohamed Yunan said...

Saya dalam proses membuat tepung pelita menggunakan resepi ini. Harap menjadi. Mengidam punya pasal...

Noor Hidayah Mohamed Yunan said...

Saya dalam proses membuat tepung pelita menggunakan resepi ini. Harap menjadi. Mengidam punya pasal...

Noor Hidayah Mohamed Yunan said...

Saya dalam proses membuat tepung pelita menggunakan resepi ini. Harap menjadi. Mengidam punya pasal...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Terima kasih kak ita. memang sedap resepi akak ni. ringkas je. semalam saya dah try buat dah...

Jom baca di sini>>> Mealshakes Gemukkan Anak??? Betul ke???

Unknown said...

memang sedap kak. semalam dah cuba buat. tq ats perkongsian resepi


jom baca disini>>> Mealshakes Gemukkan Anak??? Betul ke???

Unknown said...

Apa fungsi air kapur.... kalau xguna air kapur xpe x?

Zaza said...

saya pun ada soalan sama...kalau takde air kapur boleh ganti dengan apa ye

Unknown said...

Hebatla kak..sebijik mcm mak mentua sy buat..hihi

Unknown said...

Hebatla kak...sebijik macam mak mentua sy masak

Post Top Ad

test