Menu 2 Hari Raya - masam manis f

Breaking

Sep 1, 2011

Menu 2 Hari Raya

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua... masih lagi bermalas-malas al maklumlah masih lagi dalam mood bercuti.. masa cuti2 yg panjang macam ni baru lah dapat bersantai-santai..
Ade yang dah mula buat rumah terbuka ke???... arghhhh... lepak kan rasa bila buat rumah terbuka ni.. penatnya.. mmg tak terkata.. Masa mula2 nak buat tu mmg seronok sangat... tapi, bila tetamu dah balik mula lah rasa penat bila nak mengemas.. macam ita ni lagi lah bila kita sesorang.. kita lah nak masak, nak siapkan semua keperluan dan kita jugalah yg nak kena kemas.. mmg pengsan...!!


Kadang2 sampai ke pagi tak tidor dok mencuci dan membasuh pinggan mangkuk.. mujur suami ita rajin membantu.. kalau tak mmg tanggal tulang belulang ni.. masa2 cam ni baru lah terasa nak ambil pembantu..

Semalam ita buat nasi lemak aje.. Ita namakan Nasi Lemak Shawal, sebab masak dalam bulan Shawal. Nasi lemak ni warna hijau rintik2 ita letak pewarna hijau bila nasi dah kering.. nak nampakkan mood beraya dan warna hijau adelah warna yg menjadi pilihan.. hihi


Nasi lemak ni sesuai kalau kita nak buat jamuan atau open hause.. sebab masaknya mudah aje.. tak lah payah sangat. Sekejap aje dah siap! Makan pula dengan sambal tumis tak kiralah nak makan dgn sambal tumis udang ke... ikan bilis ke.. kerang ke.. atau kupang ke.. apa2 pon boleh.


Pas tu ita buat telur hancur sebab nak masak telur hancur ni mudah, tak payah nak merebus dan nak cedok masuk dalam pinggan pon senang..  lagi pun anak ita ni tak berapa suka telur rebus.. kalau goreng telur mata lembu nanti yg kuning semua letak tepi.. kalau buat telur hancur ni dia makan semua sebab kuning dan putih tu dah bercampur sekali.. hihi


NASI LEMAK SHAWAL

2 mug beras - dicuci bersih 
1/2 mug santan pekat 
2 mug air - ikut jenis beras 
1 biji bawang putih - di mayang halus 
1/2 inchi halia - di ketuk / dihiris halus 
1/2 sudu kecil halba 
1 sudu kecil garam 
Sehelai daun pandan 
Sedikit pewarna  hijau
Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. 
Titiskan setitik warna
Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.
Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan
Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba.

Boleh juga kita nak buat tambahan lauk pauk untuk di makan sekali.. macam makan dengan rendang ayam atau daging. Atau boleh juga makan dengan serunding daging..


Untuk minuman pula semalam ita buat air mata kucing. Buat air mata kucing ni pun senang aje kan.. Kita rebus aje mata kucing tu dulu sampai dia kembang. Pas tu kita tambah gula dan tambah air. bila dah masak sejukkan kemudian boleh lah letak ais dan di sajikan..

Jom lah kita cuci mata lihat juadah yang dah selesai ni...


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

5 comments:

DG said...

Selamat Hari Raya to you and your family :)

sweetazezah said...

salam ukhwah..selamat hari raya buat kak ita skeluarga & maaf zahir batin..makaseh & halalkan resepi sekuk2 yg hensem2,cumil2 kat dapoQ umah k.ita ni..jijah dah try,suma org ckp sedap bangat!tengkiuss!!nant nk try kek lapis k.ita plak..hehehe..tengkiu kak!--me:-jijah at KLIA->azezah ahmad(FB)..

Etong said...

wahhh hijau lah semua. cantikkk sgt sgt semua gmbr2 ni. hehe selamat hari raya, maaf zahir dan batin :)

Adinda Wawa said...

comelnye dalili..mcm mama dia jugak! hu3

The Cendol Champion said...

selamat hari raya kak ita...say juga cuba nasi lemak kak ita

http://myhayatiz.blogspot.com/2011/09/resipi-nasi-lemak-antarabangsa-edisi.html

Post Top Ad

test