Selamat berhujung minggu.
Hujung minggu datang lagi kali ni mungkinn lebih meriah kerana semua anak2 telah berkumpul dirumah sempena cuti sekolah.
Banyak aktiviti yang telah di rancang sepanjang cuti sekolah ni.
Semoga cuti yang panjang bersama anak-anak dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Hari ni ita pun nak keluar jalan-jalan dengan anak-anak. Pergi ronda-ronda kejap!. Hilangkan boring setelah lama teperap dalam rumah. Anak-anak pun dah mula berbunyi.. cuti tak ajak mereka jalan-jalan ke?
Memandangkan abangnya masih belum habis lagi bertarung dengan exam segala perancangan bercuti ditangguhkan sehingga abangnya pulang kelak.
Masih ramai yang mengaru2 kepala tak gatal untuk sajikan hidangan sarapan pagi yang mudah dan ringkas untuk anak-anak. Bila cuti sekolah bermula terlalu banyak aktiviti yang kita kena laksanakan. Pagi dah ke dapur sediakan sarapan. Kemudian bergegas kepasar untuk membeli keperluan untuk masak tengahari pula. Petang dah nak fikirkan juadah untuk minum petang. Dan malam apa pula yang hendak disajikan...
Untuk membantu, disini ita sediakan hidangan yang cukup ringkas dari dapur ita. Rasa-rasa ramai yang dah tahu cara penyediaan menu sarapan pagi yang ringkas ni. Mula-mula segan juga ita nak tayang resepi simple dari dapur ita ni. Hidangan ni mmg cukup ringkas dan selalu ita sediakan untuk sarapan pagi anak-anak.
Macam-macam cara kita boleh sediakan, dengan pelbagai corak mengikut kreativiti masing-masing. Biasa ita gulung aje.. tapi kali ni ita buat dalam pentuk karipap bulat. Mudah aje cara penyediaannya.
Roti sandwitch kita canai nipis. Kemudian kita potong guna cutter bentuk bulat.
Tepung gandum kita campurkan dengan sedikit air untuk di jadikan gam
Telur begantung pada berapa banyak inti yang kita telah sediakan dan berapa keping roti yang ingin kita celup.
Telur kita campurkan secubit garam dan sedikit lada hitam atau lada sulah.
Kemudian kita pukul sedikit.
Setelah siap ketepikan dan kita sediakan inti sardin.
Bawang besar di hiris halus
Lada merah juga dihiris halus
Bawang putih juga dihiris halus
Halia juga dihiris halus.
Begitu juga dengan daun ketumbar
Sardin di buang tulangnya dan dilecek bersama dengan sosnya sekali.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang besar dan halia.
Kemudian masukkan sardin masak lagi hingga sedikit kering.
Masukkan perahan limau atau boleh juga gantikan dgn sedikit air asam.
Masak lagi hingga sedikit kering
Perasakan dengan garam
Tambahkan lada dan daun ketumbar.
Taburkan sedikit lada hitam jika sukakan sedikit rasa pedas.
Gaul rata sehingga kering.
Letakkan inti atas sekeping roti yang telah dibulatkan
Letakkan bancuhan tepung di sekeliling roti
Rapatkan, kemudian tekan dengan garfu supaya melekat
Panaskan sedikit buter bersama sedikit minyak dalam kuali yang leper.
Celupkan roti dalam telur dan goreng dalam kuali leper tadi.
Balik- balikkan roti.
Bila dah kuning keemasan keluarkan dan toskan atas kitchen towel
Kalau ada lebihan minyak cepat2 lapkan dengan kitchen towel.
Sedia untuk dinikmati
9 comments:
Assalamualaikum kak Ita, sihat ker?
Cantik la karipap roti sardin akak ni, bolehla Tun try nnt. Kemas jer akak wat..nnt tun nak try jugala.. :)
salam maal hijrah kak...
Salam Maal Hijrah buat Ita sekeluarga, moga setiap amalan baik kita selama ini berterusan pada yg lebih baik dan moga mendapat keberkatan dariNYA.
sedap nye kak! tapi sardin boleh makan ke? konpius ngan makanan ni.. huhuhu..saya dulu penggemar sardin..tp dah lama x makan sejak mcam2 berita :)
salam maal hijrah ita...semoga sentiasa di rahmati dan d berkati...amin. semoga segala ilmu yg di kongsi memberi manfaat utk kami2 yg mmg sukakan blog ini...dpt kami rasakan keikhlasan dr tuan punya nyer...alhamdulillah..semoga terus memberi...tqsm ita...really2 appreciate:)) tqsm again:))
Salam maal hijrah kak ita...sedap roti bila wat gini...ringkas tp cukup puas hati...lawala layout resepi akak tu..cm baca buku resepi betul2 plak..apa2 di tgn akak mesti jd bagakkk hebat! :)
Selamat malam Kak Azlita...
kalau karipap cam ni skejap je my hubby dah abiskan..suka sangat mkn karipap...
cantek2 karipap tu kak..suka tengok.
Assalam Ita cayangg...,selamat menyambut maal hijrah...semoga hati2 kita juga berhijrah kepada yang lebih baik dari yg baik sebelumnya...
Waaah seronok kalau dpt sarapan dgn roti karipap mcm nih, nak2 inti sardin...good idea dear!
salam maal hijrah kak ita. hanim nak try la buat resepi ni. hb suka karipap sardin. copyright yer kak ita
Post a Comment