CHOCOLATE ECLAIR - masam manis f

Breaking

Nov 17, 2011

CHOCOLATE ECLAIR

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
Aii.. dah malam baru masuk dapur kan...
Biasalah kan ita ni bila anak2 periksa mak dia ni tak senang duduk asyik keluar masuk bilik kecik tu senak peruttt.. hihi tu yang dapur lambat berasap.. selagi tak habis exam selagi tu lah mak dia ni kalut aje.. semua serba tak kena.. apa yang di pegang semua macam tak de mood aje.. hati risau bukan kepalang..


Kesian pula pada semua pengunjung Masam Manis.. datang asyik tak de menu baru.. dok pandang Selat Terbrau tu je kan.. Stulang Laut tu ita ambil gambar seminggu yang lalu.. Dah lama tak turun JB. Bila jalan2 kat JB mmg dah banyak sangat perubahan yang berlaku. Jalan raya pon dah bersimpang siur... Kalau ita yg bawa kereta sure sesat haha..

Ita ambil gambar sebagai kenangan.. ita bimbang pula kalau ianya di rubah satu hari nanti.. tu pon banyak yang ita tak dapat ambil gambar kerana sedang di selenggarakan.. Banyak juga yang di robohkan.. sayangnya.. pokok2 juga banyak yang di tebang.. sayang sungguh.. banyak kenangan saat zaman kanak2 ita di situ,  dok main air kat stulang laut..


Kalau Pantai Lido tu tak usah cakap lagi lah memang dah berubah sama sekali.. Sedih pulak ita melihatnya.. Sebenarnya banyak sangat kenangan ita di situ.. Kenangan ita gi tangkap ketam dengan bapa ita. Kadang kala ita dok tunggu orang naikkan ikan di situ.. Kadang2 pak cik tu selalu bagi ita sebungkus ikan tamban.. atau kupang.. sukanya.. berlari2 lah ita membawa ikan dan kupang tu ke warong pak cik ita di tepi lido tu. Ita bagi pada arwah atuk ita.. nanti atuk ita akan buatkan ita kupang sambal.. sedapnya... teringat rasa kupang yang garing dan rangup tu.. rindunya kat atuk..

Ok lah kita lupakan kenangan ita masa kecil2 kalau nak cerita sampai esok pun tak habis kena 7 hari 7 malam baru selesai.. haha... Nanti ita cerita kenangan ita bila dah berumahtangga dan tercampak dalam hutan.. haha dok lah berkawan dengan beruk dan gajah.. dan di kelilingi rusa-rusa yang jinak dan comel sebagai teman.. wah! dah macam Snow White pulak.. laaa... perasan.. >o<


Balik ke menu kita hari ni. Ita buat eclair. Atas permintan kenalan dari FB juga. Resepi pun hasil selongkar ita di dapur seorang kenalan dari FB juga. Kalau kat FB memang dah terkenal dah dengan kerajinan beliau di dapur dan tak pernah lokek berkongsi resepi dan ilmu. Siap di ajar step by step yang detail.. untuk memudahkan rakan-rakan buat rujukan. Beliau yang ita maksudkan tidak lain tidak bukan Puteri Manja. Memang manja sekali tuan punya badan dan sentiasa mengukir senyuman manjanya..
Terima kasih Puteri Manja. Hanya Allah juga yang dapat membalas segala keikhlasan Puteri berkongsi untuk mereka2 yang benar2 ingin belajar. Rasa seronok bertandang ke dapur Puteri seakan tak mau balik dan rasa semua nak di cuba! Izinkan ita sharekan resepinya di sini pula ye Puteri. Harap di halalkan semua resepi yang telah ita cuba ye!

Eclair ni mmg sedap! lembut sangat dan filling dalamnya juga sedap! Kepada yang nak tengok cara penyediaannya dengan langkah demi langkah yang detail bolehlah jenguk2 ke FB Puteri Manja di SINI


CHOCOLATE ECLAIR
by : Puteri Manja

130 gm tepung gandum - diayak
300 ml air - ita letak 150 ml air dan 150 ml susu segar
100 gm butter
4 biji telur - di kocok
secubit garam
secubit gula - ita tambah

Sediakan tray, gris tray dengan butter
Panaskan oven pada suhu 200 C
Satukan air dan butterr ke dalam periuk dan masak atas api yang kecil sehingga butter dan air larut
Biarkan hingga air hampir mendidih
Kecilkan api dan masukkan tepung bersama garam dan gula
Kacau cepat-cepat sehingga ia bergentel-gentel
Teruskan mengacau sehingga ia menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di periuk.
Matikan api dan biarkan adunan sejuk.
Setelah sejuk, masukkan telur sebutir-demi sebutir dan terus memukul dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi adunan yang lembut dan berkilat.
Masukkan nozel dalam piping bag. Ita guna nozel bulat besar duik syiling 5 sen.
Masukkan adunan dalam piping bag.
Paipkan atas tray yang dah di gris dengan butter.
Garis- gariskan dengan lidi atas adunan tadi.
Bakar dalam oven pada suhu 200 C selama 25 minit
Ita bakar pada rak paling bawah dengan api bawah sahaja selama 25 minit.
Kemudia ita tukar pada api atas bawah dan bakar lagi selama 10 minit
Ita guna suhu 180C
Setelah masak, susun atas redai dan biarkan eclair benar2 sejuk

TOPING COKLAT
100 gm coklat masakan


Cairkan coklat masakan secara double boiler
Kemudia celupkan permukaan atas eclair 
Biarkan atas redai sehingga coklat mengeras.


CHOLOLATE FILLING

100 ml Whipping Cream
1 sudu kecil Gelatine
50 ml air
70 gm coklat masakan
1 biji putih telur
1 sudu besar gula castor

Masukkan gelatin dalam air dan biarkan ia terendam dan larut dengan sendirinya.
Masak coklat masakan secara double boiler  sehingga coklat mencair
Setelah coklat cair masukkan gelatin kedalam coklat yang masih panas dan gaul rata
Ketepikan
Pukul putih telur hingga kembang
Tambahkan gula dan pukul lagi hingga menjadi berkilat dan bertanduk
Bila terbalik kan mangkuk ia tak jatuh
Pukul pula Whipping Cream hingga kembang dan bertanduk
Kemudian satukan bahan telur dan coklat ke dalam whipping cream
Gaul rata dengan kaedah kaup balik secara perlahan-lahan
Jangan kuat-kuat nanti adunan cair pulak!
Setelah siap masukkan dalam piping bag dan gunakan nozel yang kecil
Simpan sebentar dalam peti ais dalam 10-15 minit jangan lama nanti ia beku
Kemudian buat lubang pada hujung eclair
Cocokan nozel dalam lubang dan paipkan filling coklat tadi

22 comments:

Nazrah said...

meriah ngan coklat la ni yer Kak Ita... anak2 pasti suka...

asyifamustaffa said...

mcm mudah la k.ita...kene cuba nie...:)

ilahjy said...

emmm lama kak ilah tak buat...sedapnya sekali ngap ilang sekali ngap ilang,,hehehe..masa dok kem majidee dulu kak ilah suka makan mee stulang laut..sepinggan 2.50 jer sedapppp.. rasanya dah tak dee lagi...masa di kem tu tahun 2002..kak duk 10 bulan jer ...

mimie said...

mimie slalu buat ni eclair kak...
sedap.apalagi vlanya durian...slrrppp
nak bg tambahan sikit lah kak ita,..waktu membakar tu...biar gelembung2 udara di eclair tu hilang.baru boleh angkat atau buka oven tu. kalau masih ada gelembung2 tu dah di buka oven, eclair tu akan kempes lagi...
hihih.... belagak tau saye ye kak.
maaf bebanyak kak.... sekedar berkongsi pengalaman... ^_^
dulu maen angkat je eclair yg msh ada gelembung udara.langsung terjun tokek eclair tu... :)

Unknown said...

Assalam kak Ita, menarik ni..tak pernah buat lagi..sedapnya kalau dapat rasa ni:)

Moonirah said...

kak ita!!! cm tau2 je mun nk try wat eclairs taw...sayang kak ita! heee >.<

Choco Ani said...

Salam ita.. sama lah ita anak ani pun amik SPM thun ni.. mmg resah terkenang kan anak berjuang di medan peperiksaan.. pa pa pun eclairs yummy sgt sesambil mkn minda tringat kan anak kan.. ;)

cik cek said...

Tk penah buat..yg kesiannya makan pun tak penah...he he...leh la mintak sikit kat Ita...ada lagi ke Ita...nampak sedap...:D

Aza/Rin/Na said...

...teruja sangat tiap kali masuk sini - btw, kak rin dah cuba buat kek opera ikut resepi ita di sini utk harijadi anakanda semalam - err .. tak secantik buatan ita tpi memadailah buat first timer macam akak - thanks so much ...

Ummi said...

Pheewwww....fengsaaaannn.... ^___^ kelessss choc eclair tu Ita, ngencess akak tengok Dalili makan, adeeeii

sitiezahim said...

salam kenal dari duisburg, germany..cam mudah aje nak buat..apapon pes time bukak blog akak ni, dah jatuh cinta la..cantik sungguh..:)

rahel said...

Selamat malam Kak Azlita..
tooolonglah jangan kasi gua telan2 liur je..ish ish ish..tengok coklat dia tu menggiurkan betul..tak tahan tengok..harus dicuba ni..tunggu..

dilla nadila said...

salam kak ita, minta izin nk cube resipi yea..mcam besh..nyum nyum!

Oh Oeya said...

Nyamm! Nyammm! :D

fazian.batrisyia said...

Sedapnyaaa....nak sikit kak ita!

fazian.batrisyia said...

Sedapnyaaa....nak sikit kak ita!

++eden|essey++ said...

kak ita camne tekstur eclair nie yea...lembut ke rangup...hihi...beshnya pastu ade coklat plak lg la terangakt...nk try la...

CT Delima said...

As'salam Ita


Nak tanya dulu ni.ada lagi ker dah habis..hahaha. memang sedap benda2 yang bersangkut paut denagn coklat ni. ct pun suka, jangan tanya kat anak2 dah pasti mereka memang suka. cuma tak boleh selalu makan coklat nanti mama dia yang tak tahan asik nak ulang2 jer makan coklat tu..hehehe

Insya'Allah jika ada kelapangan bolehlah menerai nya nanti :)

Anonymous said...

salam kak ita..

suka baca blog akak..

teringat saya 11 tahun dulu...masa saya SPM saya dpt menu kene buat eclair..skolah dlu amik vokasional bakeri n confec, masak dalam 3 jam menu apa yg soalan SPM sediakan....masa tu buat custard xbrapa jadi..siap buang lam sink..skali pemeriksa check kat longkang...pepun subjek tu dpt A2..

nak cuba resepi kak ita pas ni...sambil mengimbau kenangan lalu ..)))

Muhammad Faiz said...

Kak ita kite teringin le.. Blh pos ke ? Sy d kedah

eyka hyun a said...

assalamualaikum sis nak tanya boleh tak tunjuk ruoa nozzle bulat besar tu

Lady's Cosmetic said...

Salam sis, 1 aduan dapat brape pcs ya

Post Top Ad

test