Di kesempataan ini ita ingin mengucapkan selamat berjuang kepada semua pelajar2 yang bakal menduduki peperiksaan PMR yang bermula esok.
Setelah berusaha bersunguh2 tanpa mengenal erti penat dan jemu kini, tibalah hari yang di tunggu-tunggu.. Bertawakallah kepada Allah, insyaallah setiap usaha yg telah dilakukan akan mendapat keredaannya..
Usaha yang dilakukan hendaklah disertakan dengan doa yg ikhlas kerana Allah Taala.. Usaha berserta doa dan tawakal kepada Allah insyaallah pasti akan membuahkan kejayaan.. Allah suka pada hambanya yg meminta pertolongan kepadaNya..
Doa agar dikurniakan kefahaman dan ingatan yang kukuh selepas mengulangkaji
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”
Doa sebelum memasuki dewan peperiksaan
وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”
Doa apabila terlupa ketika menjawab peperisaan
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”
Doa memohon kejayaan yang cemerlang
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh."
10 comments:
moga dia dpt jwb dgn cemerlang..insya'Allah ;)
waaa
anak akak sama dgn adik mimi
heee
insyaAllah
semoga dpermudhkan semuanya~
aminnn =]
Assalamualaikum Ita,
Sama2lah kita mendoakan utk anak2 kita juga buat rakan2 seperjuangan mereka supaya di berikan ketenangan sepanjang menduduki peperiksaan, di permudahkan segalanya dan semoga mereka semua berjaya dngn cemerlang. Aminnnn..
amin.....
semuga mereka beroleh kejayaaan cemerlang
Aminnn...
Amiiiinnn....semoga anak Ita juga dapat menjawab soklan dgn jawapan yg terbaik...insyaAllah berkat keikhlasan ibunya mendoakan... :))
sEMUGA ANAK KAK ITA DAPAT MENJAWAB SEMUA SOALAN DENGAN TENANG.......
InsyaAllah semoga anak Ita dapat menjawap dgn baik...Amin:)
aminn jugeee
Amin.
Post a Comment