Assalamualaikum...
Selamat petang semua...
Cuaca sekarang memang sukar di mengertikan.. kejap ujan kejap panas.. seakan-akan cuaca sekarang dah tak menentu.. Bumi seakan-akan semakin nyanyuk.. mungkin sudah semakin tua dan uzur..
Bila tiba musim tengkujuh.. Bagi mereka-mereka yang tinggal di kawasan yang mudah dinaiki air.. berhati-hati dan sentiasa berwaspada selalu. Cuaca yang begini memang sukar di ramal. Apa yang penting kita sentiasa bersiap sedia dengan segala kemungkinan.
Minum apa petang ni? emmm... sedapnya bau.. sampai meliuk-liuk ditiup angin.. dan menyusup masuk ke rumah ita ni.. membuatkan perut ita pun mula memainkan irama keroncong..
Petang ni ita hidangkan dengan epok-epok rapuh! Sedap tau! Kulitnya sangat rapuh... Biarpun dah di biarkan semalaman ia tetap rapuh pada keesokkan harinya. Napa tak caya??? Sebenarnya semalam ita dah buat dah epok-epok ni.. tapi di sebabkan hujan lebat ita memang tidak dapat ambil gambar. Bila Dalili dan suami ita balik dan mereka makan.. aje.. aduh! semua sukakan rasanya yang sedap dan kerangupannya yang tak terkata. Tak sampai hati pula ita nak menahan selera mereka.. ita biarkan aje mereka menghabiskan setiap keping epok-epok tu..
Pagi ni Dalili minta ita buatkan lagi.. Tu yang ita buat lagi petang ni. Ita kalau anak-anak suka makan ita lagi suka nak membuatkannya.. Lagi-lagi lah Dalili yang terkenal dengan sifat cerewetnya dalam menikmati hidangan. Bila dia suka maknya lagi-lagi lah bertambah suka.
Resepi epok-epok ni ita ambil kat dapur Ros. hihi ita dah biasa panggil epok-epok tu yang dok panggil epok-epok aje tu dari tadi.. Kalau gi rumah Ros pastilah Ros menamakannya Karipap. Tak kisah lah kan epok-epok atau karipap ia adalah kuih yang sama mungkin gelarannya aje yang berbeza mengikut negeri dan dielek kenegerian.
Inti karipap ni ita gunakan keledek manis campuran antara purple dan oren. Rasa inti karipap ni juga sangat sedap! memang terasa kesedapannya. Makan tak jemu. Penyediaannya juga cukup simple! dengan jumlah bahan yang sangat minima. Ita tambahkan sedikit bawang putih dan juga kiub ikan bilis untuk menambahkan lagi keenakan inti karipap yang sudah tersedia sedapnya ini.
Kepada pengemar-pengemar karipap di luar sana bolehlah mencuba resepi dari Ros ni. Karipapnya juga tak serap minyak buatkan kita tak rasa muak! dan kulitnya memang rapuh dan tak liat walaupun dah sejuk..
Terima kasih Ros atas perkongsian ini, ita minta izin untuk tepekkan resepi ni di sini sebab anak ita suka sangat.. ita akan gunakan lagi resepi ni untuk rujukan ita di masa hadapan.
KARIPAP RAPUH INTI KELEDEK
By : Ros
Rujukan : Bukan Sekadar Masakan
Untuk Pastri Rapuh
400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Buat Doh Pastri dulu
Campurkan sedikit garam dalam air sejuk
Masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan ia akan jadi berketul-ketul halus, macam serbuk roti,
Panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu
Setelah menjadi doh dan pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam
Langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti.
Sementara itu boleh buat inti karipap.
INTI KELEDEK
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam
Potong dadu keledek dan rendam dalam air
Blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati
Akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air
Kacau selalu dan biarkan keledek empuk
Sesuaikan rasa, masukkan garam secukup rasa
Setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil
Ikut lah nak buat karipap bentuk ape
Canai doh nipis
Kalau guna mesen canai tu set kat no 3
Kemudian terap doh bentuk bulat
Dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis.
Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Untuk Frozenkan Karipap
Goreng karipap tu semua, tapi kejap jelah, mcm dah perang sikit je
Pastu angkat dan sejukkan, kemudian baru frozenkan
Cara ni untuk matikan minyak dalam karipap tu
Karipap akan tahan lama dan apabila di goreng semula akan kekal rangup.
Nov 2, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
35 comments:
sedapnya nampak kak ita... saya dah lama teringin nak resepi yg rangup..dah banyak kali cuba jadi liat..lepas tu serap minyak.. tensi je..
hailahhhhhhhhhhhhh Kak Ita, mengimbau kenangan zaman kecik2. Sy panggil epok2 bentuk bulat ni tepung bawang, intinya sardin dan bawang. Menjadi pujaan hatiku selama2nya... Kak Ita, nt buat inti sardin pulak ya, tak dpt mkn, dpt tengok.. jadiiiiiiiiilaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhh...
huwaaa knape kak ita lmbt pos resepi sehari smalm dok cari resepi karipap belek2 blog kak ita xjumpa plak salah taip kot ptt search epok2.ptg smalm wat karipap tp xranggup sgt la nnt nk wat lg dh 3 kali wat tp xjumpa lg kulit karipap yg ranggup
kak, sedap nyer nampak...sy suka tambah daun sup/daun bawang dlm inti karipap tu...bau wangi jek...
kak ita...sedapnyer karipap inti keledek ni..kene pulak makan time2 ujan camni...best2!
Sedapnya kak ita mkn time hujan nie.cantik kak ita kelim karipap tue
macam mana nak buat kelim tu ye,cntk n kemas kak ita buat.dah byk kali try buat guna tgn,x menjadi..nak belajar sesangat...huhuhu
i malas sikit buat karipap, sbb nya buat berejam, anak ank makan tak sampai setengah jam...and usualyy i main taram saja the bahan , hehe...will try this one and bulat nye shape sah orh johor...my hubs org muor pontian!tqs for this recipe!
sedapnyaaaaaa.....
pastel aka karipap kegemaran saia lah kak ita...
tp biasa buat karipap pusing tu...
esok nak try yg ni pulak...
thky for sharing...love u..xixixi
Salam Kak Azlita...nampak best sangat karipap ni...comel2 pulak tu..
O,ya..ijinkan Rahel share link macarons tu ek?
Rahel dah buat dah...menjadik..terima kasih..
sampai sekarang tak pandai kelim tepi karipap... sedih
eh tengok gambar karipap tu dah terliur....sedapnya ......
cantik sangat....
mesti kena cuba ni....
thank ita for the resepi...
assalam..
masyallahhh..suka nya tgk epok2 tu. (org johor panggil epok2).
lagi suka tgk pinggan mangkuk ayan tu..toples tu lagi suka.
Lovely!!!! saya nak cuba gak lah.... thanks a lot kak ita
salam dek ita lawa
kak ilah pun buat karipap ptg tadi... buat comel2 jer sekali ngap jer... tapi inti ikan bilis kentang... kak terlupa pula nak buat bentuk mcm ita.. lain kali nak cuba..wpun 1 masa dulu dah buat ..kak ilah pun nak simpan resepi ita ni juga...t.k
As'salam Ita
epok2 ni paling sedap kalau makan masa panas2 dok melenting2 sebab pijor dalam mulut...hahaha. Ingat dulu masa duduk kat majidi tu jiran sebelah rumah rajin buat untuk makan sendiri. Kadang2 CT suka gak beli dan makan sorang2 kat beranda. memang sedap kan epok2 ni tak jemu pun. Lama juga tak buat ni Ita, nanti nak buat jugalah rindu kat tepung bawang arwah atok tu :)
pernah ke Johor dan cakap ngan makcik tu "Nak beli karipap" terus dia nganga..rupernyer orang sana panggil epok-epok..
kak ita, bak mai borang satu..nak menuntut ngan akak cara kelim yang comey tettomey sangat tu....
salam ita. nampak sedap... bundo mintak sepinggan.
Dah lama tak tengok karipap bulat. Kami org JB panggil karipap bulat tu epok2. Ate tak pandai buat pastry karipap, kadang tak menjadi dia liat. Yg ni nampak cantik, rapuh dan tipis betul. Mesti sedappppp.
cantiknyer mashallah fotografi akak, karipap pun lawa je bentuk bulat...cute betul! hehe
Kalau kak ita kata sedap....harus cuba ni...waduh...dah terasa2 pulak tekak ni dengan karipap @ epok2. Org Johor/Singapore kebanyakkannya panggil epok2. Org kata epok2 tu inti sayur...mana2 lah ye...kita ngap jek lah...
kak itaaaa yeeeyy da bule tgk blog akak dah :)
yeee yeeeyyyy dah bole bukakkk..alhmdllah....berkat kesabaran...
dah boleh bukak!huh!lega...dah macam kucing ilang anak jap tadi blog akak tak leh bukak..hehe
aduh kak ita...cantiknya karipap yg terkeluar dr paper beg tuh...kreatifla kak ita ni...tak puas sy tgk gambar tuh...untungnya family kak ita ada tukang masak yg hebat...:)
aduh..lapo la tgk karipap yg kak ita buat ni. lapo..lapo..lapo!.
di sbbkan ica baru balik dr kursus frozen food...
nak share sket.
sblm kita frozenkan... pastikan..karipap yg kta goreng separuh kuning td..benar2 sejuk. inti yg kat dlm tu pun benar2 sejuk. baru la di frozenkan.. supaya dpt tahan lebih lama. kalau tak..silap2 berkulat nnt.
Ha, baru boleh tinggal komen, pagi tadi nampak dah tp xleh view....alhamdulillah setel sume dah kan...itulah dugaan plg takut dlm berblog ni kan Ita, kalau hilang semuanya, mau meroyan kita...hehe.. Cantik comel karipap mu....klim pun menarik berseni, kalau akak ntah laaa...hehhehe
Syukurlah kembali suda Kak Ita pujaan :)
Oh! Raya Haji layan karipap best gak ni.. lalalalala
aduhai, blog ini mengasyikkan diserikan lagi dgn photo yg cukup menarik dan terus tertarik.
sedapnya....
salam ita.. tq atas resepi ni. memnag menjadi. anak2 suka utk berbuka puasa.. tq. stakat ni i dah try 2 resepi u and both sedap and menjadi..akan jd pengikut setia blog resepi u .. tq again..
salam kak ita..2 sudu besar marjerin utk pastri sukat pkai sudu pe ye @ Bpe gram mentega.
Nak Duit Poket dgn guna FB tak??
RM0.15?? sikit kan??
Klik punya klik.. tak sedar, dalam bank dah ada RM250! hehehe.. Seronok laaaa...
daftar FREEE!..just promote jerr.... pastu boleh dapat RM 100 satu hari!...
JOM! ((((CUMA KLIK JE LINK DI BAWAH DAN ANDA AKAN TAHU))):)
KLIK PERCUMA Di: http://iklansticky.com/hop.php?ref=farahlove91
Salam kak ita...sy budak baru belajar..hihi...mcm mane nk buat pastry tu ye? sy try buat...tapi bile goreng..pecah la..doh tu hancur...ape silapnye?
Kemas...sedap..mudah..👍🌟🌟🌟🌟
Post a Comment