TALAM SAGO PERMATA - masam manis f

Breaking

Oct 29, 2011

TALAM SAGO PERMATA

Assalamualaikum..

Hari ni ita tak boleh nak sembang lama sebab banyak sangat kerja yang dah menanti. Insyaallah kalau tiada apa aral melintang ita akan di kunjungi oleh tetamu dari jauh.


Dalam kepala dah macam-macam menu yang di rancang untuk di hidangkan pada tetamu ita nanti. Tapi, sebab kesihatan ita dari semalam tak berapa mengizinkan ita sediakan apa sahaja yang termampu.. Tak sabar sebenarnya nak jumpa kenalan baru ita ni.. dup dap dup dap.. juga jantung ita berdegup!

Semalam petang ita sediakan juadah ni untuk minum petang. Kuih Talam Sago Permata. Ita ambil resepi ni dari sebuah buku masakan yang baru ita beli. Buku Aromas of Kuihs dari Chef Amy Wong. Chef yang berasal dari Kapar, Perak ni sangat minat memasak. Beliau telah merantau ke beberapa negera di Asia untuk menghimpunkan koleksi kuih-kuih tradisional. Kebanyakkan kuih yang di sajikan ala kuih nyonya.


Ita tertarik untuk membeli buku ni semasa pergi ke kedai buku tempoh hari. Ita memang pantang jumpa buku masak, kalau boleh semua ita nak beli. Kadang2 sampai buku dalam bahasa China pun ita beli. hihi walau tak faham tapi ita sebenarnya suka sangat tengok gambar2 kuih dalam buku masakan tu.. sekurang-kurangnya ia jadi satu inspirasi apabila ita ingin menyediakan juadah untuk keluarga.

Buku Chef Amy ni juga sebenarnya dalam Bahasa China. Bila ita selongkar-selongkar lagi terjumpa lah buku yang di tulis dalam duwi bahasa, Bahasa China dan Bahasa Inggeris tu yg tak berlengah terus aje beli senaskah.

Dan kali ni ita sharekan resepi yang menarik sangat minat ita untuk memiliki buku resepi ni.. Sedap juga resepi talam ni pulak bila di makan bersama air gula melaka tu.. Ita memang suka sangat makan kuih yang berasaskan ubi kayu.. ialah kita ni kan dari kampung dah biasa makan ubi tu yang tak tahan kalau tengok kuih yg di buat dari ubi mesti nak cuba!


Ubi ni kalau kita nak buat kuih mak ita pesan supaya perah dulu sedikit airnya. Air yang telah kita perah tadi kita biar ia mendak. Pas tu airnya buang dan mendakannya tu kita gaulkan semula dalam ubi. Menurut mak ita air ubi tu macam payau sikit kan jadi kena lah buang separuh kalau nak dapatkan kuih yang sedap! Jom kita cuba resepi ni pulak!


TALAM SAGO PERMATA
By : Chef Amy Wong
Rujukan : Buku Masakan Aromas of Kuihs

40 gm sago merah
40 gm sago hijau

Masukkan sago dalam 2 bekas yang berlainan. Kemudian tuangkan air panas dan kacau rata. Biarkan sebentar sehingga ia separuh jernih.

Bahan A
450 gm ubi kayu putih
140 gm gula
1 biji telur
1/8 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
120 gm kelapa parut putih - pilih kelapa yang muda
150 ml santan kelapa
2 1/2 sudu besar jus pandan
sedikit pewarna hijau.

Ubi di parut halus, Kemudian masukkan dalam kain muslin dan perah sedikit airnya. Biarkan air mendak sebentar. Buang airnya dan mendakannya tu ambil dan gaul semula dalam ubi.
Pukul gula dan telur hingga kembang. Ita masukkan dalam blend dan kisar hingga kembang.
Campurkan telur yang telah di pukul bersama semua bahan A. Kacau rata.

Sediakan loyang 9x9 inc alas dengan plastik dan oleskan dengan minyak.
Panaskan kukusan.
tuangkan adunan bahan A kedalam loyang dan kukus selama 10 - 15 minit.

Bahan B
450 gm ubi kayu kuning - ita guna yang putih juga
140 gm gula
1 biji telur
1/8 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
120 gm kelapa parut putih - pilih kelapa yang muda
150 ml santan kelapa
2 sudu teh tepung kastard
sedikit pewarna kuning - ita tambah

Ubi di parut halus, Kemudian masukkan dalam kain muslin dan perah sedikit airnya. Biarkan air mendak sebentar. Buang airnya dan mendakannya tu ambil dan gaul semula dalam ubi.
Pukul gula dan telur hingga kembang. Ita masukkan dalam blend dan kisar hingga kembang.
Campurkan telur yang telah di pukul bersama semua bahan B. Kacau rata.

Tuangkan adunan bahan B ke atas adunan bahanA dan kukus semula hingga masak selama 10 - 15 minit.

Tapis sago tadi dan gaulkan kedua2 sago hinga rata.
Taburkan sago atas bahan B dan kukus semula selama 30 minit atau sehingga kuih benar2 masak.
Biarkan kuih benar2 sejuk sebelum di potong.

Hidangkan Talam Sago Permata bersama air gula melaka.


AIR GULA MELAKA
3 ketul gula melaka
5 sudu besar gula
3 cawan air

Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga mendidih
Kecilkan api dan masak hingga agak likat.
Sejukkan sebelum di hidangkan bersama Talam Sago Pemarta

9 comments:

nonierahman said...

Selamat pagi kak ita.wahh ada tetamu dr jauh....mesti best nie nnt mkn masakan kak ita...nampak sedapla kuih talam tue.

Fazlinil Irma said...

selamat pg kak ita.. meh kita tukar sarapan. sy sarap murtabak segera je. :)

Unknown said...

menyelerakan la kuih akak tu..

dZana said...

pagi2 dah smpi dpur ita.. sedapnya..

zarina said...

saya pun jenis suka beli buku masak..tapi beli je lah..takde rajin membuat macam k.ita ni..hehe.. buku cina lagi best sebab selalu ada langkah demi langkah

DaRi DaPuR LiZa said...

nampak sedap....

Azian Elias said...

MASYALAHHH..

sedapnya..love to see must be love to eat..

inahar ali said...

waduh ita..dh lama x menyagokan diri..hehe! sedaapn yer..bak akak semangkuk..fuhh!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

comel kombinasi kaler kuih ni... geram jugak tgk kuih ni.. mesti sedap kan?

Post Top Ad

test