Assalamualaikum...
Sekejap aje kita dah sampai ke hujung minggu..
Hujung minggu ni nak buat ape lah ye! nak berjalan pon tak boleh lagi rasanya sebab anak2 masih lagi dalam mood peperiksaan..
Biasa hujung minggu macam ni banyak jemputan. Ramai yg mengambil peluang cuti hujung minggu untuk menyambut menantu atau melangsungkan perkhawinan.. Tapi minggu ni ita tak de dapat jemputan.. mungkin juga sebab minggu ni peperiksaan masih lagi berlangsung tu yg tak de majlis perkhawinan hujung minggu ni..
Hari ni ita nak sharekan satu lagi resepi. Resepi kali ni juga atas permintaan rakan2 kat FB yg minta ita buatkan Chicken Pie. Hasil selongkar dari dapur ke dapur akhirnya ita bertemu lah dengan resepi ni yang ita ambil sekali lagi dari My Resepi. Resepi kali ni hasil kiriman dari pu3bay. Tapi untuk inti tu ita ubah ikut citarasa ita yang berdarah melayu dan anak kampong ni... hihi tak pe lah kan pu3 janji sedap pada anak tekak ita dan keluarga.
Inti tu ita olah sikit dari Chicken Pie dah ita ubah jadi Curry Chicken Pie.. hihi memandai2 aje ita ni kan.. Sebenarnya inti tu kita boleh lah ikut selera kita kalau suka tuna boh lah tuna, kalau suka daging boh lah daging.. apa2 pon boleh janji sedap!
Resepi asal menggunakan sos tiram tapi ita tak letak sos tiram sebab ita letak serbuk kari, jadi ita gantikan sos tiram dengan stock ayam. Kalau tak de stock ayam kita gantikanlah dengan kiub ayam pon boleh! Lain-lain bahan tu terpulang lah pada kita nak letak ape untuk menanbahkan lagi kesedapan chicken pie kita ni..
Terima kasih pada pu3 kerana sudi berkongsi resepi chicken pie ni. Ita minta izin untuk kongsikan di sini pulak lah ye pu3 agar dapat dijadikan panduan dan rujukkan rakan2 yg lain pula!
Jom kita masuk dapor kita tengok demonstrasi pembuatan pie dari anak dara ita Dalili yaaa...adooooo!!!
CURRY CHICKEN PIE
Adaptasi daripada resepi Chicken Pie
By: Pu3bay
Doh
150gram butter - ita letak 230 gm butter
280gram tepung gandum - ita letak 350 gm tepung
1 biji kuning telur dipukul - ita tak letak
secubit garam halus
1 sudu teh gula halus
sedikit air ice - ita tambah
* adunan ita lebihkan kerana ita buat dalam bekas pie yg besar.
Gaulkan tepung dengan gula halus dan garam hingga rata.
Masukkan butter. Butter ni pastikan dalam keadaan sejuk baru keluar dari peti ais. Potong kiub kecil2 kalau ia macam dah nak lembut masukkan balik dalam peti ais bagi keras semula.
Ramas semua bahan hingga menjadi seperti serbuk roti.
Tambahkan sedikit2 air ais. Masukkan air ais tu sesudu dulu kalau adunan dah boleh lembut dam mudah di bentuk dah tak payah letak air ais lagi kalau masih berderai tambahkan lagi sesudu dan seterusnya hingga adunan menjadi doh yg lembut dan tak melekat di tangan.
Bahagikan doh kepada dua.
Balut doh dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais semula anggaran 1/2 jam.
Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh.
Adunan pie yg dah siap ni kita balut balik dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais sementara kita buat lapik tutup pie pula.
Canai pula adunan yang satu lagi dengan kaedah yg sama.
Ini adalah untuk membuat penutup pie kita.
Potong dengan roller cutter anggaran 1 cm lebar dan panjangnya biarlah dapat menutupi pie tadi.
Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh.
Buat secara mengayam tikar iaitu berselang- seli.
Atau boleh bungkus sahaja permukaan pie tadi dengan doh yang kita canai nipis.
Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.
Inti Pie
1 biji kentang - potong dadu dan di goreng
2 ketul bahagian dada ayam - di potong dadu
1 biji lobak merah - di dadu kalau nak guna mix vegetable pon boleh
cendawan butang - jika suka
Bahan Tumis
1 labu bawang besar di dadu
2 ulas bawang putih - ita tambah
2 sudu minyak masak
gula - secukup rasa
garam - secukup rasa
1 sudu besar sos tiram - ita tak letak
1 sudu besar rempah kari - untuk buat curry chicken pie
1 kiub ayam - atau stock ayam
serbuk lada sulah - secukup rasa ita tak letak
1 sudu besar tepung jagung - larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air
Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, angkat kentang dan toskan minyaknya.
Panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bwg besar bawang putih hingga naik bau.
kemudian masukkn bahan rempah kari dan ayam masak hingga ayam empuk.
Tambahkan stock ayam , garam dan gula secukup rasa.
Kemudian barulah masukkan kentang, cendawan butang dan mix vegetable.
Perasakan semuanya.
Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie nih shg menjadi pekat
Sejukkan inti pie.
Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit.
Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.
Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
20 comments:
WoW!...WoW!...WoW!...
Ita dah ada pengganti....hebat2....sedapnya chicken pie...leh tuko ngan cupcakes tak...:D
sodap tuh....
kak itaa...dah la kite pose arini..dan2 jee lapaaa tgk pie nie,,alahaiiii..hehehe..
aduh la kak ita...neleh2 ayaq lioq den...hihiihih...pndainye sikecik kak ita wat pie ye...hihihi...sedapnye nmpk...kene try wat jgk ni...=)
nyum2
sedapnyeeee
bole mkn seisi keluarga =]
aduh..dalili punya air tangan pun tak kalah macam mama dia buat...comel je nampak
Dalili kena dera ya smpi bertepung muka tu, hahaha
tengok je dah tau sedap...byk nya resepi kat blog ita ni yg nak dicuba !! ..
sedapnyer,..kalo pastry tu pakai segera pon boleh kan kak>?
akak dah ambik resepi ni dah.thnx ya ta.tak payah akak nak jenguk satu dapur ke satu dapur mencari resepi chicken pie ni..syukur...
comeinye dalili...muka penuh tepung. beria2 membuat pie.. cantik pie dalili buat.
aminnnn dah dapat pun pewaris mama..dlm bidang masakan ...tahniah... suka kak tgok kesemua demo2 dalili buat mengalahkan mak long ilah..hehehe...t.kasih dek ita lawa..kongsi lagi resepi ni dan popiah basah tu..kak tak sangka ita boleh buat mcm tuu selalu guna tgan panasssss laaa sbb tu kak serik nak buat kulit popiah tuu masa belajar di tahun 1992 kat BAKAT tapah perak depa ajar guna tgan ..adoiii aiii malasnya.. nasib baik ita tujuk cara ita alat tu pun dah ada nanti leh la kak ilah cuba ahaksss..
Pandai akak memasak sungguh sedap dan hebat lah..
* Jgn lupa sasikan Masterchef Malaysia 22okt2011 di Astro Ria
paling tak boleh tahan tengok dalila leeee....TERBAIKKK LA heheheh...dalila dah jadi semakin tome dgn tepung penuh di mukeeee
salam kak nak tanya loyang pie yg kak pakai ni size 11" ke or 9"?
Kak nak tnya kenapa mesti guna butter sejuk dan air ais yer?
Kak nak tanya knp kena guna butter sejuk dan air ais yer?
Kak nk tanya knp kena guna butter sejuk dan air ais yer?
salam kak ita, pie kalau nk mkn esok pagi seeloknya kena buat bila ya..ptg or mlm..dan tahan berapa lama kalau simpan dlm fridge..
lagi satu, almond crunchy tu akk bakar api atas bawah atau atas sja + angin??
tq
menu yang simple tapi sedap..yummy.. sedapnye.. juadah berbuka saya juga jap lagi..thanks sharing resepi ni..
salam perkenalan semua dari mommylina.. baru nak belajar bakery sendiri...
Post a Comment