Malam tadi hujan lebat sangat kat rumah ita. Mujur semalam semasa tetamu ita datang tak hujan.
Hari ni pun nampaknya cuaca agak baik cerah dan bersinar aje sang mentari pagi.
Hari ni ita nak sharekan satu resepi dessert yang ita hidangkan untuk tetamu yang berkunjung ke rumah. Ita sediakan tiramisu. Tiramisu ni penyediaannya cukup mudah dan simple. Tak sampai berapa minit dah siap! tapi bukanlah terus boleh di makan seeloknya kita simpan dalam peti ais sehingga dia keras dan memang sedap di hidangkan sejuk-sejuk!
Sangat sesuai kita hidangkan jika kita tak punya banyak waktu untuk menyediakan hidangan yang rumit. Rasanya memang tak payah cakap lah kan memang sangat creamy dan walllaaa!!
Tetamu yang datang rumah ita pun menyatakan tentang kesedapan tiramisu ni.
Resepi kali ni hasil selongkar ita ke dapur Rabiatun Adawyah. Melihatkan Blueberry Tiramisu di hias cantik dan di hidangkan pula dalam gelas-gelas yang comel, membuatkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya meronta-ronta untuk mencuba. Begitu juga lah yang terjadi pada ita.. macam nak di capai aje tiramisu dalan skrin tu.. memang nampak sangat menyelerakan.
Ita biasa buat yang di celup dalam coffee tu.. tapi, ita memang tak berapa makan yang tu sebab ita memang tak boleh makan coffee nanti mula lah senoneng kepala ita ni satu hari ita dok lembik macam biskut tiramisu yg di celup coffee jugak satu kerja pun tak boleh buat! Tapi bila merasa resepi blueberry tiramisu dari Rabiatun ni... emmm... memang sangat sedap! satu idea yang sangat bagus bila kita gantikan coffee kepada blueberry adoiii... memang selalulah ita buat tiramisu ni.. sedapnya..!!
Terima kasih buat Rabiatun yang sudi berkongsi resepi tiramisu yang sangat istimewa ni. Akak minta izin untuk sharekan resepi ni di sini boleh ye Rabiatun.. semalam pun tetamu akak, Liana pun dah tanya resepi ni kak ita dah masukkan dalam blog belum??
BLUEBERRY TIRAMISU
by: Rabiatun
Bahan untuk syrup
dapat 4 cup spt di atas
150 g blueberry filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional
Bahan Cream
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ sifted
Hiasan
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar
Cherry
Coklat urai - ita tambah
Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)
Note Rabiatun
Jika nak lebih terasa masam, boleh celupkan biskut ke dalam jus oren sebelum disusun ke dalam bekas.
Jika tiada whipped cream, boleh guna whipping cream sahaja..dan mungkin kena tambah sedikit gula icing. Rasa dulu adunan tu yer.
Boleh juga gantikan cream cheese tu dgn mascapone.
Sesuai dengan strawberry, kiwi, orange, mango dan sebagainya.
Bagi mereka yang masih tidak dapat membezakan antara whipped cream dan whipping cream. Di sini ita salinkan semula nota yang telah ita copy dari blog Rabiatun. Nota dari Kak Wan pakar masak memasak dan baking membaking. Banyak juga panduan dalam membuat kek dan cookies yang ita dapat dari blog kak Wan, yang sentiasa tak lokek ilmu. Minta izin kepada kedua-duanya untuk ita kongsikan ilmu ini pada mereka-mereka yang berkunjung ke Masam Manis pula.
Perbezaan Whipping Cream Dan Whipped Cream
By: Kak Wan
Rujukan : Pautan Kasih
Kedua-duanya adalah whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream, topping.
Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanan
Whipping Topping Cream atau di panggil Non-Diary Whip Cream
Bagi mereka yang masih tidak dapat membezakan antara whipped cream dan whipping cream. Di sini ita salinkan semula nota yang telah ita copy dari blog Rabiatun. Nota dari Kak Wan pakar masak memasak dan baking membaking. Banyak juga panduan dalam membuat kek dan cookies yang ita dapat dari blog kak Wan, yang sentiasa tak lokek ilmu. Minta izin kepada kedua-duanya untuk ita kongsikan ilmu ini pada mereka-mereka yang berkunjung ke Masam Manis pula.
Perbezaan Whipping Cream Dan Whipped Cream
By: Kak Wan
Rujukan : Pautan Kasih
Kedua-duanya adalah whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream, topping.
Kandungan :
Minyak Kernel Sawit, Sirap Jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak dari susu
Tekstur :
Mudah kental apabila di pukul mengembang 2 x ganda, rasa manis
Kegunaan :
Sebagai Topping dan Filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain.
Kaedah Penyimpanan :
Simpan di tempat beku (Freezer), tahan 1 bulan selepas dibuka
Jenama di Pasaran :
Rich's, Shine Road, Value Pride, Golden Peak
Dimana Saya boleh mencarinya ? :
Dimana Saya boleh mencarinya ? :
Dikedai-kedai Bekalan Bakery, di Pasaraya jarang di dapati.
Ada juga di dapati dalam botol spray. Kalau yang ni kita tak perlu pukul kerana sudah tersedia untuk di gunakan.
UHT Whipping Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream
Kandungan :
Pepejal susu
Tekstur :
Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul, Rasa tawar
Kegunaan :
Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert, Ice-cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek)
Kaedah Penyimpanan :
Simpan dalam peti sejuk (Chiller) tidak perlu dibekukan, tahan 1 minggu selepas dibuka.
Jenama di Pasaran :
Anchor, Emborg, Pauls,Shani, Greenfields, Bridel
Dimana Saya boleh mencarinya ? :
Dimana Saya boleh mencarinya ? :
Dikedai-kedai Bekalan Bakery dan Pasaraya juga boleh di dapati.
UHT - Ultra High Temperature
15 comments:
inilah yang kitaorang ngappp semalam sampai dak apis tak beganjak dari meja makan...smp abis korek2 gelas tue..confirm buat pasni..kesian akak,sakit2 pun masak..tu la,da kata nak borak2 jer..bagi air teh pun cukup..tapi terkilan bukan sbb tak makan..sbb tak dpt peluk akak..aisshh !! awat liana terpaku time tue...tq
Subhanallah....sangat kagun dgn air tgn Ita nih...
sgt2 menarik pn.tq sudi berkongsi:) insyaallah akan di cuba..
Amboi, kak ita buat brp cup agknya, utk kita ada tak? Hehe
tgk pun dh tau mst sodap bangat ni..kalau mkn cnfrm bertambah2 ni...blh tambah lemak sekali...huhuhu
Assalam Ita cayanggg...waaaaah tiramisu pulak dah...! Akak ni nak kurang2kan lemak di badan la konon..dah overload dah nih..adeeeiii, sabauuuu je laaa :))
As'salam Ita
Alahai..sedapnya mata memandang dah macam terasa2 kat tekak dah ni. Tu hari ada gak ke BAGUS tu dah sentuh2 biskut tiramisu tu. tapi letak balik sebab tak tahu bila nak mengunakannya :D
Salam kak Ita...sdapnye..salam perkenalan dr sy,blh x akak suggest kt ne nk dptkn biskut tiramisu ni ye..
salam.. wah sedapnye.. jue pnh buat tp guna kek je bkn apa sbb susah sgt nk dptkn biskut tiramisu. puas cr kt pasaraya giant & carrefour tp xjumpa.. adoi.. so kt mn ye jue nk cr biskut ni.. please..
salam kak ita..
nak minta izin copy resepi ye...
Blueberry Tiramisu Ita sangat cantik. saya mohon share.
k.ila, saya pohon kebenaran mintak kongsi info pasal whiping cream n uht cream dan segala bagai pasal cheese cake dlm blog sya sebagai rujukan...tq
suka singgah n lihat hasil kerja/air tangan ita. Hilang stress n relak tengok gambar2 yg menikam kalbu. Terima kasih atas niat ikhlas kerana rajin tunjuk step by step n resepi kepada mereka yang tiada kos untuk menghadiri kelas2 memasak yang mahal2 sekarang ini. Semoga Allah S.W.T. aje yang dpt membalas budi baik ita. Amin
Tq sebab ada langkah2 yang senang untuk mmbuatnya...mesti sedap ni..saya nk try jap lg
Tempat saya susah nak cari butterfingers ni, boleh ganti dengan apa ye ?
Post a Comment