MANGKUK COKLAT TIRAMISU - masam manis f

Breaking

Nov 9, 2011

MANGKUK COKLAT TIRAMISU

Assalamualaikum...

Beberapa hari lagi cuti sekolah sudah pun bermula. Anak-anak dah mula bercuti. Sudah tentulah ibu yang paling sibuk bila anak2 ada di rumah. Bila sebut pasal cuti sekolah ramailah yang merebut peluang untuk mengadakan majlis perkhawinan. Kepada bakal-bakal pengantin kita, ita dari Masam Manis ingin mengucapkan selamat menempuhi hidup baru.. banyak-banyakkan bersabar dalam melayari bahtera perkhawinan.. semoga perkhawinan yang di bina kekal bahagia hingga ke akhir hayat..


Hari ni ita nak sharekan satu idea atau cetusan ilham yang sangat sesuai jika kita jadikan sebagai gubahan hantaran untuk majlis perkhawinan atau majlis pertunangan. Boleh juga di jadikan hidangan untuk santapan Raja sehari di meja makan berdamai.


Idea kreatif ini ita cedok dari buku masakan Terokai Rahsia Coklat bersama Chef Amer. Buku ini terbitan Berita Publishing Sdn Bhd dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia dan sudah tentulah Chef Amer bertidak sebagai peneraju utama buku masakan ini. Buku ni sangat sesuai di miliki oleh pengemar2 coklat. Dalam buku ni ada pelbagai resepi, dan kaedah penyediaan coklat yang terbaik. Selain itu kita juga dapat mengetahui tentang khasiat dan kebaikkan koko bersama tips2 penyediaan coklat dan idea kreatif pembuatan coklat dari chef Amer sendiri. Chef Amer yang sangat pakar dalam pembuatan coklat adalah salah seorang Chef yang sangat ita kagumi bakat dan kebolehannya. Sebenarnya Chef Amer pernah singgah di dapur ita ni dan turut meninggalkan jejak beliau di ruangan komen  di SINI

Aduyaiii... bila ita terbaca aje komen dari Chef Amer ita, terasa dunia bagai terhenti seketika.. macam tak percaya aje.. Chef yang selama ini ita tonton di kaca TV sudi tingalkan jejak dan memberikan kata2 semangat kepada ita yang baru aje setahun jagung ni.. Ita pun apalagi menjerit kesukaan.. satu hari senyum aje memanjang.. sampai ketelinga.. Ita mmg amat meminati Chef Amer ni dan tersenarai antara chef yang paling ita kagumi. Sebenarnya pada ita adalah terlalu sukar untuk kita berjumpa dgn chef. Kalau artis tu boleh lah gi tengok konsert mereka, tapi chef ni kalau kita pergi restoran mereka pun kita tak dapat nak jumpa bayang pun susah nak nampak.. itulah hebatnya seorang Chef itu kan...


Chef Amer mula memasak sekitar usia beliau 10 tahun.. waahh.. hebat tu.. Nama beliau sebenarnya Chef Amer Hamzah, memperolehi Diploma Sains Pertanian daripada Universiti Pertanian Malaysia  UPM pada tahun 1991. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Teknologi Coklat dan Gula di Jerman pada 1995. Selain itu beliau juga menjalani latihan di Belgium, Holland dan Singapura dalam bidang yang sama.

Pada tahun 2001, beliau memulakan kerjaya membangunkan perusahaan coklat buatan tangan bersama Fidani Chocolatier Sdn. Bhd, pengeluar coklat terbesar di negara ini dan penerima anugerah Pengeluar Terbaik Perusahaan Koko daripada LKM pada tahun 2004. Chef Amer juga turut meraih Anugerah Produk Paling Inovatif daripada LKM kerana berjaya mencipta coklat Durian pertama di Malaysia. Berita yang sangat membangakan bukan sahaja pada ita malah pada peminat-peminat beliau juga apabila beliau tersenarai sebagai antara 9 CHEF ternama Malaysia. Tahniah Chef dari ita di Masam Manis.


Jom kita intai resepi di sebalik buku Terokai Rahsia Coklat ni. Sebenarnya mangkuk coklat yang comel ni adalah mangkuk aiskrim. Tapi ita dah ubah dengan meletakkan Tiramisu. Sebenarnya macam-macam lagi yang boleh kita buat dengan mangkuk ni, kita boleh letak jelly, kastard, gula2 atau coklat juga untuk hantaran.  Dalam resepi ni Chef Amer menggunakan coklat masakan coklat susu dan coklat putih yg menjadikan mangkuk ni marble. Memang sangat menarik! tapi disebabkan coklat putih ita dah kehabisan ita hanya menggunakn coklat susu sahaja.


MANGKUK COKLAT
by : Chef Amer
Rujukan : Buku Terokai Rahsia Coklat Bersama Chef Amer
Terbitan : Berita Publishing Sdn. Bhd
Kerjasama : Lembaga Koko Malaysia






300 gm coklat susu kompaun
50 gm coklat putih untuk marblekan
jumlah coklat bergantung pada berapa mangkuk coklat yang ingin kita sediakan

Kaedah Mencairkan Coklat
Didihkan air di dalam periuk
Tutup api setelah air mendidih
Letakkan mangkuk berisi ketulan coklat di atas periuk
Pastikan mangkuk berisi coklat mesti lebih besar daripada periuk
Pastikan mangkuk berisi coklat tidak bersentuh dengan air panas
- untuk mencepatkan coklat mencair, coklat di potong kecil-kecil
Kacau sekali-sekala sehingga semua coklat cair


Tiup belon dan sapukan minyak pada separuh belon
Paipkan garisan coklat putih pada coklat gelap di dalam mangkuk
Celup bahagian bawah belon yang berminyak di dalam coklat sambil di golek-golek sehingga menampakkan mangkuk berbentuk kelopak
Biar tebal sikit.
Tegakkan di atas dulang dan keraskan di dalam peti sejuk 5- 10 minit
Letupkan belon dan ceraikan dari mangkuk coklat dengan cermat.
Gunakan mangkuk coklat untuk menghidangkan aiskrim atau puding
Ita gunakan untuk meletakkan tiramisu.


BLUEBERRY TIRAMISU

Rujukan : Pautan Kasih 

Bahan untuk syrup
dapat 4 cup spt di atas
150 g blueberry filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan Cream
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ sifted
Hiasan
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry, strawberry dan resberry  segar 
Mangkuk coklat

Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.

Cara untuk melapis
Mula2 letak sedikit syrup, ke dalam mangkuk coklat
kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. 
Susunkan buah-buahan segar.
Simpan dalam peti ais sehingga tiramisu sedikit mengeras.


77 comments:

rahel said...

Ohhh....tidaaaaaakkkk....tutup mata..jangan tengok...hihi...sioknyeeee...ihhh...jeles tulll..

iedaoshin said...

cantikknye mangkuk tgk mangkuk je pun dh terliur ni tulun2

Masya said...

kreatifnya... makan tiramisu dengan bekas coklat tu sekali.. terliur dibuatnya....

atie @ ejay said...

aduuuh.. meleleh2 dah air liur ni:)

atie @ ejay said...

aduuuh.. meleleh2 dah air liur ni:)

Rabiatun Adawyah said...

cantik sangat kak..suker...hihihi..
Terima kasih juga sudi try resipi Tiramisu Tun yang tak seberapa tu :D

nonierahman said...

kak ita..yg nie sekali gap jer.sedapnya...

Juwita Jamaludin said...

Yum yum sedapnya nampak suka la leh mkn dgn tiramisu lagi...:)

Ummi said...

Weeeeee...santeeeekkknyaaaaaaaaaaaaaa......fengsaaaaaaannn dulu laaa ^___^, rajin sungguh dak Ita ni..mantopss gambar, mantops kejadian bagaaaiiii...adeeeii

TATI MANSUR - WIFE SOSAB MAMA SAZSO said...

Salam...

memang da bomb la kak ita...syok gila ngan mangkuk2 sekali boleh makan...:-))

Nurul said...

waaa, k ita... memang meletop... comey betul mangkuk coklat isi tiramisu tu... ;)

Unknown said...

sedapnye.... creative dan teknik photografi yang versatile... ;)

..your silent reader.. ;)

AinHinata said...

Waa..hebat2..xmampu rase nye nk bt mangkuk coklat tu..kene usaha yg lebih..mmpu nengok je la smpai leleh air liur..(:

yuyu aziz said...

wow hebatnye kak ita!

saya tak reti nak buat kerja seteliti akak...congrats kak.

i hv mentioned you name in my latest entry....thanks kak ita.

teruskan berblogging. saya suka tgk food & arts kak ita...

Simply Sue said...

sedapnyer kak ita...salivates

nam@along said...

wah..memang sedap nie.kreatif sangat..tabik betul dgn k.ita..untuk semua masakan yg dihasilkan xpernah mengecewakan pembaca masam manis..

Ct Arina said...

adoi laa kak itaaaaa nanges leleh2 tengok T_T

Cik Puan Izan❤ said...

nampak sgt sedapp..nak mkn pun sayangg...^^

anymz said...

nangis tgk kejadian coklat ni tau ta.kalau akak,akak makan je mangkuk coklat tu terus..hehe

Arora's said...

akak ni mmg best la,kreatif gila n sgt berseni,meh pinjam jap tangan akak kat saya

Nur Ede said...

Assalamualaikum Ita...
Rasa terpanggil untuk meninggalkan jejak... walaupon dah lama berhenti berblog.. namun bila ada masa terluang blog Ita lah yang akak jejak dulu... cantikk sangat.. seikhlas hati dari dulu hingga kini apa2 ajew yang Ita persembahkan mmg cantik2 dan terbaik... teruskan usaha2 murni Ita kerana mmg ramai yang ingin belajar keunikkan setiap persembahan dari Ita.. yang penting keikhlas sentiasa dihati.. semoga blog akak tersenarai kembali di blog list ita...

Yati said...

As'salam kak ita.

MasyaAllah...akak memang la sangat2 rajin...setiap hari ada je menu yg melelehkan air liur saya....sib baik tak pregnant...kalau la tengah pregnant, nangis hubsd saya nak cari benda tu utk saya....nak kena gi rumah akak mintak la nampaknya...hehehe...

kagum betul saya ngan kak ita...pandai masak, pandai foto,...ada seni...

kenapala tak berjiran ngan akak...alangkah bahagianya hidup kalau berjiran ngan akak,...hari2 saya buat muka tak malu mintak rasa...hehehe...mintak rasa jeee....

Chah said...

tulun! tulun! saya terpana & terkesima...cantik sangatttt!!!

Anonymous said...

selalu jumpat chef Amir kat open house Dr Azizan, very humble wlupun sangat terkenal skrg ni

apapun sedapnya kak ita, tak tahan tgk coklat tu

nurul huda said...

amboooooi.. kreatif nye lah chef amer tu kan kak ita.. sampai jadi mangkuk coklat nie haa.. hehe.. macam kak ita jugak.. kreatif... :DD

sal-nurbeena said...

Subhanallah...tengok gambar saja dah membuatkan kecur air liur ini apatah lagi jika dapat menikmatai mekanan se enak ini.

best tol kak Ita ni

CA said...

Ampunnzzz kak ita...tak terkata dah..ma-be-les banget.Muahhh!

mimie said...

hadehh....salah sangka lah kak ita...
mimie kira itu bekas dr keramik gt..wkwk
kreatif sungguh kak ita...:)

Azura said...

speechless :)

Pssst: ur silent reader

Nur Ede said...

terima kasih Ita... suker nyer akak ari nie... terima kasih daun keladi kebaikan dan ketelusan Ita sentiasa di hati... lalala....

Lieya said...

Perghhhh terbaekkklah kak oiii... tak makan coklat pun bile tengok gambo akak ni boleh jadi nak makan. soooo yummylicioussssss

Reen Tart Nenas said...

kak! bestnyer. terus rasa nak buat, tp x rajin hehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

wahh... memang kreatif chef amer ni kan.... tak terfikir belon pun boleh dijadikan perkakas dlm masakan.. hehe.. tahniah utk ita berjaya menghasilkan mangkuk coklat yg comel!!

eliyaezlinalias said...

teliti berseni nyer keje tangan akak neh...kagum~

fazian.batrisyia said...

Aduyaiiii...kenapalah chanteq sangat mangkuk tiramisu ni...terliurnya...bila la dapat makan...nak datang umah kak ita la cam ni...

Jujue Ahmad said...

ya Allah akak ita.. sedapnya tgk mangkuk coklat tmasuk isi n buah2an.. tp senang ke nk buat mgkuk tu? apa pn tahniah krn berjaya.. cantik sgt2..

Hamizah said...

jeles nengok..haha..

Unknown said...

ya allah ....... kreatif nyer lah k.ita nie... .tak berkelip mata saya memandang gambar yang terakhir tu..........

Mat Gebu said...

Mengancam jiwa dan raga!!!....

saffiya_aleesya @ echa said...

wahhhh sedap nyer...akak, saya nak sikit. nak jugak nak jugak huhuhu

Salina Salehan a.k.a iena chomey said...

kak ita pinjam tangan boleh tak...:)

zuraida said...

Ita.... terliur tau cam ni.. nanti anak dalam perut kita mengencis sebab teringin nak makan (alasan nak makan ler sebenarnya hehehehe), agak2 hujung minggu ni singgah umah ita boleh tak? (dengan harapan coklat ni ada lagi lah...hahahaha)

Amani Ramlee :) said...

oh,,,mmg meleleh la..dah la pemiinat tiramisu

Kak Wan said...

Subhanallah...kreatifnya kak ita....jelezzzznya wan....

Unknown said...

hebatla kak Ita ni....dah boleh naik jadi chef dah ni....hehe

quinnie said...

rajinnya kak ita...untung betul anak2 dan suami akak...tiap2 hari dpt makan benda2 kreatif cam gini..:)

Cheq Sue said...

mmmmm...tengok ni pun dah rasa kenyang kak ita...kalau dapat makan lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii la sedap semestinya

Jase Jamin said...

TERBAIKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!

~Sya~ said...

amboi kak ita...makin hari makin hebat...sukaaaa...

chefamer said...

Wow..!! hasil yg sangat menarik dari Kak Ita...Terima kasih kerana sudi mencuba (juga promote...malu kita). Kalau mcm ni saya boleh pencen awal lah..ha..ha...Kak Ita juga boleh paipkan coklat mengunakan paper piping bag pada belon tu,buatkan bentuk bulatan kecil hingga penuh 1/2 belon tu, tapi coklat tu perlu dimasukkan beberapa titik air agar pekat sedikit (memudahkan kita paip) lepas tu boleh dijadikan bekas jugak ya...

MamaFaMi said...

Tifah tertifu! Ingatkan mangkuk betul.. berkenan gak kaler coklat tu.. sekali bila baca seterusnya... oh ala... coklat rupanya! Macam ni punya sedap, bukan semangkuk je sanggup makan.. bermangkuk mangkuk pun ai rela you...

Aza/Rin/Na said...

wahhhhhhhhhh...terujanya akak first time masuk blog azlita ni - terus jatuh suka! ( jumpa kat blog Ben Ashaari )
such a gorgeous ... gorgeous ... work of art chocolate ... congrates!

Nina Mirza said...

Kak Itaaaa ....... !!!!
kebabommmmm BOMMMMM
Tolongggg .....rasa mcm nak pindah sebelah rumah kak Ita aje ....
Teruja hingga tak terkata
WoW !!

Fazlinil Irma said...

kak ita kalau buat perkampungan ramai yg nak jd jiran akak.. hikkkss..

sweetazezah said...

salam kak ita..adoyaaiii..taktau nak gune ayat aper ah klu nengok "ke-kretipan" kak ita ni.pk kan tadi mangkok btoi,ghoper2nye mangkok ceklat...bak semangkokk..haros menerai.kak ita,makaseh byk2 coz resepi kek puding karemel kak ita tu,dah jadi hot cake sye..moga allah swt sja yg dapat membls keikhlasan kak ita dok share resepi kat blog ni..take care kak.

E-na Zarina said...

speechless....sungguh memukau kejadian mangkuk coklat k.ita...memerlukan masa dan kesabaran yg sgt tinggi utk menghasilkan n3 ini...keep it up sis!!!

Unknown said...

Assalamualaikum semua...

K.Ita tidak kata-kata untuk dinyatakan sebagai pujian atas hasil kerja K.Ita yang cukup bagus kerana semua yang komen dah sebutkannya.

Saya nak cadangkan supaya K.Ita selitkan sedikit tips-tips fotografi di dalam tiap-tiap entry akak seperti aperturenya,fokus,background,ISO dan lain-lain pada setiap gambar akak supaya senang kami rujuk.Jadi tak perlulah kami mencari-cari balik entry akak tentang fotografi tempoh hari.Saya nak tahu sangat macam mana akak buat background putih dan hitam yang cantik tu.

Terima kasih K.Ita ye!

CT Delima said...

As'salam Ita

terlewat sampai kompom lah dah pinis ni kan..hehehe. sangat cantik kalau dapat makan lagi cantik sebab dapat masuk terus dalam molot..hahaha

zarina said...

tak bleh jadi ni..orang pun ada buku ni..tapi tak terpikir nak buat cam gini..huhuhu

Azira...Nozie...Kechik said...

ya Allah kak ita.........

sukenye saya terkata tengok ni. bole pakai belon pulak tuh! uishhh...

nur easy said...

uniknya.. kalau dah bijak tu kan, macam2 cara nak digayakannya kan..;)

familisihat said...

salam kak
sekian lama menjadi stalker hehe..nk buat resepi da bomb mcm akak ni x lg la kot wat masa ni since tgok kos mcm besar je..hehe..
nak tanya mangkuk coklat tu xde bau belon ke sebab biasanya belon kan da bau sket?apa2 pun, sy amat kagum dgn kreativiti dan kesedapan gaya memasak akak..mengalir amal jariah ilmu2 yg dikongsikan di blog ni..^^

KOALAJEPONG said...

ya Allah....geram nengok mangkuk cekelat kak ita...penuh ngam filling buah2an segar

Salam Harun said...

Akak beli kat mana semua fresh berries tu?? kalau kat jusco ada, tapi bukan everyday beries ni available.kat mana ye mende ni sentiasa available?

MsDila said...

kenapa la kak ita ni rajin sangat ye?
cantek la mangkuk coklat akak tu...
jeles nya....

ainur said...

waahhh....belon pon leh jadi acuan yg seUNIK dan secantek ini......

Shahrul said...

giler talented akak..saluteeee... klu iols wat bkn jdk mangkuk tp jdk kuali gamak nyer...hehehehe

Cahaya Mama said...

perghhh!!!! kak ita!!,.saluted la kak,..ya Allah,.sedap ni,.kalau sy, memang sayang kot nk makan,.huwaaaaa,nk menanges tengok resipi akak,.huhuhu,.

♥HuNny Me3nA♥ said...

sedapnyewww...terliur da nie..nk wat.tp xde mase..one day..i must try one..mestiiii..!!!!!!!!

Mama said...

waahhh...kak..sungguh tempting.. ur choc cup really amaze me...wonderful...delicious..ur choc cup dah cukup utk meneka kesedapan intinya nya nanti...kan kan kan... salam perkenalan from Mama.. ur pictures all are amazing n nice.. i loiikee it...mmuuuaaahhhh****

hani khalisya said...

sangat teringin nk buat tp xpndai nk cairkan coklat putih,...huhu..tgk gamba pon da wt teringin...superb la kak...

Teropong Ungu said...

kalau saya kan kak, mesti tak dapat cuba resepi ni. sebab saya sangat fobia dengan belon. hihi.

kak limah said...

assalamualaikum kak ita...

yeah..... saya dah berjaya buat chocolate bowl nih tapi tak secantik bowl kak ita. Thanks a lot for sharing this wonderful recipe.

kak limah said...

assalamualaikum kak ita,

yeah.. saya dah berjaya buat chocolate bowl nih. thanks a lot for sharing this wonderful recipe.

H M said...

nak cube buat yg ni dlm minggu ni . hehehe

Unknown said...

kak ita, tak paham lah yang whipping creme dengan whipped creme tuh, apa bezanya ea?

syaseby said...

terliurnyer tgk..kl mkn x cukup 5 kot.hihi..suka tgk pic kak ita..mmg pro n kelass gitu.

Post Top Ad

test