MEE REBUS YATIE sedapnya!!!... - masam manis f

Breaking

Sep 2, 2011

MEE REBUS YATIE sedapnya!!!...

Assalamualaikum...

Diam tak diam dah 4 hari kita beraya.. Masa terasa terlalu pantas berlalu.. esok anak2 dah mula balik ke sekolah. Esok ita akan bertolak ke KL untuk hantar anak2 balik. Ita bertolak awal sikit untuk mengelakkan kesesakkan jalan raya. Maklumlah kalau musim perayaan cam ni mesti jalan raya sesak dengan kenderaan.. dan jalan pasti jam...

Esok juga ibu dan bapa mertua ita nak turun ke JB. Aduyaiii... kesian pulak bila mereka datang ita tak de pulak di rumah.. Abiss... nak buat macam mana tiket semua habis.. terpaksa lah ita hantar anak2 balik dengan kereta. Mujur SIL ade kat JB boleh lah mereka bermalam di rumah adik ipar ita tu dulu.. Lagipun dorang pun tak beritahu nak datang... last minit baru cakap.. macam mana lah ita nak buat kan... kalau tak hantar budak2 ni kang... dorang pulak dah nak exam... aiii... serba salah di buatnya..


Hari ni ita sedikit busy.. sebab nak siapkan kukis tuk anak2 bawa pulang ke asrama. Macam2 yg di order dari maknya ni... Walaupun penat beberapa hari ni.. dan terasa sangat letih kerana tak cukup tidur.. terpaksalah ita buatkan juga.. demi anak2.. harap2 siaplah semua tempahan budak2 ni.. aduyaiii...

Semalam ita buat Mee Rebus. Sebagaimana yg ita pernah katakan dulu mee rebus memanglah menjadi kesukaan ita dan keluarga. Dari ayahnya hingga lah ke anak2nya semua memang suka makan mee rebus selain mee bandung dan mee kari.


Kali ni ita cuba resepi dari yatie. Ita tertarik nak mencuba resepi dari yatie ni kerana ita rasakan ade kelainan sikit... mee rebus yatie menggunakan santan.. Selalu kalau ita buat mee rebus ita tak letak santan.. tu yang teruja sangat nak mencuba.

Sebenarnya dah lama ita berhajat nak mencuba resepi dari yatie ni.. tapi terpaksalah tunggu anak2 balik barulah hajat ni dapat di tunaikan. Kalau tak nanti siapa nak habiskan.. nak masak sikit2 ni macam tak berbaloi.. pulak! Kalau anak2 ade ita buatlah banyak sikit... seronok bila tengok anak2 berulang2 makan..


Mee rebus yatie ni sedap sangat! tak tau pulak bila letak santan mee ni lagi bertambah sedap! suami ita pun kata sedap! katanya lebih sedap dari mee rebus Hj. Wahid. Anak2 pun suka.. Ade lah ita tambah sana sikit sini sikit.. hihi nak mengikutkan rasa anak tekak ni... kepada yg berhajat nak buat mee rebus tuk jamu kawan2 atau tetamu.. ita cadangkan cuba resepi yatie ni.. mmg sedap!

Terima kasih pada Yatie yang sudi sharekan resepi mee rebus yang sedap ni! Ita minta izin tuk sharekan kat sini lah pulak ye yatie... Resepi ni pasti akan menjadi resepi kesayangan keluarga ita pulak lepas ni... Jom kita salin resepi..


MEE REBUS YATIE
by: Yatie

Bahan-bahan
1 kg mee kuning - di celur dan di toskan
2 cwn taugeh - di celur dan di toskan
4 biji keledek - direbus dan di kisar halus (keledek tak de ita ganti kentang)
4 biji telur - direbus dan di belah 2
4 kpg tauhu - di goreng dan di hiris nipis
lada merah da lada hijau - hiris
bawang goreng
limau kasturi - di belah 2
daun sup dan daun bawang - di hiris

Bahan Kuah
500 gm daging - di hiris nipis dan di rebus hingga empuk (ita tak rebus sebab guna batang pinang)
4 biji keledek - yg telah di rebus dan dikisar tadi
15 btng cili kering - dikisar
10 biji bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3 batang serai - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
3 sb udang kering - dikisar
2 sb serbuk kari daging
1 cwn air atau secukupnya untuk blend bhn2.
1 kiub ikan bilis - ita tambah
1 kiub daging - ita tambah
2 cwn santan pekat
2 kpng asam keping
1 buku gula melaka - ita tambah
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis.

Penyediaan Awal
Hiris daging nipis2 dan rebus hingga lembut.
Kupas keledek, potong kecil dan rebus hingga lembut, lenyek keledek semasa panas hingga halus. Ketepikan.
Sementara itu rebus telur....dah siap, kupas kulit telur dan biarkan ketepi.

Penyediaan Kuah
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan daging rebus bersama air rebusan daging.
Bila mendidih, masukkan keledek lenyek tadi, kacau hingga rata.
Tambah sedikit air jika perlu.
Perasakan dengan garam dan gula (selalunya kuah mee rebus mmg ada rasa sedikit manis) dan biar mendidih.
Masukkan santan dan asam keping, masak hingga pekat.
Rasa dan jika ok, boleh dimatikan api.

Penghidangan
 Masukkan sedikit mee dalam mangkuk, susun tauhu dan telur rebus, cedok kuah bersama2 isinya dan tuang atas mee, hias dengan taugeh, taburan daun bawang/daun sup, bawang goreng, hirisan cili hijau dan belahan limau kasturi.



10 comments:

al_hakim said...

nampak sedap..=)

Unknown said...

selamat pagi kak ita.....

sedapnya mee rebus....lia n family pun suka sgt2 makan mee rebus ni...lbh2 lg ank2...semua variasi mee dia org suka....

blh cuba lah resepi kak yatie ni...nampak mudah nak sediakan,puasa hari tu lia ada juga cuba buat resepi mee rebus tulang....insya'allah ada masa nnti nak try yg ni pulak... :)

p.s: semoga selamat pergi n balik jb-kl....

ilahjy said...

salam hari raya buat dinda ita sekeluarga.. dari kanda ilah... hehehe buka jer dapo maya kak ilah terjah umah ita duluuuu... dari sejak hari ahad sampai hari ni dah balik KL baru kak ilah dpt buka dapo kita ni... bila kat melaka umah mentua..tak sempat nak buka tenet..bz kemas2 umah sana..
hari ni (ptg smlm sampai KL) setelah kemas2 umah kat KL ni baru nak rehatkn diri sambil2 jamu mata tgok dinda beraya.. seronok kak tgok ita sekleuarga berkumpul..
kak ilah pohon kemaafan dihari yg mulia ni.. semoga persahabatan kita terus terjalin...aminnn..

CT said...

pagi2 tgk mee rebus..meleleh air liur..hehehe

slmt hari raya ita...

izahdaut said...

menarik sungguh resepi ni..tak perasan pulak ada resepi kak yatie ni letak santan. best best...

yang penyediaan awal 4 biji keledek tu untuk diletak dlm kuah tu ye kak ita?

Yatie said...

Slmt hari raya Ita...uwaaa terliurlah tngk mee rebus ni...tak sangka Ita sekeluarga suka mee rebus mcm ni...ni resepi mak Yatie, mmng guna santan..sedapkan...esok pun Yatie nak buat mee rebuslah...ada tetamu gak nak dtng umah ni...

The Cendol Champion said...

nak buat jugak besok..yatie...n kak ita tumpang cuba resipi utk berbuka besok eh...

Pengedar Shaklee Klang said...

Wow sedap...

Nor Lailee Ahmad said...

Akak dah cuba resepi ni...mmg sedap sgt..terima kasih 😊

Unknown said...

Dh cuba mmg sedap ... alhamdullillah.. terima kasih

Post Top Ad

test