Assalamualaikum...
Lewat lagi hari ni ita bersiaran.. banyak sangat kerja yg harus di selesaikan. Pulak line tenet ni pun lambatnya.. kot sebab cuaca yg hujan aje.. dari malam tadi ujan lebat sangat sampai ke pagi.. ni baru lah nampak macam matahari nak timbul.. tu pun macam segan - segan aje dia nak keluar.. masih main sorok2 belakang cik awan..
Ok lah kerana dah terlewat, jom lah kita intai2 apalah yg ita buat semalam.. Sebenarnya dah lama tak menalam, asyik dok makan biskut dan kek aje.. hari ni terasa nak makan kuih muih tradisional pulak! tu yg merajinkan diri buat kuih talam ni ha...
Manalah tau ade yg nak buat tuk open house boleh juga buat kuih talam ni.. rasa tak yah cakap memang sedap! lembut dan sedang elok aje manis dia.. mmg serasi sangat dengan anak tekak ita ni.. Buat pun tak lah rumit sangat.. Adunan ni pun dapat banyak dan sesuai untuk buat makan2 jamu kawan2.
Resepi dari chef yang tidak asing lagi.. Kalau kuih muih tradisional terutamanya kuih talam Chef Asmah lah orangnya.. Seorang wanita hebat! Berasal dari Kampung Parit Peringat Kota Bahru Kelantan. Seorang ibu, tukang masak popular dan sekarang terus mara dan bakal menubuhkan Akedemi Masakannya sendiri.
Pada sesiapa yg berminat tuk belajar memasak terutamanya dalam pembuatan kek dan kuih muih bolehlah melayari chefasma.blogspot.com
Ita ni pakal aje tinggal jauh kalau tak ita pasti akak mencedok ilmu masak-memasak dar Chef Asma ni.
Ok berbalik pada resepi kita hari ni. Resepi dari Chef Asma dan ita ambil dari majalah RASA keluaran Oktober 2011. Majalah RASA kali ni tampil dengan 100 resepi dari selera artis dan chef2 tanahair. Kalau ade yg belum dapatkan boleh lah dapatkan di pasaran.
Cara menpediaan kuih ni sangat mudah. Waktu memasak dan penyediaan anggaran 60 minit. Dan kuih talam ni memang sedap! Terima kasih kepada Chef Asma yg sudi sharekan koleksi resepi dari beliau untuk tatapan semua pembaca. Ita sharekan pula resepi yang sedap dari beliau ni untuk tatapan pengunjung masam manis pula.. Kepada semua jangan ragu2 untuk mencuba!
TALAM LAPIS CHA-CHA
By: Chef Asma
Sumber : Majalah RASA Okt 2011
Bahan Lapisan Atas dan Bawah
Bahan A
100 gm gula Melaka
100 gm gula merah
50 gm gula pasir
500 ml air
1 helai daun pandan - disimpul
Bahan-bahan di atas di masak atas dapur hingga gula larut. Kemudian tapis.
Bahan B
120 gm tepung beras
60 gm tepung gandum
250 ml santan pekat - ita guna santa KARA
2 biji telur
1 sudu makan tepung ubi
1/2 sudu teh garam
Satukan semua bahan dan kacau rata.
Kemudian tuangkan bahan A yang telah di tapis tadi.
Masak bahan ini atas dapur dengan api perlahan sambil di kacau hinga berwap.
Bahagikan aduna ini kepada 2 bahagian yg sama banyak.
Sediakan loyang berukuran 10 inc di alas plastik dan di leser loyang dan plastik lapit tadi dengan sedikit minyak makan.
Tuangkan 1 bahagian adunan tadi dan tutup permukaan loyang dengan kertas aluminium.
Kukus dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu tadi.
Kukus selama 15 minit.
Bahan Lapisan Tengah
170 gm tepung beras
50 gm gula pasir
250 ml santan pekat
650 ml air
1 sudu makan tepung kacang hijau (green Pea) - ita letak tepung jagung
1/2 sudu teh garam
80 gm cha-cha
Untuk membuat lapisan tengah, satukan semua bahan kecuali cha-cha.
Tapis kedalam periuk dan masak atas api perlahan sambil dikacau hingga ia berwap.
Kemudia masukkan cha-cha yang telah di cuci bersih.
Kacau sebati.
Apibila lapisan pertama tadi masak.
Tuagkan pula lapisan tengah.
Masak lagi selama 15 minit.
Apabila telah masak tuangkan semula lebihan lapisan bawah yg berwarna coklat tadi dan kukus semula kali ni lama sedikit anggaran 30 minit atau sehingga kuih benar2 masak.
Tunggu kuih benar2 sejuk barulah di potong.
Gunakan pisau plastik yg telah di oles dengan minyak untuk memotong kuih talam.
Sep 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
7 comments:
salam dek ita lawa
yg kak ilah nampak sesangat tuuu ialah anyaman daun pandan tuuu walaaa mmg kretip tol la ita..kuih tu jgn ckp laaa tiada kata nak ckp jadi ka ilah taip jer laaa hehehe cantikkk3...
sedap & comeinyer....sgt seni, sgt rajin org yg membuatnyer..tak tahan tgk anyaman daun pisang tuuuu
Salam Ita...sedapnya talam tu....idea yg kreatif..anyaman daun pandan tu.
bahan2nye mudah. nk cuba lah.
akak ni memang pandai ambik gambar la. macam kat hotel...menarik je gambarnye..nak belajar boley tak..
wahhh..cantik la talam tu kak..
gambar pun cantik sangat....
rasa nak Hwaaaaa..bestnya...i should try! i luv u kak ita
Post a Comment