KEK BUAH KUKUS permintaan seseorang... - masam manis f

Breaking

Sep 7, 2011

KEK BUAH KUKUS permintaan seseorang...

Assalamualaikum...

Selamat tengahari... eh! dah tengahari dah... hari ni lambat lagi ita bersiaran.. atas beberapa faktor yg tak dapat dielakkan.. hihi sebenarnya emak dan bapa ita datang tadi tu yg dok bersembang panjang.. tak sempat nak posting apa2.. tak pe lah kan lewat sikit..

Apa khabar semua hari ni.. alhamdulillah jika sihat.. harap2 biarlah kita di berikan kesihatan yg baik supaya dapat melewati hari2 mendatang.. dan dapat melakukan ibadah yg dituntut..

Masih lagi dengan mood beraya ke?? biasa kalau hari kerja aktiviti beraya kurang sikit kan.. kebiasannya.. tunggu hujung minggu baru berkesempatan beraya dari rumah ke rumah.. hujung minggu ni ramailah orang buat open house.. jemput kawan2 dan saudara mara..


Di Johor biasa dah mula lah aktiviti Marhaban dari rumah ke rumah. Penduduk di kejiranan ita ni pun ade menganjurkan aktiviti Marhaban yang bermula pada malam Jumaat hingga ke malam Ahad. Marhaban ni biasa mereka singah rumah sekejap aje.. pas tu makan biasa pada rumah yg terakhir. Makanan pula ade yg tuan rumah sediakan dan ade juga sumbangan jiran2 selorong.. seronok kalau time ada Marhaban terasa meriah sikit dan barulah terasa suasana beraya.. Pulak bila tengok mereka berjalan beramai-ramai dari satu rumah ke satu rumah dan melihatkan anak2 yg berlari mengiringi ibu dan bapa mereka.. Anak2 lah yg paling seronok sebab dapat kumpul duit raya..


Hari ni ita nak tunjukkan satu lagi kek yang ita buat. Ita buat Kek Buah adalah atas permintaan seorang kenalan di FB yg minta ita carikan resepi kek buah yang sedap! Mula ingat nak kasi resepi aje.. tapi ita bimbang pulak jika bagi resepi tapi ita tak cuba.. nanti kalau ade apa2 masalah payah jugak ita nak terangkan. Akhirnya ita cuba juga buat kek buah ni alhamdulillah menjadi dan rasanya sangat sedap!
Kepada adik akak yang bertanya kan resepi kek buah akak harap dapatlah mencuba resepi dari kak Fida ni.. mudah ringkas dan yang paling penting mestilah sedap!


Resepi dari kak Fida dan ita ambil dari My Resepi. Dah banyak kali ita cuba resepi dari kak Fida dan tak pernah satu pun yg mengecewakan. Terima kasih yg tak terhingga pada kak Fida yg sudi berkongsi resepi kek buah yang seadp ni..

Ita ni bukanlah peminat kek buah sebenarnya.. tu yg ita jarang nak buat kek buah. Tapi bila ita cuba resepi dari kak Fida ni ita terasa seakan telah jatuh hati pulak dengan kek buah ni.. Rasanya dan  teksturnya memang menambat hati. Nampak macam keras tapi bila kita potong dan makan lembut dan lembab2 sikit.. mak ita pun kata sedap! Ita dari tadi pun asyik mengunyah aje.. sedap pulak rasanya.. cubalah!

Untuk resepi kek yg ita buat ita hanya buat 1/2 adunan sahaja dan ita guna loyang 7 inc. Resepi yang di bawah ni pula ita copy dari kak Fida di My Resepi. Kalau ade yg bercadang nak buat 1/2 adunan macam ita, semua bahan yg di perlukan di bahagi 2 aje ye! Jom kita kedapur dan kita intai2 bahan yg di perlukan tuk buat kek buah ni.. Yokkk!!


KEK BUAH KUKUS
By: Kak Fida

 

Bahan-bahan ( loyang 11x7x3 inc. )

450 g mentega
400 gula perang atau gula halus- ita guna gula perang
5 biji telur - grade A
600 g tepung gandum
1 sk bicarbonate soda- ita letak baking powder
1 sk cream of tar-tar
1 sk serbuk pala atau serbuk kayu manis- ita guna kulit kayu manis
450 g buah2an campuran(mix fruits)
150 g kekacang badam - cincang- ita tak letak
1 sk esen buah2an atau  oren atau vanilla - ita letak oren
220 g gula pasir - utk gula hangus


Ayak tepung, baking powder, tatar dan serbuk kulit kayu manis dan gaul bersama buah2an campur dan kekacang. Ketepikan.

Mentega dan gula perang dipukul hingga kembang dgn mixer.
Masukkan telur satu-persatu dan terus pukul.
Masukkan juga esen pilihan.
Perlahankan mixer dan masukkan campuran tepung sedikit2 hingga habis.
Ita gaul guna senduk kayu aje.


Pada masa yang sama,gula pasir di goreng hingga hangus atas api perlahan,matikan api dan tuang kedlm campuran yang sedang diputar tadi dan gaul  hingga sebati.
Matikan mixer dan kacau adunan dgn senduk supaya benar2 rata.


 Tuang adunan ke dlm loyang yg telah di alas dan digris keliling.



Tutup loyang dgn aluminium foil dan ikat dgn tali rafia sekelilingnye.
Kukus kek selama 4 jam.
Saya kukus dgn api kuat pd 1 jam pertama dan tukar pd api sederhana utk 3 jam seterusnya.Buka alum.foil setelah masak dan sejukkan kek.
Kalau saya tak menggunakan kekacang, saya tambah gantikan dgn buah2an campuran lagi menjadi 600 g.

13 comments:

Nazrah said...

kek buah ni yang diminta oleh Bapa saya time raya ari tu..tapi membayangan nak kukus selama 4 jam tu yang membantutkan... Kek yg ini memang nampak sangat lembab dan buahnya pun sama rata tak tenggelam..mesti sedapkan...

ninazsyafinaz said...

sedapnyer kek buah!!selamat Hari raya kak !

Mimiey.. (^-^) said...

selamat hari raya kak ita!!!!
kalau dekat mie dh g beraya umah akak, makan kek buah tu...
apakan daya, jarak memisahkan kita...huhuhuhu....

Gee® said...

sedapnya kek buah... teringin nk buat...

Zie said...

sedapnya... kek feveret ma Zie ni

Lieya said...

Wowwww nampak pun sodap nie, dulu arwah makcik lia dia punye kek buah sedap sampai menjadi tempahan setiap org yg merasa tetiap raya. tp sayang tak sempat nak tuntut ilmu, anak dia pun tak pandai bikin.

aeinio said...

macam senang ek resepi nih tq kak ita..

fuzidss said...

kukus...yes..pasti akan ku cuba..Thank you my fren

fatten said...

wa... nak juga la nnt..selamt hari raye..

SASHA MICHA said...

salam ita...yes kek buah tetap jadik pujaan:))

Ummul Jannati said...

Kalo 1/2 adunan, brp biji telurnya? 2 ke 3?

aznie said...

salam ita, saya kwn masak baru..syokla saya tgk ita n all the resepi sampai saya rasa mcm x mau pegi keja nk duk memasak aje.. saya ni suka msk tp bila x menjadi dah putus semangat tp memandangkan darling saya nk mkn kek buah saya cuba buatkan kek buah kukus nti kalau berhasil saya gtau nanti wish me luck n selamat hari raya....

Cik Ess said...

salam akak..
sy nk tanye sblm ni sy ad buat kek buah..n dlm tu dia ad tlis yg buah tu perlu d peram slm 4 jam or smlmn..
butter+buah+ susu d msk ngn api kecil n bila sjuk bubuh dlm fridge..yg mcm resepi akak ni, xyah peram dlu ke n buah dia tu x jatuh ke bila kek dh msk..
hehehe :)

Post Top Ad

test