Selamat tengahari semua dan selamat menjamu selera...
Nampaknya cuaca di JB hari ni agak baik. Matahari bersinar cerah. Harap-harap biarlah panas sampai ke petang. Tapi mengikut ramalan kaji cuaca semalam mungkin hari ni akan mendung dan hujan akan melanda di JB. Barangkali pada sebelah petang atau malam hari.
Berita semalam melaporkan telah belaku kenaikan air di beberapa kawasan di sebelah Utara dan Pantai Timur. Bagi mereka2 yang tinggal di kawasan yang sering di naiki air dan selalu mengalami banjir di harap berwaspada lah dari sekarang. Bak kata orang beringat sebelum terkena dan sediakan payung sebelum hujan..
Rumah bapa mertua ita di Kota Bahru, Kelantan adalah kawasan yang sering di landa banjir. Selalu kalau tunjuk kat berita kawasan banjir di Kota Bahru pastilah area kawasan rumah bapa mertua ita. Oleh kerana kawasan rumahnya rendah dan sering di naiki air, maka rumah bapa mertua ita di buat tinggi kira-kira 7- 8 kaki dari paras tanah. Tu kalau banjir tu mmg sedap kalau buat terjun dari balkoni hihi. Tapi ita belum pernah lagi berkesempatan melihat banjir di Kota Bahru. Sebabnya suami ita kalau dah masuk musim tengkujuh dia tak mau balik Kelantan bimbang banyak jalan yang di tutup akibat tanah runtuh, dan banyak juga bahaya pada musim tengkujuh ni sebab tu kena beringat selalu kerana malang memang tak berbau..
Aii.. cerita-cerita jugak tapi apa pula menu hidangan hari ni. Hari ni sekali lagi Dapur Tanpa Sempadan ita selongkar. Di sebabkan tiada sempadan sesiapa sahaja di izinkan masuk samaada untuk cuci mata atau mencari resepi yang berkenan dihati. Banyak sebenarnya khazanah masakan Melayu kita di sajikan di sana, kalau nak selongkar memang tak cukup sehari. Satu khazanah masakan Melayu yang amat sesuai dijadikan panduan dan rujukan, tidak kiralah samaada pada adik-adik kita yang baru berjinak-jinak kedapur atau para suri rumah tangga yang nak mencuba sesuatu yang baru.. untuk keluarga tersayang..
Asam pedas memang cukup sinonim dengan rakyat Johor. Ibarat kata orang kalau seminggu tak pekena sekali macam motor yang tak letak minyak tuti eh! apa pulak lah ita merapek ni... eh! betul lah tu.. mmg seminggu sekali mesti pekena asam pedas baru lah terasa regang semua tulang dan otot-otot kat badan ni.
Asam pedas memang fav ita. Pulak tu bila di sediakan denghan ramuan yang cukup lengkap dengan segala rempah ratus dan diletakkan pula sawi atau jeruk asin. Di tambah aroma daun kesum yang menyengat! alamak.. memang tak nampak lah siapa pun melintas tak kira lah melintas kat depan atau kat belakang.. hihi
Menu asam pedas kali ni juga amat merujakan ita untuk mencuba bila di tambahkan pula kerisik sebagai menambahkan sedikit kemanisan dan lemak dari kelapa. Fuh!! memang terangkat! Anak-anak pun asyik menambah aje.. sampai habis nasi seperiuk di colek pula dengan roti kosong.. alahai anak omak...
Jutaan terima kasih buat Adnan Ibrahim, yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu. Semoga segala usaha yang Adnan lakukan memdapat kerberkatan dan di berikan ganjaran pahala di akhirat nanti..
Akak minta izin untuk sharekan pula resepi ni di sini, bagi rujukan kawan-kawan lain yang mungkin teringin mencuba.. boleh ye!
ASAM PEDAS KERISIK
By : Adnan Ibrahim
Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan
500 gram ikan pari, perap dengan jus limau nipis + garam anggaran 10 minit, cuci bersih dan toskan
Ita guna ikan tenggiri
Sawi jeruk secukupnya, yang ni agak2
1/2 jus asam jawa
1 camca besar penuh kerisik
3/4 cawan cili kisar
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa - jika suka
Air secukupnya
Segenggam daun kesom
Bahan Kisar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 keping nipis hirisan lengkuas
3 biji buah keras
Secubit belacan
1/2 inci kunyit hidup
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah/putih hiris hingga harum
Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
Tambah bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.
Masukkan air secukupnya dan biar mendidih.
Masukkan ikan, sawi jeruk, daun kesom dan juga kerisik, kacau perlahan.
Masukkan jus asam jawa.
Perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..
16 comments:
wah, tengok gambar pun dah meleleh ni..hahahha, sedap nampak.
tgk gambar pn dh mengancam abis, blm lg try buat.
betul tu..johor n asam pedas sinonim..
yg ni tak penah makan.letak kerisik. boleh dicuba nanti..tq for sharing.
terlior laaa....
Kenapa nampak 10x lagi sedap darri saya punya nihh...erkk..ni mesti air tangan akak bagus....apa2 pun terima kasih yea..
ita... org sebelah tu mesti tak sedar ita klik gambar nampak tangan dia kan? hehehe.. kusyuk mengadap asam pedas yg marbeles tu.. tengok pun dah tau.. mmg marbelesss!
kak itaaa...mmg marbeles lauk ni...belah melaka panggey gulai assam berlada......nyum..nyum...nyummm
Kak Ita..Emm tengok je dah terasa lapar pulak perut ni..
salam kak ita, buleh tanya sikit tak? sawi jeruk tu halal tak ye? sebab kita pun selalu makan letak kat asam pedas, tapi takde tanda halal kat plastik dia.. konpius ni, tapi mak mertua cakap memang halal, sebab dia jeruk je...
wow...asam pedas...sgt peberet nih..dpt cicah roti/cekodok pon sedap kan kak..gulppp
salam...
akak guna kamera jenis apa ye? gambarnya cantik2 belaka..sharp...DSLR ke? lawa..mcm dah biasa wat photography
asik nampak resepi asam pedas je hari ni...terliur betol la...tapi mak nani x makan ikan pari. selalu buat ikan kembung je...
tun biasa jarang mkn asam pedas tau, pas kawin ngan org johor ni, mcm2 resepi asam pedas yg dh dicuba.. sayur asin tu pun, baru je kenal. mmg bila masak asam pedas, hasben tun mesti nk kutip sayur asin tu..
huishh kak, sure meleleh..part orang tu singsing lengan yang takleh lupa tu kan...hehehe last sekali hirup kuah, perghhsss!
kak ita tiba2 rasa kecur air liur tengok asam pedas tu...
dah lama tak masak rasa rindu nak masak plak lah he..he..
sedap yer ..mesti cuba ni
emmm ... sedapnya ....
dah lama hanim tak makan asam pedas ni. kena pula dengan ikan pari. mmuaahhh ... marvellous .......
Post a Comment