KEK CHOCOLATE CHEESE COMEL - masam manis f

Breaking

Nov 19, 2011

KEK CHOCOLATE CHEESE COMEL

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua dan salam satu Malaysia.
Selamat berhujung minggu dan selamat beristirehat bersama keluarga tersayang setelah beberapa hari memerah keringat mencari rezeki. Tak ke mana-mana ke hujung minggu ni?. Almaklumlah cuti persekolahan sudah pun bermula. Pasti riuh rendah dengan suara anak-anak. Si ibu pastilah orang yang paling sibuk menyediakan keperluan anak2 dan keluarga. Walau apa pun tugasan yang anda lakukan... lakukan dengan ikhlas..


Ramai juga yang mengambil peluang cuti persekolahan untuk mengadakan majlis perkhawinan. Mak pengantin pasti dah menyinsing lengan. Menyambut kedatangan kaum keluarga dan sahabat handai. Kepada yang dapat menantu tu, ita ucapkan tahniah dan semoga semakin bertambah jumlah ahli keluarga semakin erat hubungan kekeluargaan.

Pada yang tak de ke mana2 hari ni jom lah kita mencuba pelbagai menu hidangan yang baru. Masa cuti2 ni lah kita nak uji skil memasak. Perbaiki kelemahan dan tingkatkan lagi kemahiran. Manalah tahu ianya akan menjadi sumber pendapatan. Dapat juga membantu ekonomi rumahtangga. Tak gitu... !!


Hari ni ita nak sharekan satu lagi resepi kek.. Cheese Kek oh! tidakkkkkk.....
Aduyaiiii... dah terasa dah baju semakin sendat dan mula nampak spare tyre kat pinggang ni.. tu yang den tak larat tuuu... maakkk aiii... tapi nak cuba jugak sebab nampak kek ni macam menarik aje..

Sebelum tu ita nak minta maaf sebab ita tak dapat tunjukkan step by step cara bagaimana ita buat lorekan atas kek tu.. jangan mare ye... bukan apa sebenarnya ita ni pada mulanya buat main-main aje.. saja suka-suka nak cuba corak baru.. hihi ingatkan tak jadi.. sekali aii.. jadi pulak! lawa pulak tu.. hehe perasan kejap! jangan kecik ati ita mmg cam tu mudah bebenor perasan.. wakaka

Lagipun ita buat malam, saja boring.. tak de benda nak buat ita pun godek-godek lah kat dapur. Mata pon macam tak dapat nak lelap semalam.. Dari dok terkebil-kebil atas katil tu baik ita dok keluarkan peluh cikit.. hiihi berpeluh ke??

Tapi tak pe.. insyaallah kalau ada lain kesempatan kalau ita nak buat lagi ita tunjukkan stepnya.. emmmmm... entah bila lah tu agaknya kan.. berjanggutlah menunggu.. hehe
Ala kalau tengok pun dah dapat agak dah kan macam mana ita buat.. senang aje tu.. main cali-calit aje..


Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih pada Ena Lovely Kitchen kerana sudi berkongsi resepi kek yang sedap ni.. Bila ita terbaca tulisan Ena yang menyatakan hb dia suka kek ni, ita terus terasa nak mencuba! sebab pada ita orang lelaki bila dia kata suka... bermakna sedap lah kek tu... Ita pun terus salin resepi dan terus lah mengodek kat dapur. Kebetulan bahan-bahan pun tak rumit dan tak banyak pun bahan yang di gunakan untuk menghasilkan kek ni. Lagi pula, ita mmg nak menghabiskan baki cream chees tu takut rosak sayang pulak kan..

Masa ita buat kek ni ita tengok adunan kek sangat pekat dan likat hingga susah nak di gaul sebati. Adunan tidak menggunakan bahan cecair hanya bergantung pada susu pekat manis yang pun tak berapa membantu untuk melembutkan adunan. Ita agak mungkin ita dah tersilap dan dah berbisik dalam hati " habisss... tak jadi lah kek ni.."


Walaupun ita menggunakan tepung selfraising flour kek ni tak naik sangat. Ita agak sudah tentu kek ita dah menjadi bantat! Tapi bila dah masak dan dikeluarkan dari oven dan ita sentuh permukaan kek aik! lembut pulak! tu yang ita pun teruskan  lah projek untuk menyipakan kek ni hingga selesai. Ita rasa kek ni  teksturnya lebih kepada brownies. Apa pendapat anda??

Kepada Ena Lovely Kitchen, ita minta izin untuk sharekan resepi kek ni di sini pula! Memang sedap kek ni pula bila di letakkan cream cheese atasnya mmg laju aje.. habis seloyang! haha buat-buat lupa aje kat baju yang dah sendat tu.. Jom kita cuba!


KEK CHOCOLATE CHEESE COMEL
Ita guna loyang bulat 9 inc. Kek memang agak rendah.

KEK COKLAT
150 gram butter
150 gram gula halus
125 gram tepung gandum - ita guna tepung self raising flour
30 gram serbuk koko - ita letak 40 gm
50 gram milo - ita letak 40 gm
2 biji telur
70 gram susu pekat manis

Mula-mula kita sediakan loyang 9 inc, alas kertas minyak dan griskan dengan butter.
Panaskan oven pada suhu 170 C. Ita guna api bawah sahaja.

Pukul butter dengan gula sehingga putih dan kembang.
Masukkan telur satu persatu dan pukul rata. Tutup mixer
Kemudian masukkan tepung yang sudah di ayak, milo dan serbuk koko, gaul rata dengan spatula sahaja.
Masukkan susu dan gaul rata  dengan spatula.
Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 170 C selama 30 minit atau sehingga kek masak dengan sempurna.
Cucuk tengah kek dengan lidi sendengkan sedikit lidinya. Jika lidi keluar licin ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Setelah kek  hampir masak, sediakan pula bahan-bahan untuk adunan cheese.

CREAM CHEESE
400 gram cream cheese
120 gram gula halus
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Pukul Cream Cheese dan gula sampai menjadi krim.
Masukkan telur satu persatu dan terus memukul.
Tambahkan esen vanila dan pukul sebati 
Ambil sedikit adunan cheese dan warnakan dengan warna merah dan hijau. Ketepikan.

Cara ita.
Kek yang telah masak tadi kita keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk sepenuhnya atas redai. 
Bersihkan loyang dengan kitchen tisu supaya habuk kek tiada dan tidak mencacatkan cheese cake kita.
Ita potong atas permukaan kek yang keras dengan pisau.
Masukkan semula dalam loyang.
Kek ni dia bila dah sejuk, ia akan mengecut sedikit
Pastikan kek betul-betul di tengah loyang dan bila kita tuang cheese ia akan mengalir masuk di tepi loyang.
Kalau ada loyang yg boleh buka dasarnya lagi baik.

Tuang adunan cheese ke atas kek coklat dalam loyang tadi.

Mencorak kek cara Ena
Titikkan 1 titik adunan merah dan 2 titik adunan hijau selari denga titik merah tadi.
Tarik pengcungkil gigi dari atas titik warna merah hingga  melepasi titik warna hijau untuk menghasilkan lorekan seperti setangkai bunga. Buat mengikut citarasa anda.


Mencorak bunga tulip cara ita
Ita gunakan cotton bud yang bersih ye!
Ita sediakan 3 warna semua hanya 1 sudu besar aje
Warna yang diperlukan merah, hijau dan warna adunan asal.
Celupkan cotton but dalam warna merah
Calitkan bentuk kelopak tulip tarik dari tampok bawah ke atas layang perlahan sahaja
Celup lagi dan buat calitan kedua pula hingga seterusnya menjadi sekuntum bunga tulip.
Kemudian celupkan warna putih pula atau adunan warna asal, dengan cotton but yang lain pula ye! untuk mencorakkan bayang kelopak
Dotkan pula atau titik warna hijau pada tampuk bawah bunga
Dengan cotton bud yang lain celup warna hiju pula.
Sentuh pada titik hijau tadi dan terus tarik ke bawah dengan lembut untuk membentuk tangkai.
Ulang proses yang sama sehingga berapa kuntum bunga yang kita kehendaki.

Bila dah siap boleh lah kita bakar dengan kaedah steam bath
Kita letakkan loyang besar berisi air panas.
Kemudian kita letakkan loyang kek di dalamnya.
Peringatan! jika guna loyang yang boleh buka dasarnya jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium, dan ikat kuat supaya air tak masuk dalam kek.
Bakar kek dalam oven dengan api atas bawah, suhu oven 170 C selama 45 minit.
Kemudian tutup loyang dengan kertas aluminium dan bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak.

* Kek ni agak manis ita rasa kena kurangkan sukatan gula.
Boleh tambahkan yogurd untuk lebih rasa masam pada adunan cheese


Sesuai juga untuk di jadikan hantaran kan??

40 comments:

Fina said...

salam...first time tinggal komen..hihi..saya salute dengan kegigihan akak...

Nazrah said...

kek ni kalau jadi kek untuk hidangan meja pengantin ok gak..mesti licin...

NinaAz said...

CANTIKNYA...NAK TRY! HEHEE..TQ KAK SHARING =) LOVE YOU!

Yatie said...

slmt pagi Ita,
waduh cantiknya kek Ita ni, ni dah start cuti sekolah, bolehlah yatie cuba kek yg cantik2 dan sedap2 mcm kat sini....masa ni tak terkejar2 nak hantar dan ambek anak2 sklh...jadi bolehlah buat projek yg menggunakan kesabaran yg lebih...hehehehe...iyeye je yatie ni...

E-na Zarina said...

memang comeiiiii!!! sentuhan tangan yang berseni..ayu je E-na tgk bunga2 yang k.ita lukis tu...suke2...thanks sudi cuba resepi ni...ni mmg ant kek fav kami dan kwn2 yang dah rasa pun semua kata kek ni sedap!

Arizakiah said...

Cantiknya kek cheese ita tu...sangat kreatif...

Selepas 45 minit kek harus dikeluarkan dari oven untuk ditutup permukaannya dengan aluminium foil untuk dibakar lagi selama 15 min. Boleh tak zakiah terus je menutup loyang tadi sebaik saje memasukkan cheese dan membakarnya terus selama 1 jam tanpa dikeluarkan separuh jalan...minta penjelasan dari ita..

Choco Ani said...

Aduhh aduhh ita.. sedap nya.. kalau dekat mintak sepotong.. huhu keep it up..

Azlita Aziz said...

Wasalam Fina

salam kenal dari akak dan terima kasih :D

Azlita Aziz said...

emmmm... nazrah bukan atas meja pengantin aje atas meja rumah sendiri pun dah licin.. hihi

Azlita Aziz said...

sama-sama NinaAZ

Azlita Aziz said...

Selamat pagi yatie...
Terima kasih Yatie..
ialah mmg bila hari sekolah dok kelang kabut nak uruskan anak2 bila cuti ni dapat lah buat macam-macam dam macam-macam juga yang anak2 minta tolong buatkan kan??

dah tanggungjawab kenalah laksanakan ye tak?? hihi

Azlita Aziz said...

Terima kasis Ena..
Terima kasih juga atas resepi yang dikongsikan..
Ena pun apa kurangnya.. hebat jugak! akak pun kagum dengan bakat Ena.. :D

Azlita Aziz said...

Terima kasih Arizakiah..

Boleh juga tapi takut ia berpeluh dan lambat kering.
Akak tutup sebab takut kek tu terhangus atau terkuning pulak nanti tak cantik
Tak payah keluarkan dari oven selepas 45 minit cuma buka oven tan tutupkan aje atas kek tu supaya permukaan kek tak terbakar atau berubah warna..

Azlita Aziz said...

Terima kasih Aini.. meh lah pindah sebelah rumah ni.. Hihi

mimie said...

happy weekend kak ita..
wuihhh..terliur mimie...
aihh...krimcis tu tak delah kak ita kat dumai ni..
mimie bila buat ciskek tu,pakai krimcis ''abal2''...^_^
dari keju cheddar yang di panaskan dgn susu segar hingga keju tu mencair..
rasanya sdkt asin ..xixix
tapi ok jg... jd ciskek ''abal2'' le ceritanya...
nice pic sist..sukaaaaa

rahel said...

selamat tengah hari Kak Azlita..
baru prasan yg akak ada buat ciskek lagi...uwaaa...memang santek banget keknya..emm tentu enak banget...nak rase sepotong..bole? hehe..

zihan said...

cantik bunga tulip tu..bosan da buat corak marble tiap kali buat choc cheese cake (tu je yg pndai pon...hehe)..tq kak ita for the tips on how to make those beautiful tulips..:)

Ida,Japan said...

suka tgk lakaran bunga tulip kat atas cheese tu, creative betul....k'ita ni mesti pandai melukis orgnyer

::Azura Rahman:: said...

akak.. just want to say.. that akak ni mmg teramat la creative dan kemas orgnyer.. ape2 je yg akak buat semua menarik,kemas dan nmpk tersgt la sedap.. :)

~Pastries Delight~ said...

Alahai tergoda tengok dgn bunga2 lagi tu.rajinya akak

Ati Masrif said...

salam ita,

cantik deco yg ita buat tu

rasa dah mesti lagi sedap

insyaallah nk cuba..bhn2 semua dah ada :)

cikmanggis said...

cantik sungguh.Terpegu Cm...sungguh berseni:)

:: niezza said...

resepi kek choc cheese ni nampak best aje..resepi kt dlm blog ni semuenyer mnyelerakn..saye blogger baru.. nk follow.. saye dh follow dh..nnti boleh lh saye try semue resepi kt dlm blog ni ye....

Hanisah Fakhrul said...

Salam kak ita, cantiknya kek ni, suka sangat tenogk hasil seni dekat blog akak ni.

Cahaya Mama said...

wahhh,comel3,..hehe,..

The Cendol Champion said...

thanks for sharing...sedap bangat kak ita...of penyumbang resipi kak ena....in d making rite now....walaupun x sehebat pakars...hik2

Izyan Alias said...

subhanallah.. sgt ctk sntuhan tgn akak... 1st time drop komen. sblm ni silent reader je.. klu akak yg buat, blh la wt kek hntrn. klu tgn saya.. hmmm, lambat lg kot.. thniah akak..

E-na Zarina said...

k.ita, E-na link kan n3 ni dgn LK utk rujukan semua..tqvm sis.

http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2011/09/kek-chocolate-cheese-comel.html

Nur Ede said...

Asalamualaikum... Ita,
Comeyyyyy nyer kejadian kek chocolate comel yang Ita buat tu...
akak mmg mmg suke sesangat dengan setiap hasil kerja tangan ita.. comey.. dan kreatif sekali... akak suke tengok dan teliti setiap yang Ita persembahkan...nak sejuring aci tak...sedap nyerr...

Melly Octaviana said...

Cantik cake nya.. ;)

aida hadi said...

nape x tunjuk cara buat ros tu? tulis je tak leh nk imagine la...tak faham

Ibu Aina Iman said...

salam kak,

nk tanya nie...lepas bakar kek cokelat tu...tuangkan cheese krim tu...kena bakar balik atau masukkan je terus kt peti ais???

terima kasih kak...konfius nie..

Suriati Mokhtar said...

Salam kak Ita... sedapnye kek cheese ni. Saya nak try jugak la. Saya nak kongsi resepi ni dengan kawan-kawan boleh?

weezana said...

Salam Ita, terima kasih atas panduan buat bunga tu.. Saya mohon share..

miss greeny said...

salam kak ita! cntik nye bunge tulip yg akak 'layang' kn tu..hehe.. da la sy ni peminat bunge tulip..
resipi ni nmpak simple! nant nk try..hehe...
time kaseh ye kak ats resipi yg dishare...byk yg menarik..
ada beberapa resipi akak yg farah dah try..antaranye egg tart n cream puff..Alhamdulillah,,mnjdi...again, thanx kak! =)

sara shamsul said...

akak , boleh tak saya ganti kek coklat tu masak cara kukus ?

Unknown said...

cantik2 kek kak ita pnuh dgn kreativiti dn kkemasan..tabik spring la..sya nk try resepi cheese kek akk..sedpanyerrrrrrrr........

Pink Star said...

sedapnye! meletop ada bakery ke?
kalau tak de buat la kalau tak pun jadi chef
mesti meletop!!!!!!!!!!!!!

Pink Star said...

jadilah chef klu tak pun buat bakery sedap!!!!!
meletopppp!!!!!!!!!!!!!

Aleeya said...

Xtahan tgk nye kak ita cheese cake ni...kte terus membaking ni..1st time buat kek guna cheese.resepi2 kak ita yg sy follow xpernah mengecewakan.tqvm ye

Post Top Ad

test