Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu..
Minggu ni panjang cutinya kan..?? ramai yang dah merancang untuk bercuti. Ada juga yang mengambil peluang untuk mengadakan majlis perkhawinan.
Macam biasa walaupun cuti panjang ita tak kemana2, anak2 sibuk dengan peperiksaan akhir tahun dan yang sulung pula akan menduduki peperiksaan SPM.
Minggu yang agak sibuk bagi ita. Banyak sangat perkara yang harus di selesaikan.
Sebelum ita berbicara berkenaan resepi yang bakal ita kongsikan ni, jutaan ampun dan maaf kepada tuan empunya resepi dan kak Ummi juga kerana ita dah terderhaka pada resepi yang sangat istimewa ni. Ita tak perasan pula yang resepi ni adalah kuih bingka. Bila nak copy baru perasan yang ianya adalah bingka.. ita sangkakan puding roti.. haha ya adoiiii... apa lah ita ni kan.. tu lah selalu kalau dah nampak resepi yang berkenan, terus teruja sangat nak mencuba.. tak menyemppat-nyempat eeemmmm kan dah terlepas pandang tang tajuknya yang ni bingka rupanya.. hihi
Walau macam mana pun memang ianya cukup sedap! Walaupun terderhaka dengan tidak sengaja... hihi.
Sebenarnya ita mencari satu resepi atas permintan, sebagai hidangan untuk dessert Raja Sehari. Bila ita terpandang resepi ni di dapur kak Ummi ita terus mencuba tanpa membaca dengan teliti. Dan akhirnya jadi lah puding roti pandan coktail bersos castard hahaha memandaiii kan ita ni.. aduyaiii.. mak amponnn... lain kali tak buat lagiii...
Tapi ita rasa sesuai juga di jadikan dessert untuk hidangan meja raja sehari.. Warnanya yang menarik, rasanya yang sedap! memang cukup memikat selera. Terpulang kepada selera masing2, samaada untuk dijadikan bingka atau puding..
Terima kasih kepada tuan empunya resepi Notabila kerana sudi sharekan resepi yang sangat sedap ni! Semua memang kena cuba ni sebab memang sedap! terima kasih juga kepada kak Ummi yang mewar-warkan tentang kesedapan bingka ni. Ita minta izin untuk sharekan disini pula.. boleh ye!
BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : Notabilia
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home
8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
200 ml air
1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 helai daun pandan - disimpul
Sediakan loyang 8 inc dan gris loyang dengan sedikit butter
Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang
Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
Balut tutup loyang dengan aluminium foil
Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit.
Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan.
Yang ni pula adalah yang telah terderhaka dari ita maaf ye!!
Cara membuatnya sama sahaja seperti membuat bingka roti kukus pandan ni.
Roti tu ita canai nipis dulu, kemudian ita gulung.
pas tu ita masukkan dalam bekas yang berisi adunan tadi biar terendan 10 minit
Angkat perlahan dan pindahkan ke dalam loyang
Ita guna loyang empat segi.
Pas tu ita taburkan buah2 coktail yang telah ita toskan airnya terlebih dahulu
Kemudian kukus
Ita makan puding ita ni dengan sos castard.
SOS KASTARD
1/2 tin susu cair
1/2 cawan air
secubit garam
1 sudu besar kastard
Masak semua bahan dalam periuk atas api yang sederhana hingga kuah pekat.
Angkat dan biarkan sejuk
Sedia untuk di hidangkan bersama puding roti pandan coktail
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
20 comments:
sedapnya kak..rasa nak cuba la pasni.
kemas dan cantik, presentation mmg tip top..
cantiknya, nak try buatlah, minta share ya kak..
Cantiklah K Ita...
Nampak gulungan roti tu... :)
wahhh...cantiknyer 'corak' dan kaler bingka ni...sangat menyelerakan... =)
first time tengok bingka jenis ni, creative sungguh!
lepas makan singgah blog akak, k.
cantik9x! mmg menyelerakan!
Pandai sungguh ita menderhaka....sehingga menjadi sangat cantik dan mengiurkan......rasa nak cuba sekarang jugak....
As'salam Ita
Terdehaka kat makanan tak apa jangan menderhaka pada sultan dah lah..hahaha
pandai betul ita mengolah resipi ni ya, sangat cantik dan menarik. suka mata memandang :)
ct cuti lah 2ari ni. hubby tak ada gi OT jadinya amik cuti jugalah malas nak duduk kat dapur tu..hehehe
adoyaii...kenyang mata melihat kecantikan dan keenakan juadah ini...yam2x
Kak ita, ok le tu walapun derhaka tapi sedap. Berbaloi2. Dan ianya menambahkan lagi kepelbagaian resepi untuk dicuba oleh orang2 yanng rajin. Hehehe.
Uiiiii sedapnyeeeeeeeee
Tersangat2lah cantik.. Kreatifny akak ni.. P/s: Kak Ita duduk JB kat mana ye? Nur kat Skudai..
nmpk best n menarik jer...terderhaka pn mantop ar....mau jugak la cuba yg versi terdehaka ni...huhuhu.blh kn...
kak...menderhaka pada makanan takpe, jgn menderhaka kpd org tua jer..sesal tak kesudahan kita kan?apa2 pun mmg cantik dan kreatif...bertuah cik abang dpt isteri mcm akak, betul tak kawan2?
salam kak..sy btul2 xfham telur yg dibuang tali pusatnya tu mcm na nah?blh akak terangkan x?TQ
X kesah la Ita oooiii...asalkan semakin sedap, semakin menawan akak tengok...sangat cantiiikk bingka aka puding dah jadinya...no hal kan..janji leh ngap...hehehe
Salam kak ita...faar new blogger..slalu buka blog akak tgk resepi..byk gak yg fara dh cuba sume menjadi..thanks sesgt ye..fara juga minta izin masukkan resepi tu ke dalam blog fara..di http://simplypurple-mummy.blogspot.com
Soalan fara kan kak, boleh x kita wat bingka roti ni then simpan dlm peti ais semalaman..so then esoknya kita mkn sejuk2??
salam kak..wah meriahnyer...sok bru nk try buat nk bwk p sekolah...mohon share resepi ni di blog sy yer
d(^-^)b ---> aleeyasapphire.blogspot.com
salam kak ita...nyum2x nmpk sdap sok bru nk try nk bwk p sekolah d(^-^)b
Post a Comment