Assalamualaikum.... - masam manis f

Breaking

Nov 5, 2011

Assalamualaikum....





Dah berapa hari ita tak dapat nak lelapkan mata.. Macam-macam perkara bermain dalam kotak ingatan ita. Macam-macam yang ita fikirkan.. kadang kala ita sendiri tidak pasti apakah jawapan dari setiap persoalan..


Blog... blog.. blog... 
Oh! tidak mudah sebenarnya berblog.. 
Pada mulanya ita sangkakan dunia blog hanyalah dunia hayalan semata-mata.. Bak kata orang kita nampak depan mata tapi pegang tak terasa..
Kita ada kawan.. tapi dimana?
Kita berbicara.... tapi dengan siapa?
Kita marah tapi... untuk siapa?
Kita menulis tapi.... untuk apa?
Hari-hari kita mengomel... apa pula tujuannya..??


Anak-anak ita pernah kata,
" Mak, kalau mak sunyi bila kita tak de.. mak buka blog, Mak pasti akan suka kerana kawan-kawan mak pasti ada di sana..."
" Nanti kita buatkan mak blog... mak mesti suka sebab kita tau apa yang mak suka.."


Bila ita mula berblog, suami adalah orang yang pertama yang memberi peringatan.. 
Adakah ita dah bersedia untuk menghadapi kenyataan dunia blog yang kadang kala sukar di mengertikan..
Nampak tenang tapi dasarnya bergelora...
Dugaan datang silih berganti..
Ada yang suka.. ada yang tak suka itu adalah lumrah hidup dunia bloger..
Hak kita tidak lagi menjadi milik kita.. ia kepunyaan semua.. 
Kita yang sudi memberi kita mesti bersedia juga menerima...
Bak kata perpatah kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai...


Berbalik pada tujuan asal.. Apa sebenarnya tujuan kita berblog?? untuk apa?? dan untuk siapa??
Adakah kita berblog untuk menarik perhatian??
Adakah kita berblog untuk popular??
Adakah kita berblog untuk dipuja-puja?
Adakah kita berblog untuk suka-suka?
Adakah kita berblog dengan seikhlas-ikhlasnya...

Ingatlah.. Niat kita hanya kita dan Dia sahaja yang lebih mengetahuinya..



Bila blog ita di block tempoh hari, baru ita tersedar...
Ini satu peringatan buat ita juga yang lainnya..
Ita tak pernah terfikir akan musuh dalam blog....

"Akak ada musuh ke???"
"Ada orang yang tak puas hati dengan akak agaknya...."
"Ada orang yang kecil hati dengan akak ke...?"


Dalam dunia khayalan macam ni pun kita ada musuh ke??
Ini lah persoalan yang buatkan ita tak dapat lena.. 
Apalah kesalahan besar yang telah ita lakukan agaknya ?? 
Salahke jika ita buat apa yang ita suka??


Ita tak pernah terfikir yang ada orang yang akan dengki atau sakit hati..
Ita rasa ini adalah satu kesilapan teknikal antara ita dan Google. Kesalahan ita kerana tidak kemaskini akaun. Itu sahaja..

Ita tak mahu ada sekelumit perasaan syak wasangka pada sesiapa
Mak ita selalu pesan.. "Jangan kita buat orang.. sentiasa bersabar bila orang buat kita.. kerana sabar yang menentukan kekuatan iman kita"
" Jangan ada sekelumit perasaan syak wasangka pada orang kerana sekelumit perasaan itu terbit dalam hati bererti kita telah menyalakan api di sana.."
Bimbang jika hanya kita yang berperangsangka sedangkan insan itu tulus dan ikhlas orangnya.. bimbang kita tak dapat minta ampun.. dan akhirnya kita terpaksa pula memikul dan mencari beliau di sana.. 
Adakah kita sangup?? Adakah kita bersedia??


Ita tak suka bermusuh dan ita tak mahu bermusuh dengan sesiapa
Bila situasi begini berlaku.. ita mula berkira-kira.. apakah ita akan teruskan atau berhenti di sini sahaja..

SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA... Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas dari...
Azlita Masam Manis

45 comments:

Uji Hussein said...

hai Ita.Saam perkenalan.Saya berblog kerana terlalu banyak pahit manis kehidupan yang ingin diabadikan dan setengah2nya tu boleh dikongsikan bersama untuk dijadikan teladan.Follow awak ye.Selamat hari raya aidil adha.

Aini Iskandar said...

salam kak ita,
saya rasa sedih bila terbaca status kak ita 2 hari lepas dalam FB... kak ita sabar ye... mungkin ini dugaan yang mana ada hikmah disebaliknya.. saya suka dengan blog kak ita nie... macam2 resepi kak ita yang saya cuba dan ianya menjadi.. Melalui blog kak ita, saya dapat mempelajari sesuatu dengan masa saya yang terhad, anak2 lagi, tugas2 seharian... Bila saya jd follower kak ita, saya rasa macam pergi satu kursus masakan dan banyak ilmu yang saya perolehi... Jadi, saya berharap kak ita akan meneruskan blog kak ita kerana banyak kebaikan dari keburukan sebenarnya... Mungkin ada segelintir hambaAllah yang "tak" berapa senang dengan kak ita tu, tapi ramai lagi yang suka dan menyokong kak ita... teruskan usaha murnimu...caiyyok2 kak ita :)

kkida @ 1001resipi said...

salam ita,
ni pertama kali rasanya kkida berkomen di blog ita...selama hari ni sekali-sekala kkida akan jengah blog ita ni, cuma tak tinggalkan 'kesan' hehe....blog ita adalah salah satu blog yg kkida appreciate (tu sbb kkida letak link ita di blog kkida)...blog yg pada tanggapan kkida berkualiti...takda cakap merapu...
tujuan berblog? pada kkida terpulang pada diri sendiri...utk siapa, kenapa, sampai bila?
kkida berblog sebab 'syok' sendiri aje...jika ada viewer yg sudi baca dan komen ok aje...takda pun takpa...jgn susah hati ita...relax...dunia hayalan dan kenyataan lebih kurang sama...yg menyakitkan, yg menggembirakan, dengki, khianat pasti ada...itu le di namakan manusia...:)

mama ju said...

Aslkm

Suka tgk blog MM, sweet je.
Baru terbaca tulisan melambuk pasak MM kat blog kak jee. tahnaih dan teruskan usaha.
Selamat menyambut lebaran..jumpa lagi.

Yatie said...

Assalamualaikum dan Salam AidilAdha buat Ita sekeluarga. Maaf zahir dan batin andai tersalah dan silap selama ini. Yatie faham perasaan Ita, Yatie juga pernah mengalami situasi ini. Ingat tak masa kita berjiran dulu, kita selalu ingat mengingati..walau di mana saja kita berada, kita takkan lepas dari masaalah dan kita akan bertemu dngn orng2 yg hasad dengki dngn kita. Sampaikan bila yatie pergi US pun ada gak manusia yg bersikap mcm tu...

Ini dunia maya, mmng kita ikhlas, tapi kita tetap berdepan dngn masalah mcm ni...pada yatie dunia nyata dan dunia maya adalah sama..kat bloglah kita meluahkan apa yg tersirat...ada perasaan..so Ita janganlah ambil hati sangat...berbaliklah pada niat yg ikhlas..anggaplah ianya amal jariah utk kita di kemudian hari..

Harapan yatie moga Ita sabar dan tabah dlm dunia berblogging ni..teruskan minat dan karya2 Ita, kita mestilah ingat, tak semua orang sukakan kita....anggap itu perkara biasa je...jangan kerana perkara kecik ni, Ita membawa diri..buangkan jauh2 perasaan itu...Yatie lebih mengenali Ita dari dulu...Ita mmng tak suka kacau dan menyakiti hati orang...keep going girllll...

Unknown said...

Aslkm K.Ita,

Selamat Hari Raya Aidiladha buat K.Ita sekeluarga.Tahniah dan syabas atas kesungguhan akak dalam menyampai dan berkongsikan resepi2 dan ilmu yang bermanafaat buat semua.Semoga terus tabah dalam mengharungi suka duka dan liku2 hidup berblog ni.

Junie Octovian said...

Salam Ita..
Maaf ye akak tak jadi follower, tapi akak selalu berkunjung ke sini. apa yg akak ingin nasihatkan agar Ita meneruskan perjuangan. Jangan jadikan masalah yg berlaku itu sebagai titik penamat kerana blog itu tempat kita mencurahkan perasaan seronok memasak utk dikongsikan.
Rasanya tiada siapa yg nak bermusuh dgn Ita yg lemah lembut orgnya ni. Barangkali masalah dgn pihak google sahaja. Jgn ambil terlalu serius.
Ok...Salam Aidil Adha buat Ita & keluarga.

Qasey Honey said...

Asslm kak...saya slh sorg followers blog akak...http://qaseyhoney.blogspot.com/...saya pon tfikir gak mcm yg akak rasa tu...mgkn ade org dengki ngn akak...saya pon sedih bile dpt tau blog akak digodam...kt blog akak saya byk mcuba resepi2 yg akak buat..bru nk stat berblog jugak...klau betul la hrtu blog akak xde lg..xtau la mcm mne nk kata...saya n kawan2 pon panik skejap...wlau ape pon yg tjadi saya tetap sokong akak...

azizah@cutemamadelicacies said...

Assalam dan slmt hari raya aidil adha Ita dan teman2 blogger. kzah sngt berharap apa yg terjadi tempoh hari kesilapan google..jgn lah ada manusia yg tidak senang dgn kejayaan ita berblog kerana tidak rasa puas hati, mereka akan buat yg sama pd blogger yg lain. Maklumlah..kzah pun baru berblogging.. Salam ceria semua.

nieda said...

salam kak ita,
selagi niat kita baik teruskan saje aktiviti blog...owh ya berkaitan blig akak kena block tempohari, rasanya ramai juga yg dah kena sebab tak kemaskini akaun..rasanya google ada hantar email bagitau. husband nieda baru2 ni facebook kena block juga sebab tak kemaskini akaun..nasiblah dia terror bab2 it ni..
mcm nieda aktif blog thn2009, masa tu baru ada anak. tujuan blog pada asalnya untuk catatkn segala kenangan berkaitan dgn anak dari dia lahir sampai dia pandai bertatih,berjln dsb...seronok baliktgk entry lama2..semua tu kenangan di samping dpt berkongsi ilmu parenting dgn parents di luar sana

Juwita Jamaludin said...

Salam kak ita.. Org mcm2 gaya kak.. Jgnkecil hati dgn org walaupun kadang hati kita terusik.. Buat yg terbaik dan ikut niat kita berblog untuk apa.. Allah maha menilai apa yg kita buat.. Ita suka hasil kerja akak.. Sabar ye..:)

HaSue said...

Salam kak ita..
Kalau pasal blog kena block tu,saya pun pernah kena baru2 ni..memang saspen sbb 1st time kena..tapi ia takde kena mengena dgn org hasad dengki ke apa..cuma mmg kena confirm akaun kite masih aktif ngan google jer rasanya..ia boleh berlaku kepada mana2 blogger n x perlu panik sebab proses confirmation pun x serumit yg kita sangka..
aritu masa terkena panik juga..nasibbaik masa tu tenet laju je nak confirm akaun google dan dalam masa yg sama kwn2 blogger lain bg sokongn wpun x dpt bantu..

Lagi satu kalau pasal motif berblog ni masing2 ada jawapan sendiri..sukar nak bg jawapan yg muktamad sebab kadang2 ia bergantung kepada banyakkkk situasi.. kadang2 niat kita tak nampak pun pada cara kita berblog..jadi bak kata org..sendiri mau ingat jelah..hehe..

apa2pun semoga blog kak ita terus maju jaya dan mara ke hadapan. setiap blog punya kekuatan tersendiri..jadi kita tak perlu fikirkan sangat perkara remeh yg boleh menumbangkan diri kita sbg blogger masakan.

Selamat hari raya aidiladha buat kak ita sekeluarga..

EmpayarUtama said...

Salam kenal, pertama kali baca terus nak komen hehe. Komen-komen yang ada puj panjang-panjang cam entri jugak hahahah. Camanapun dah ada blog teruskan aja :)

Kak Rose said...

Selamat hari raya Aidiladha buat ita n keluarga...

ingat tujuan asal berblog, so ita x kan rasa bersalah pada sesiapa... sbb mmg ita ikhlas berkongsi ilmu yg ada... keep on going ya!

technical glitch tu pun kak rose penah kena jugak... tp syukur Alhamdillilah dapat jugak bukak akhirnya wpun panik sekejap!

~fam~ said...

kak ita, saya suka memasak. tengok blog akak, lagi suka sy masak. nampak sedap. dan bila saya buat sendiri memang sedap.

kak, bukan senang nak puaskan hati orang. sebab manusia sendiri tak pernah puas dengan apa yang ada.

jadikan ketidakpuashatian itu sebagai pemangkin semangat untuk membuat yang lebih baik pada masa hadapan.

chayok kak ita!

Liza said...

Salam aidiladha kak ita...
Liza suka sgt2 blog MM ni, so liza xnak kak ita patah semangat sbb hanya kita yg tau apa yg kita buat...dan kita jugak xmampu utk puaskan hati semua org...
kami akan tetap berada dibelakang kak ita dan akan tetap sokong akak...caiyok caiyok....hihihi

Nurul said...

Salam Aidiladha buat K Ita sekeluarga...
Jangan sedih2 ye kak... dunia blogging ni penuh cabaran... kita x mampu nak puaskan hati semua orang mcm yang K Liza cakap tu... InsyaAllah, kalau niat kita ikhlas, knp nak stop kat cni saja... Pepun, nurul tetap suka singgah cni biarpun jarang2... :)

ninazsyafinaz said...

Salam Aidiladha kak Ita.
Yang lepas biarkan..hadapi cabaran yang akan datang.mmg betul kita tidak perlu syak wasangka.kalau mmg ader yg sengaja mengodam tuh..maafkan lah..kerana semua pun dah kembali asal..cuma apa yg berlaku kita jadikan pengajaran.Naz doakan semoga akak sntiasa maju jaya.

P/s: Dr smlm mengodek dapur kak it nih..banyak tul yg kita nak buat..hehhe

Mat Gebu said...

Banyak2 bersabar yea...macam tu lah kak resam dunia blog....Moga Allah swt memberi akak kekuatan. Selamat hari raya aidil adha untuk akak sekeluarga....

tun_telani said...

salam kak ita, hmm... rasa2nya blog kene block tu cuma technical prob dgn google je.. tun pun pernah kene aritu. mula2 saspen jap, pastu click sana click sini sesuka hati, last2 google suruh send hp number dan dia tend confirmation code. rasa2nya few bloggers jugak yg kene mcm tu. ada yg just kene URL error dan refesh 2-3 kali dh ok. yg teruk sikit kene mcm tun nih, lama betul br dia minta confirmkan. yg pasti, nk hijack dan block kan blog org lain mmg susah. cuma hijacker yg hebat je blh wat camtu. so, jgn sedih2 fikir ada org yg block blog akak ye.

ps: hmm.. suka je tgk blog akak. cuma tang lagu tu, kalau senang tun nk click utk stop kan lg ok bg tun. biasa tun bukak few taps terus. dan kalau ada 4 blog yg tiap2 blog ada auto lagu, kelam kabut tun nk tutup semua.. just my 2 cents la. tp tu semua ikut pendapat n preference masing2 la kn.

pps: selamat hari raya aidiladha utk akak sekeluarga.

Oh Oeya said...

Saya suka blog Kak Ita.. Semoga Kak Ita kuat menghadapi apa yang meresahkan hati dan fikiran. Teruskan berblog ya Kak Ita.

Senyum Kak Ita :)

Senyum :)

Senyum :)

Salam Aidil Adha utk Kak Ita sekeluarga :)

CT Delima said...

As'salam Ita

Berblog ini bukan sekadar berblog jer Ita, terlalu banyak dugaan dan cabaran yang harus kita lakukan. Kadang2 kita terpaksa berkorban demi masa dan segalanya. Keikhlasan adalah segala2nya. Kena banyak bersabar lah ya :)

Selamat Hari Raya Aidiladha buat temanku Azlita dan keluarga :)

Rabiatun Adawyah said...

Assalamualaikum Kak Ita,

Kalau pasal masalah dengan google, Tun pun pernah kena jugak kak..tapi dah ok kan kak..Jadi, no problem la dah kan.. :D
Tun pun suka juga ngn blog akak..ok jer kak..Tiap hari mesti nak tengok menu akak dulu..hihihi...Teruskan berkarya yer kak..
Selamat Hari Raya AidilAdha buat akak sekeluarga :D

Kak Nik Ja said...

mokwo pun harap itu adalah masaalah dari google lah!!...usaha ita yg baik dgn blog nih..harap dapt ita teruskan....banyak ilmu yang berguna di sini dan ramai jugak boleh mendapat manfaat dari blog ita nih!

Ummi said...

Assalam Ita cayang...rasanya kalau masalah google xkan Ita sampai nak berhenti berblog kan...mcm ada sesuatu yg tersirat, mesti karenah manusia kan...sehingga mau mengundurkan diri... Adat resam orang Ita, ada yg suka, ada yg tak suka kan... Kalau kita ikhlas pun dia xleh baca keikhlasan kita kadang2..yg dia nampak menyampah aje.. Budi dan usaha yang dikongsi terus x nampak dek setitik kesilapan yang tidak disengajakan atau pun baru sekali kita lakukan....

Apa yg dikongsi nampak x kena jek di matanya... tp nampak sgt bz body jgk kan, pastu sebut2 citer kat org lain, adeeeii.. Lantak pi la Ita, org mcm ni...kadang2 terkejut tengok Ita meletupss... dia x amik pendekatan positif lgsung...

Sabar banyak2 ya Ita..teruskan berblog. Blogging jugak mengajar kita kematangan berfikir, mengenal sahabat sebenar, menyuruh kita berhati2 dan banyaaaaakk lagi... Moga Ita ceria2 di hari raya korban ini...muaaahhh!

E-na Zarina said...

Assaalamualaikum k.ita...
apa2pun think positive, jgn serabutkan kepala dgn pk yg bukan2...blog akak penuh informasi dan akak begitu komited dgn MM...bkn semua org bole buat spt yg akak buat...u have d talent..keep it up sis!

norhanim md zain said...

assalamualaikum..

ita saya di perkenalkan dgn dunia blog ini menerusi adik saya..semenjak dari itu saya sudah jatuh hati..bagi saya dunia berblog ini penuh dgn warna warni...ada kwn kwn sealiran seperti ita CMG ,Madiha, Salam Dua Benua,1001 resepi dan ramai lagi ..walaupun kita tidak pernah bersua muka ..dgn dunia blog ini menjadikan kita seperti satu keluarga yang sealiran..

Blog MM banyak menjadi inspirasi saya ..kadang kadang stress dgn keja buka aja blog MM ..feel release tgk presentation from Ita..

So nasihat dr saya teruskan usaha murni Ita..jgn terlalu memikirkan apa kata org..KEEP UP..

Salam AidilAdha..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, kak ita. Aiseh, sy ttinggal ketapi, busy buat kek lapis, hihi. Kak ita, tak rocklah mcm ni. Sape yg tak puas hati ngan kak ita tu, pedulikanlah kak.yg penting kalau ada 10 org pun yg benci atau sakit hati, ni ha, beriban2 yg snggup berdiri di depan kak ita, smile ok, jgn sedey2.

Salam Aidiladha utk kak ita skeluarga especially Dalili cumel. ;-)

Ann said...

kak ita... banyak-banyak bersabar kak.. dugaan... jangan patah semangat...ttg ckp org akaun kena block sebab hasad dengki tu sy kurang bersetuju... pendapat sy sama macam hasue.. Selamat Hari Raya Qurban kak...

lisan 'usfur said...

asslamualaikum kak ita...

sabar k...Allah sentiasa bersama org2 yg sabar...(inallah hama'a sobirin )salam adha dari lisan usfur

MAMANYAII mayiaas said...

Salam sis.
Salam AIDILADHA.
Mereka ada mulut, biar mereka bicara.
Mereka pandai,biar mereka block blog kita.

Kita mesti kuat, kerana NAWAITU kita betul.
Jgn kalah dgn mereka.
ALLAH selalu bersama kami.
Kalau kita benar....NOBODY cant stop us.
YOU GO GIRL.............
Take Care

Arena said...

Salam kak,

Saya peminat blog akak. Saya harap akak tak berhenti berblog. Mana boleh nak semua orang suka kita.Mesti ada yang dengki dan sebagainya. Me and my collegue are a huge fans of your blog. Bila stress jek, kami akan masuk blog akak dan feast out eyes on your dishes for a few minutes, dan lepas tu sambung kerja balik.

Saya masuk ni pon nak cari resepi ni, sekali hilang pulak semua link kat tepi tu kan.

Another thing, selain tengok masakan, saya juga sangat admire akak punya teknik mengambil gambar dan food styling. Hopefully akak akan continue to blog, selamat hari raya kak and take care.

Arena said...

Opps sorry kak, dah nampak dah semua link kat side bar nih, connection kat kg ni slow kot. hehe

Arizakiah said...

Salam aidiladha buat ita....


akak selalu BW blog ita cuma jarang tinggalkan jejak....patutla lama ita tak buat entry...rupanya ada masalah...
macam2 peel manusia sekarang....nak nyusahkan hidup orang je...
BTW,, akan suka blog ita ni....

NinaAz said...

hai kak!!! hehehe..suka2.. terima kasih resepi kek karamel.. first time buat trus jadi..ALHAMDULILLAH.. tq kak!!!

http://danishninaaz.blogspot.com/2011/11/kek-karamel-aidil-adha.html

azzra said...

selmt berblog..jangn mengalah..eh knpe di fb k.ita dah tak der gmbar yer..

nonierahman said...

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ kak ita,teruskan berbloging,jgn berhenti terus,anggap semua tue cabaran dan dugaan dlm dunia berblog.apa2 pon selamat hari raya aidul adha,selamat maju jaya utk blog masam manis :)

dalila said...

saya sediri pernah menghadapai pelbagai dugaan... hadapinya dengan tabah... Salam Aidiladha.... :)

mimie said...

salam aidil adha jugak buat kak ita dan keluarga.
hee... baru sekarang di ucapkan tp takpa kan dari pada tidak.
tau tak kak ita... setelah saia jumpa blog kak ita..pandangan saia tentang ngeblog jadi berubah.
dulu.saya hanya buat resep dan foto ala kadar je.
tp..liat blog kak ita dan ada cerita di setiap N3.terasa macam sdng dgr kak ita cerita langsung.saia ada sebut nama kak ita dalam N3 terbaru saia,
jgn kwatir kak... bukan cerita yg tdk2 ttg kak ita.melainkan..kak ita saya anggap macam sifu saia.
mohon izin sebut nama kak ita ye...
salam hangat dr indonesia :)

Leen Loyangkuih.com said...

salam kak ita cayang...
maaf lambat mengomen...
leen pun pernah post article yg hampir serupa dalam blog masak2 leen satu ketika dulu dan masa tu tengah sangat hot mengklik2 nuffnang ni...tajuk leen - Ikhlas ke... dan ramai geng food bloggers yg turut memberi pandangan juga... bak kata akak, kita berblog utk siapa, utk glamour ke...siapa kawan kita di alam maya ni, x nampak kan... dan susah nak nilai dari skrin laptop atau pc aje...tapi selagi kita ikhlas masak sekadar nak share ilmu dan resipi, insyaAllah Allah mudahkan kak...cuma blog tu leen private kan sebab dah sibuk kat blog loyangkuih.com ni kan, masak yg special pun dah jarang..hee...tak sempat dah nak set up meja nak ambik gambar cantik..hee...

ami said...

salam kak ita,
Lumrah lar klu ade yg suke..ade yg tak suke..yg penting niat hati.. klu baik pasti org nmpk kak..biar lar pe yg org nk kate..lagi pun blog akak ni, sye dgn kwn syer suke buka tiap2 pagi..terutama bile nk mula wat keje kt opis... menjadi ilham dan smangat.. heeehheee...smpi syer yg x bpe rajin masak ni menjadi lebih rajin bile mlihat resepi2 akak dengan gambar yg begitu fotogenik.. membuka selera syer..nyum2... teruskan usaha akak memartabatkan resepi2 yg mnyelerakan..q;-)

ami said...

salam kak ita,
Lumrah lar klu ade yg suke..ade yg tak suke..yg penting niat hati.. klu baik pasti org nmpk kak..biar lar pe yg org nk kate..lagi pun blog akak ni, sye dgn kwn syer suke buka tiap2 pagi..terutama bile nk mula wat keje kt opis... menjadi ilham dan smangat.. heeehheee...smpi syer yg x bpe rajin masak ni menjadi lebih rajin bile mlihat resepi2 akak dengan gambar yg begitu fotogenik.. membuka selera syer..nyum2... teruskan usaha akak memartabatkan resepi2 yg mnyelerakan..q;-)

ami said...

salam kak ita,
Lumrah lar klu ade yg suke..ade yg tak suke..yg penting niat hati.. klu baik pasti org nmpk kak..biar lar pe yg org nk kate..lagi pun blog akak ni, sye dgn kwn syer suke buka tiap2 pagi..terutama bile nk mula wat keje kt opis... menjadi ilham dan smangat.. heeehheee...smpi syer yg x bpe rajin masak ni menjadi lebih rajin bile mlihat resepi2 akak dengan gambar yg begitu fotogenik.. membuka selera syer..nyum2... teruskan usaha akak memartabatkan resepi2 yg mnyelerakan..q;-)

ami said...

salam kak ita,
Lumrah lar klu ade yg suke..ade yg tak suke..yg penting niat hati.. klu baik pasti org nmpk kak..biar lar pe yg org nk kate..lagi pun blog akak ni, sye dgn kwn syer suke buka tiap2 pagi..terutama bile nk mula wat keje kt opis... menjadi ilham dan smangat.. heeehheee...smpi syer yg x bpe rajin masak ni menjadi lebih rajin bile mlihat resepi2 akak dengan gambar yg begitu fotogenik.. membuka selera syer..nyum2... teruskan usaha akak memartabatkan resepi2 yg mnyelerakan..q;-)

ami said...

salam kak ita,
Lumrah lar klu ade yg suke..ade yg tak suke..yg penting niat hati.. klu baik pasti org nmpk kak..biar lar pe yg org nk kate..lagi pun blog akak ni, sye dgn kwn syer suke buka tiap2 pagi..terutama bile nk mula wat keje kt opis... menjadi ilham dan smangat.. heeehheee...smpi syer yg x bpe rajin masak ni menjadi lebih rajin bile mlihat resepi2 akak dengan gambar yg begitu fotogenik.. membuka selera syer..nyum2... teruskan usaha akak memartabatkan resepi2 yg mnyelerakan..q;-)

Post Top Ad

test