PUDING MARKISA - masam manis f

Breaking

Oct 3, 2011

PUDING MARKISA

Assalamualaikum

Selamat pagi semua..
Dari semalam hati ita tak keruan.. berdebar- debar. Macam ita pulak yg nak ambil exam.. Dah berapa kali dok ulang alik bilik kecik..  perut mula dah terasa.. memulas-mulas. Ya Allah tenangkanlah hati ita ni... jangan lah ita gundah gulana buatkan semua kerja tak menjadi.. aduyaiiii....

Ita bertawakkal dan berserah hanya pada mu ya Allah... semoga segalanya di permudahkan.. Lindungilah anak ita Azrul dari segala ganguan syaitan, iblis dan jin ketika menghadapi peperiksaan. Semoga dia diberikan kesihatan yang baik , tenang dan dapat berfikir secara bijak! Ya Allah lindungilah dia.. dan permudahkanlah segalanya untuknya.. Semoga setiap usaha yg dilakukannya mendapat keredaan Mu ya Allah...

Ya Allah kenapa ita harus menghadapi situasi begini setiap kali anak ita melangkah ke dewan peperiksaan. Beginikah perasaan ibu dan bapa ita dahulu setiap kali ita menghadapi peperiksaan???... Masa ita ambil exam dulu ita tak pulak berkeadaan macam ni.. bila anak2 periksa ita pulak yg tak tentu arah..


Hari ni ita sharekan satu lagi resepi dessert. Kali ni ita buat puding Markisa sebab ia menggunakan buah markisa. Buah markisa ni masam ye! Oleh itu masa beli hari tu semua tak mau makan sebab masam. Jadi timbul satu idea tuk jadikan puding dan makan bersama vanilla sos tak lah terasa masam sangat! Rasanya sedap! pulak rasa masam2 manis dan lemak berkrim!

Sebenarnya resepi ni ita adaptasi dari resepi Puding Selasih Unggu dari Nunung juga. Tapi ita ubah suai sikit dan ita tak letak telur. Perasa anggur pula ita tukar kepada Sunquick buah-buah2 dan serasi sangat dengan rasa buah markisa yg masam tu..


Ita buat 1/2 adunan aje memandangkan ita cuma ade baki 2 biji sahaja buah markisah. Jadi kalau ita buat ni dalam acuan yg agak tinggi dan besar sikit tu dapatlah dalam 5 ketul puding aje. Resepi puding selasih unggu ni tak kurang jugak hebatnya. nanti ita akan buatkan dan sharekan kat sini di lain episod pulak ye!

Puding ni sedap di makan bersama sos vanila. Sos vanilla ni juga resepi dari Nunung. Sedap! rasa lemak dan harum dgn bau vanilla.


PUDING MARKISA
Resepi adaptasi dari Puding Selasih Unggu
By: Nunung
Sumber : Buku Pelbagai Jenis Puding

2 biji buah Markisa - ambil bijinya sahaja
1/2 peket agar-agar segera
400 ml air
300 ml susu atau whiping cream
125 gm gula pasir
1 sudu besar sunquick perisa buah-buahan
sedikit pewarna kuning
2 biji putih telur jika suka - ita tak letak

Masak agar-agar bersama air dan gula hingga gula dan agar-agar larut.
Ambil sedikit agar dan campurkan bersama biji buah markisa tadi
Tuangkan dalam acuan yg telah di basahkan dengan air
Biarkan ia seketika
Baki agar2 tadi di campurka pula dengan susu masak hingga didih
Tambahkan Sunquick dan pewarna kuning kacau rata
Tuang kan atas puding markisa tadi.
Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk di makan dingin
Enak di makan bersama sos vanilla


SOS VANILLA
by : Nunung
Sumber : Buku Pelbagai Jenis Puding

1 biji kuning telur
1 sudu makan gula castor
100 ml susu pekat manis
150 ml air
1 sudu makan tepung jagung - larutkan dgn sedikit air
secubit garam
1/2 sudu makan esen vanilla

Pukul kuning telur dan gula sampai putih. Ketepikan
Panaskan susu dan air hingga didih.
Kecilkan apinya.
Ambil sedikit susu panas, lalu campurkan dengan kuning telur. kacau rata
Tuang kembali sedikit2 ke dlm susu yg di didihkan sambil dikacau.
Tuangkan larutan tepung jagung dan secubit garam
tambahkan vanila dan kacau hingga pekat
simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin

14 comments:

K.zai said...

sedapnya puding..nyaman kalau makan ditaman..

Nurul said...

Sedappnya...
Tgk gambar pun dah cukup... ;)

CT Delima said...

As'salam Ita

salam kerinduan buat ita, lama juga xjengah blog masam manis ni..hihi.

Dikesempatan ini ct jua turut mendoakn buat ank ita Azrul semoga diberi ketenangan dan dilapangkan fikiran untuk menduduki peperiksaan PMR esok..aminnn

nyamannya kalau dimakan kala sejuk puding ni kan :D

Nazrah said...

ye la..sambil baca buku...

~Norul Mas Hana ~ said...

kak ita,
sedapnyer nampak puding tu...
meh seketul...hihi

Gee® said...

Sama2lah kita bedoa untuk kejayaan anak2... anak gee pon ada yg akan menduduki exam PMR esok...
cantek puding markisa tu...

Mas said...

wahhhhhh...sangat cantikk la kak ita gambar2 tu...
suka sangat mas tengok....
puding tu pun....menggoda betoii...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

salam, kak Ita.. kita yg ank baru tahun 4 pun susah hati bila dia exam, apalagi Kak Ita yg anknya nak ambil pmr... haiiii.. mcm tulah sbnrnya mak ayah kita dulukan.. apapun puding tu nmpk sedap, ehemmmm.. tadi sy buat tart bunga, mmg sedaplah kak, terima ksh, ya..

aamalinaazman said...

waaaa
dh la sy suke markisa
mesti sedap niiii
hehehe
semoga anak akak dipermudahkn urusan nye ye =]
adik mimi pon amik PMR =]

ami said...

kak ita, de x resepi wat lolipop @ gula2..ape kate akak try..sbb sye ske blog ni..de step2 yg senang nk ikut..tqvm...

xanti said...

sedapnyaaaaa

z a t i e said...

salam kak ita..nk tnye la..1/2 paket agar2 segera tu yg brapa gm ye?

Unknown said...

aslmkum k.ita..
susu tue gune susu segar kan?

Unknown said...

Assalammualaikum... nak tanya.. agar segera tue brp gram..... satu peket tue besar mn...

Post Top Ad

test