ROTI SILANG INTI KARI DAGING - masam manis f

Breaking

Nov 27, 2011

ROTI SILANG INTI KARI DAGING

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam di seluruh dunia.
Semoga kedatangan tahun baru ini membawa kita ke satu pengijrahan yang sebenar.
Hijrah kan hati dan diri kita. Berbuat baiklah terhadap sesama manusia nescaya kita akan mendapat kententeraman dan kedamaian hati. Ambillah hikmah dari setiap kejadian pada tahun yang lalu dan jadikan ianya sebagai panduan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang..

Sentiasa berfikiran positif dan berusaha untuk memperbaiki diri.  Lakukan apa yang kita rasa kita suka lakukan bukan apa yang orang lain suruh kita lakukan. 


Masa hari ni amat mencemburui ita untuk berborak panjang. Kita terus sahaja pada menu yang ingin ita kongsikan hari ini. Hari ni ita meroti. Kali ni ita singgah di dapur Yatie, dan tertarik dengan roti silang sentuhan dari Yatie yang menurut Yatie resepi asal dari Dapur Tanpa Sempadan.

Cara penyediaan roti amat mudah kerana ita menggunakan Breadmaker. Inti pula ita masih lagi gunakan inti dari Quinnie yang masih berbaki dari inti Karipap Daging yang ita buat hari tu. Roti yang sangat lembut dan sedap! amat sesuai untuk sarapan pagi atau hidangan minum petang.

Terima kasih kepada Adnan Ibrahim kerana berkongsi resepi roti yang mudah, menarik dan sedap! Juga pada Yatie yang turut berkongsi dan Quinnie atas resepi inti yang sangat menyelerakan. Minta izin pula untuk sharekan di sini.


ROTI SILANG INTI KARI DAGING
Olahan dari resepi ROTI SILANG INTI CENDAWAN
By : Adnan Ibrahim Dapur Tanpa Sempadan
Rujukan : Yatie Sinar Kehidupanku

250 gram tepung roti - high protein flour
50 gram gula halus atau  gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur - pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang
Bakinya jangan di buang - untuk glaze atas doh
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam - kalau guna Breadmaker guna air biasa

Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.
Satukan semua bahan lain kecuali mentega,
Masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal , kurang lebih 20 minit.
Bulat-bulatkan kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik

BREADMAKER
Satukan semua bahan-bahan untuk doh dalam breadmaker,
pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap
Kebiasannya breadmaker mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2.




INTI CENDAWAN
By : Adnan Ibrahim Dapur Tanpa Sempadan

200 gram cendawan butang, hiris
150 gram daging kisar - daging ayam atau lembu
1 inci halia*
2 ulas bawang putih* - *ditumbuk halus
2 helai bay leaf
3/4 camca teh serbuk lada hitam
1/2 cawan susu sejat
Garam dan secubit gula
1 biji bawang besar, didadu
1 pokok daun bawang, hiris

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar dan juga bay leaf, tumis hingga layu.
Masukkan daging dan masak hingga daging kecut. Tuang susu dan masak hingga daging lembut .
Masukkan cendawan dan juga lada hitam, masak dengan api perlahan hingga cendawan layu dan kelihatan kering.
Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup, kacau rata dan sejukkan.


INTI KARI DAGING
By : Qasehqu Quinnie

300gm daging - nak tambah lagi pun boleh...cincang halus daging
8 biji kentang saiz besar - potong dadu
1 biji ubi keledek saiz sebesar kentang - potong dadu (optional- tak dek pun tak pe)
4 sudu besar udang kering *
1 bawang besar*
2 bawang putih*
6 cili kering* -rendam dgn air ( blend bahan* halus)
7 tangkai daun kari
2 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
5 sudu besar rempah kari daging -dibacuh dgn air
1/2 cawan santan pekat
air secukupnya

Mula2 masak inti
Panaskan skit minyak dlm kuali
kemudian masukkan bahan2 blend, masak hingga naik bau dan bahan tumis agak kering airnya
kemudian  masukkan rempah kari daging, kacau2 rata, dan masak hingga terbit minyak
bila dah terbit minyak, masukkan daun kari kacau hingga naik bau dan masukkan daging, gaul2 rata
kemudian masukkan kentang, keledek dan air.
air hendaklah dimasukkan sampai  hapus kentang tapi jgn lebih sgt sebab nanti kentang jadi hancur.
Masukkan  juga santan dan gula, masakkan hingga kering
bila dah agak2 nak kering, masukkan garam kacau lagi hingga kering inti tadi atau  air dia dah tak de

tutup api dan sejukkan.


KAEDAH MEMBUAT ROTI SILANG
Sila rujuk di SINI sebagai panduan

Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi doh kepada 2 bahagian.
Ambil satu bahagian, canai 4 persegi seperti dalam gambar.
Kelar kiri dan kanan doh tadi. Isikan 1/2 bahagian inti di tengah doh.
Kemudian lipat bersilang antara jejari kanan dan kiri, buat hingga siap, alihkan ke loyang yang telah disapu sedikit mentega.
Buat kaedah sama untuk satu bahagian lagi. Perap 45 minit atau hingga naik sekali ganda.
Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) dan tabur serbuk lada hitam atasnya.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pasa suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan roti sebelum dihidangkan....


6 comments:

Mat Gebu said...

Salam maal hijrah puan....lama DTS tak meroti..teruja..

Yatie said...

uwaaaa Ita meroti ya arini..sedapnya makan roti panas2...terliurlah plk tngk roti Ita ni....mesti Dalili tlng silang2kan...hehehehe...

rahel said...

Salam Kak Azlita..
petang2 cam ni memang sedap kalau dpt seketul dua roti silang tu...geram jer tengok inti dia..banyaaak..

quinnie said...

salam maal hijrah buat kak ita sekeluarga....rajinnya akak buat inti kentang...saya bercadang nak buat inti kentang jugak..tapi malasnya..ingat nak guna utk buat pau..last2 guna inti kelapa je...hehehe

Unknown said...

salam maal hijrah buat kak ita sklrg..
wah,,,,,,,,,,,,
nampak gebu..bilalah saya nak sambar BM... hehehehehe

kak... kalau ada masa, sudi2 lalu ke kawasan saya, singgah ke kedai saya ya..
pekena mee bandung CITARASA RINDUAN

Chah said...

Waaa sedap tu pekena time ujan2 ni...rupa paraspun menawan jek....

Post Top Ad

test