AYAM SOS SIAM - masam manis f

Breaking

Dec 6, 2011

AYAM SOS SIAM

Assalamualaikum...
Selamat tengahari semua..
Hari ni ita masak lauk Ayam Sos Siam. Resepi macam biasa hasil dari intai2 dapur kak Ummi. Kadang-kala naik bingung fikir nak masak apa dengan ayam. Bila anak bujang ita tu ada kat rumah semua minta masak ayam. Payah-payah fikir ita terjah aje dapur kak Ummi. Banyak sangat resepi beasaskan ayam yang telah kak Ummi sajikan.. Pilih sahajalah mana yang berkenan di hati.. Terima kasih Kak Ummi kerana berkongsi resepi dan memudahkan kami mencari resepi untuk dihidangkan pada keluarga.. Semoga usaha kak Ummi berkongsi ilmu masakan akan mendapat ganjaran di akhirat kelak..


 Kita berbalik pada resepi Ayam Sos Siam ni.. rasa ramai juga bloger masakan yang dah mencuba! Pada yang belum ita cadangkan supaya cuba kerana berbaloi! sedap sangat!! hingga menjilat jari.. kata orang lagi pedas lagi kick!

Resepi masakan yang sangat ringkas dengan ramuan yang cukup simple tapi rasa.. masayaallah sedap! ita memang suka lauk yang macam ni.. harum dengan bau daun kunyit.. dan ita tambah sedikit daun limau perut untuk menanbahkan lagi aroma kesegarannya.. Cubalah! sedap! pulak bila ita lawankan dengan nasi yang ita akan sharekan sekejap lagi.. memang kombinasi yang terbaik! Jom kita semak resepi!

Ita salin semula resepinya di sini ye kak Ummi.. untuk rujukan ita dan rakan2 lain yang ingin mencuba!



AYAM SOS SIAM
By: Ummi @ Home Sweet Home

1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian ~ ita guna dada ayam
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit

Bahan kisar
15 tangkai cili padi thai
4 ulas bawang putih
~ ita tambah daun limau perut dan daun kunyit dan ita kisar sekali

1 labu bawang besar ~ dihiris
1/3 cawan sos cili
1 - 2 helai daun kunyit ~ dihiris halus
2 - 3 helai daun limau perut ~ ita tambah
1 batang serai ~ dititik ita tambah
sedikit gula
1 kiub ayam ~ ita tambah
minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

Bersihkan ayam dan toskan.
Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.
Perap 20 minit.
Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak.
Angkat dan toskan.

Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata.
Seimbangkan rasa. (akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek)
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar.
Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih

14 comments:

Chah said...

Ohhh....tak tunjuk nasi apapun xpe dah kak, saya cukup terguda ngan ayam tu!!

Pijot said...

aiyohh kak ita.. da ler tgh ari ni tgh lapo.. sdapnye ayam tuh... sy mesti cube.. ngeeeeee

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kat rumah pun sama juga.. anak2 semua sukakan ayam especially anak bujang sorang tuh... ayam mmg feberet nombor satu dia..
mlm td pun akak msk ayam juga.. tp style mamak.. hehe.. lenkali leh try resepi ni pulak.. nampak sedap tuhh.. betul kata ita.. lg pedas lg sedap!

mimie said...

hmmmm...sedappppp
buat buka puasa sedap sesangattt...
hr ini mimie buat tahu isi (tahu sumbat)
tp malas nak buat N3.
hissss.....
tengok n3 kak ita..jd besemangat pulak.....
slamat puasa asyura buat kak ita dan keluarga ya....
salam dr dumai

men said...

Hai K Ita,mmg sedap bila tgok masakan k.ita buat.Saya slalu tgok2 blog ni & blog masakan yg lain.Slamt bkenaln.Dari jauh ku intai blogmu:)Miri.

Kak Sam said...

Subhanallah cantiknya gambar.

Unknown said...

Memang sedap,tengok gambar aje dah tau!!!

Kak Ita, nak tanya sikit ye.Dari jarak berapa jauh akak ambil gambar dan zoom untuk dapatkan efek 'blur' kat belakang tu bila dah set aperture,dll tu?Tq...

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak..
mmg sedap ayam sos siam akak ummi nie... diana suka sgt makan.. sedap sgt

rahel said...

Selamat petang Kak Azlita..
ramai dah yang mencuba ayam sos siam ni..nampak menyelerakan betul,pekena nasi putih mesti bertambah-tambah je nasi kat pinggang...ketinggalan bas dah Rahel ni..

Mel said...

salam, sedapnya nampak. akan dicuba resepi ni nanti. Thanks for sharing

Siti Aisya mzm-fc said...

Salam kak Ta..sedapnya nampak.gambar 2 pulak tahap majalah..lawa sangat!..hari ni nak cuba masak ayam ni,hehe..harap2 menjadi.

ummu ayish said...

memang menyelerakan..kagum dgn kerajinan akak..

Unknown said...

Esok akan cuba resepi ni Kak Ita...Thank you...:)

Unknown said...

Esok akak cuba resepi ni Kak Ita...Thank you...:)

Post Top Ad

test