Selangkah lagi kita ke minggu baru.. Ramai yg dah mulakan hari baru.. setelah lama bercuti. Kini dah kena kembali kepada rutin asal.. kerja... kerja... dan kerja...
Anak2 juga dah mula melangkah ke sekolah semula. Bagi anak2 yg akan menghadapi peperiksaan minggu ni mungkin sedikit tertekan.. setelah lama bercuti dan enjoy sekarang dah kena menghadapi kenyataan... exam... exam... exammm.... oh! tidakkkk...
Semalam adalah satu hari yang memenatkan apabila ita terpaksa mengharung kesesakan jalan raya. Satu hari bertunggu tangga dalam kereta satu pekara yg amat memenatkan... namun demi anak2 terpaksa juga kutempuhi.. eceh.. eceh..
Alhamdulillah selamat sudah tugas menghantar anak2. Selesai juga segala order yg di minta.. tertunai sudah..
Semoga kawan2 Amirul dan Azrul sama2 dapat mengnikmati juadah hari raya yg ita kirimkan sebagai bekalan anak2.
Sebelum anak2 pulang ke asrama masing2 sibuk minta buatkan beberapa kukis untuk di makan bersama kawan2 di asrama. Atas permintaan kukis yg wajib di buat adalah cheese tart. Yang lain2 ita buatkan Farmbrozen dan Choc oat cookies. Untuk setiap kukis ita buat 4 adunan jadi bayangkanlah pukul berapa ita mula mengukis dan pukul berapa pula siap! Memang tak larat rasanya tapi buatkan jugak! Mujur suami dan anak2 turut sama membantu... dan dapatlah ita siapkan semuanya... apa yg penting! KERJASAMA... hihi
Kerana baru lepas musim perayaan jadi barang2 banyak yg kehabisan stock. Cheese tart kali ni ita gunakan filling blackcurrant tu yg ade sedikit masam... tak pe lah kan... nanti kalau ade masa auntie buatkan filling bluberry pulak!
Resepi macam biasa ita masih lagi menggunakan resepi yang sama seperti yang pernah ita buat sebelum ini.. boleh lihat cara penyediaan dgn step by step di sini
Kali ni ita gunakan design lain pulak! ita buat design cherry.. maaf tak dapat tunjukkan step by step buat corak ni sebab buat malam.. tak de lighting.. next time kalau ita buat ita akan cuba ambil gambar step buat corak ni.. Tapi senang aje corak ni.. buat dot2 pas tu calit aje dgn lidi halus untuk membentukkan tangkai mudah aje...
Kalau nak tengok design yg lain boleh tengok kat sini
BLACKCURRANT CHEESE TART
Bahan Crust
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Filling
Blackcurrant
Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri. Kali ni ita gunakan Blackcrurrant.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.
Bahan Cheese
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Putar dia sampai berkilat jangan terlebih putar nanti ia terlalu cair dan tak cantik bila kita letak dalam shell sebab dia flat tak munjut2.
Jangan sekejap sangat pulak nanti dia tak licin tak cantik jugak! jadi yg sedang2 aje nampak berkilat tu dah OK!
Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi. Lorek lah ikut creativiti dan imiginasi masing-masing.
25 comments:
Salam kak ita,
Cantik decor kat cistat tu. Actually nk thanks kat kak sbb bg tunjuk ajar. cik pn dh giler decor cistat hehehehe ... selamat hari raya n maaf zahir batin ye!
cantek sgt design buah chery ni...kemas tul...nak try gak nanti...InshaAllah..
sangat cantik la kak corak cherry tu..
menarik sangat cheese tart tu..
rajinn betoi akak sorang ni...
salam k'ita...mmg cntik sgt2 la akak punya cistat. terasa syg nk dimakan bila comey2 cmni...tq sbb slalu kasi idea mndeco ;)
Salam kak,
cantik sangat design chery kat atas tu. Tahniah kak :-)
Patut la badan akak kecik comel sebab tak duk diam kan. Ada je projeknya. Hehee
cantiknya ita.. tak jemu mata memandang..
cantiknyer cherry tu ita.. mmg kerja tangan ita sentiasa kemas dan cantik anggun mcm tuannya gak kan..
slmt hari raya ita.. ni mesti berat timbangan makin turun sbb bz sgt mengukis tu :)
Aslmkm Azlita. Along datang nak beraya, kuih raya ada lagi tak? Jamu cistat pun lagi ok ni... cantik sangat, mmg sgt kreatip ler Ita ni.
as salam kak ita...comelnya cheese tart ni...rasa mcm syg pulak nak makan kan.... ;)
aduhhhh...tergoda sungguh nengok ke cis tat kak ita ni..
cantekkknyerr tart tu....
Assalamualaikum akak..
wah comelnya cheese tat tu akak... kagum ngan hasil kerja akak... mmg cantik n kemas... suka2!!
alahai syumelnye k ita.... suke tgk!
selamat hari raya aidilfitri...maaf zahir & batin :D
Selamat hari raya kak ita..maaf zahir batin dari E-na...baru nak berjalan raya umah kwn2 maya...ada lg ke sekut raya...klu dh abis hidang kek lapis pun jadilah...hihii
cantik lah design baru ni...nnt leh try...akak mmg best!
kreatifnya akak ni.. suka tgk. ;)
p/s: selamat hari raya
Aduhaiiii... bilelah ade kerajinan membuat cheesetart ni kan... suke makan and terasa nak membuat tp feeling nak membuat tu belum adooo pasal acuannya takde lagi...
wow ! berseni sungguh kak ita nie !!!
kak ita yatie amik resipi crustnya..and sangat terbaekkk
http://myhayatiz.blogspot.com/2011/09/resipi-kuih-tart-puding-jagung.html
Salam Kak Ita, minta izin ye kongsi resepi cheese tart ni. cadang nak buat weekend ni. Cuma nak tanya sikit, berapa ketebalan crust/shell tu? First time nak buat ni, tak berani nak agak2 ketebalan crust tuh.
terima kasih ye...;P
Yana
Salam..kak,saya baru2 nk try buat...tapi hari tu sy nya shell tu keras cikit..mayb sbb lama sgt kot bkar..ada petua cikit x...hihihi
Salam..kak Ita...blog akk mmg selalu menjadi rujukan sy...
Sy nak minta izin dr akk..boleh x kalau saya nk share resepi tart ni di blog sy??
Salam. Kalau akak masuk masterchef kompem menang nih!
Salam puan.. saye da cuba buat cictat ni.. ikot resepi puan.. sumer yg mkn, sumer ckp sgt sedap!! =)
tp saye cume nk tahu..knp yea tiap kali saye buat crust nyer, crust nyer jd lembik..crust tu jd lembik lepas 2nd bake utk filling nye.. even letak dlm bekas kedap udara, tetap jd lembik..
ade factor lain ke yg bg kesan nye? samada dr segi kuantiti tepung @ suhu @ mse p'bakaran?
hrap puan dpt jwb soalan saya..
-ummi-
assalamualaikum kak ita... saya amat tertarik dengan masakan akak. tq byk atas panduan dan resepi. mg Allah balas budi baik kak ita.
Post a Comment