Assalamualaikum...
Selamat pagi semua.. Sarapan apa pagi ni?? atau ade yg masih lagi berpuasa.. Ade yg mengambil kesempatan dalam bulan Shawal ni tuk ganti puasa yg tertunggak.. kalau dah bayar awal2 senang sikit kan.. ade juga yg meneruskan puasa 6 Shawal.. alhamdulillah.. banyak2kan amalan insyaallah kita akan dapat ganjaran pahala sebagaimana yg Allah telah janjikan..
Pada anak2 yang akan menduduki peperiksaan UPSR hari ini, auntie doakan semoga semuanya dapat menjawab setiap soalan dengan tenang, memberikan jawapan yg terbaik dan sentiasa di bawah lindungan Allah. Kepada ibu2 yg anak2 akan menduduki peperiksaan, restuilah anak2 kita sentiasa doakan yg terbaik buat mereka, halalkan segalanya dan ampunkan segala dosa mereka, semoga anak2 kita dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan memberikan keputusan yang terbaik. Good Luck! untuk semua calon2 UPSR
Hari ni ita nak sharekan satu lagi resepi. Sebenarnya dah ramai yang tahu buat kuih apam ni kan?? mudah aje buat dia rasa pun sedap tambahan lagi dengan kuih yg comel dan menarik! Siapa pun pasti tertarik..
Ita pernah buat resepi ni di awal2 ita mula berblog. Kali ni ita buat lagi sekali atas permintaan adik2 di FB yang minta ita tunjukkan cara2 tuk buat apam dot dot ni.. Ita harap adik2 kat Fb berpuas hati dgn apa yg ita kongsikan hari ni dan harap dapatlah mencuba membuatnya.. sangat sesuai kalau nak dihidangkan sempena majlis rumah terbuka..
Buat apam dot dot ni sangat mudah! ringkas dan yang penting lembut dan sedap! paling sedap kalau dapat dimakan ketika hangat2 lagilah bertambah2 sedap! Cara membuatnya paling simple! dan kita boleh mencorakkan dengan pelbagai corak yg menarik! Sekarang tengah popular corak ladybird atau bees. Boleh juga nak buat corak strawberry atau yg tengah hangat dan menjadi kesukaan anak2masa kini angry bird.. menarikkan?? cubalah.. lagi menarik kalau di buat bersama anak2 pasti macam2 idea menarik dari mereka. Seronok melihatkan gelagat dan keletah anak2 ketika melorek atas apam ni..
Terlebih dahulu ucapan terima kasih pada tuan empunya resepi yg telah mengamit satu fenomena! Ramai yang dah mencuba dan ade juga yg telah menjadikan ianya sebagai pendapatan sampingan.. Alhamdulillah semoga tuan empunya resepi mendapat ganjaran pahala dari Allah kerana sudi berkongsi resepi yg menarik ni..
Resepi ni seingat ita ambil dari ruangan Kongsi Resepi. Resepi di titipkan oleh Eiza Hamid tapi maaf sebab ita tak jumpa cari linknya.. untuk ita kongsikan di sini.. Kepada Eiza, akak minta izin untuk kongsikan di sini sekali lagi ye!
APAM DOT DOT
by : Eiza Hamid
3 biji telur sejuk dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau santan
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu teh paste vanila
filling
blueberry / strawberry / kelapa / coklat / kaya - terpulang pada citarasa
Masukkan semua bahan2an kecuali pewarna dan filling ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag atau plastik bersih
Susun acuan lompang dalam loyang.
Letakkan papercup didalamnya
Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas
Letakkan filling secukupnya. Filling ni kita masukkan juga dalam piping bag supaya mudah kita nak Letakkan atas adunan tadi.
Post Top Ad
test
31 comments:
salam dek ita lawa... amboii lawa dan comel dot2 nie siap la minggu depan kak ilah kena buat 100 biji utk sorg kawan...seronok masa buat dot2 tuuu sampai lenguh2 pingang kan ita
comelnya kak...akak ni memang kreatif la.tangan magik!
cantik comei la apam dot dot akak ni..
mas juga yang tak buat2 lagi..
meh sikit virus r akak tu...
kdg2 apam sy tak gebu la kak ita.. nape eik..
geram tgk apam akak..dah lama nk cuba wat apam ni..tp xjumpa ovallete la kat cni..
kak ader lagi tak..nak sikit buat sarapan pagi nih..
comei laaa apam k.ita......picture pon cantik sangat....
very gojes...cute jer
comelnye sayang nak makan....
Kalau Ita yang buat...apapun pasti jadi lebih cantik kat tangan dia...hehehee...comeeeyyyyy!
auntie..saya tak pernah makan benda ni..
kak ita, papercup tu pkai yg keras ke yg nipis ek?
Cantikkk! lama dh x buat apam ni, suka yg inti kelapa..
Kak ita..sy dah buattp ada bau.tak pasti bau telur atau bau apa.tp tk berapa best baunya.mcm mana nk hilangkan bau tu..
cantiknya ita.. part yg pling akk suke ialah masa menge'dot'.. hihihi.. anak2 pun suke nk kacau masa ni.. masing2 berebut nak melukis 'smile' n mcm2 lagi..
tq kak. teringin nak cuba
bestnya kak. Dah lama tak buat. Pernah buat 2 kali je. Saya guna tepung kek dan tak guna baking powder dah.
sedapnya nampak..anak abah mmg suka makan ni
Turun lambat naik cepat
akak.. ape kata akak try buat biskut 'lincoln crisp'.. leh sy try nanti.. tq..
step by step instructions tu yang mahal. Bundo lum penah buat lagi sebab takde yang suka makan apam. Tapi nak buat jugaklah..
cantik!!
Sedapnyeeee.... tp tula part nak mengukus ni yg rajin bebeno. ehehehee
Opss kak tumpang tanye, pewarna tu jenama apa kak???
terima kasih banyak2...saya ni x pandai memasak dan ada penyakit 'M'. Hari2 bukak blog akak tapi xde pun rasa nk cuba...Tapi semalam teringin lak nk cuba wat apam yg popular ni... emmm...menjadi dan sedap!!!...mula2 bila masak, angkat je licin dimakan budak2..arini bawak kt opis pun telah selamat habis dimakan....sekali lagi terima kasih kerana sudi share resepi yg menjadi..
Salam Kak Ita..Alin dah try wat apam nie tapi macam tak kena je rasanya..ada rasa telur..apa yg tak kena ye Kak Ita?
salam kak ita. Saya tak pandai masak, nak tanya kak ita, 150ml santan tu, santan pekat ke? TQ
cantik apam neh ita~.... terliur.. baru je wat tadi tgk resepi nih.. hopefully jadik~
Kak knp apam yg sy buat x gebu n bulat camtu? Rs dh ikut sume cara tu :-(
Apsal apam yg saya wat x gebu n bulat? Dh ikut sume cara akak ajar tu huhu...
salam kak ita. kak... klu apam ni letak kat dalam peti sejuk boleh x??
salam kak ita,saya nak bertanya... apam ni beloh ke kita masuk dlam peti rejuk untuk disimpan supaya tahan lama
assalamualaikum kak ita,mcm nak bg filling tu stay je tanpa tenggelam ke bawah?
Post a Comment