BLACK FOREST CAKE - masam manis f

Breaking

Dec 7, 2011

BLACK FOREST CAKE

Assalamualaikum..

Selamat tengahari buat semua pengunjung Masam Manis..
Dah makan tengahari ke belum?
Kalau belum makan tu pergi lah makan nanti perut tu masuk angin.. sapa yang susah??

Sejak dua menjak ni mood ita nak mengekek agak berkurang.. entahlah kenapa.. Mungkin faktor berat badan yang dah bertambah.. Hari tu ada lah member sepermainan singgah kat rumah ita. Dia jemput ita datang rumahnya hujung minggu ni sebab anak dia hantar tanda.. Tup.. tup.. dia kata.. Eh!... ita dak gemuk dan tembam dah sekarang.. HUUUUAAAAA...... macam nak menangis dengar.. ia ke ni..?? alamak.. baru perasan dah lama ita tinggalkan kasut joging ita tu.. dok terperuk dalam store... makkk.. tulunnn.. macam mana ni...


Badan ita memang mudah sangat naik dan paling payah benor nak turun.. Bila dah naik ni mendadak terus nak turun tu semput nyawa di buatnya.. Dulu dah pernah mengalami masalah berat badan sampai ita jumpa doktor.. Kolestrol dalam darah meningkat dan badan ita dikatakan terlalu banyak air.. Puas ita berjoging keliling taman.. akhirnya turun juga tapi makan masa selama 2 tahun dan ita juga tak mengambil nasi..

Bila dah berblog ni.. macam-macam resepi yang ita cuba.. pulak tu sedap-sedap belaka dan ita dah terlupa pasal berat badan ita ni.. Dulu masih boleh maintain.. bila ita berpuasa Isnin dan Khamis dan kadang kala ita merebut juga peluang untuk berpuasa sunat. Bak kata orang sambil menyelam minum air.. sambil kita menghayati pahala sunat berpuasa kita juga dapat mengekalkan kesihatan..


Bila anak-anak balik ita makin tak dapat kawal makan.. Setiap malam suami ajak pusing-pusing bawa anak jalan-jalan pas tu gi makan-makan .. bila tengok anak-anak makan seronok bukan kepalang tanpa di sedari ita turut juga melayan nafsu makan ita ni.. sekarang Oh!! tidak...

Ini juga berpunca dari masalah dacing timbang badan ita yang rosak.. Selalu setiap hari ita akan timbang berat badan ita awal pagi dan sebelum tidur.. ini untuk pastikan ia sentiasa berada pada jarum yang betul. Bila dia buat hal ita dah tak dapat timbang berat badan ita lagi.. waaaa..... nak kena cari sebijik lagi mesen timbang macam ni...  tak boleh jadi ni...

Suami ita adalah orang yang paling suka bila ita gemuk!! huaaaa... sedihnya.. dia kata comel I like... but I don't like... huhu.. nanti baju tak muat! seluar tak muat! nak naik tangga pun tak larat.. kalau dia dokong tak pe jugak hihi  ni.. kita jugak yang nak kena bawa badan kita sendiri.. sedeh aje... huhu

Hari ni ita buat kek lagiii.. OMG.. Ini semua hasil tergoda dan tak dapat kawal nafsu apabila melihat seorang-seorang member blog dok posing kek! cun melecun pulak tu.. eiii... geram betulll!! Dah lah kek nampak sedap! warna menarik! pulak tu hiasan dan deco .. memang mengugat iman ku.. akhirnya ita tewas juga dengan pujuk rayu Si hawa nafsu.. Ya Allah ampunkan dosa ku...


Adoiiii.. bila dah buat kek ni.. OMG sedapnya.. Ini memanglah kek kegemaran ita.. Black Forest Cake! Selalu suami ita belikan setiap kali B'day ita dari zaman cintan cintun..hingga kini dan selamanya... Suami ita ni dia tau aje selera ita..

Kini ita dah tau buat kek ni sendiri dan ita rasakan lagi puas hati buat sendiri.. lebih jimat dan berbaloi-baloi.. Buat kek ni cukup mudah! Resepi hasil selongkar dan jalan-jalan ita di google dan Youtube dan ita buat ikut selera ita..

Tapi kek ni ibarat puteri lilin yang tak boleh terkena terik Sang Mentari.. mudah benar cair di pangkuan bumi.. Sentiasa harus di temani Sang peti sejuk untuk mengekalkan kejelitaanya dari  panahan bahang asmara.. Wah! apa pulak yang ita merapek ni.. labu..


Aduyaiiii.... inilah kalau hati dah tak keruan.. mulut kata tak nak tapi hati kata nak lagi.. nak lagi.. tangan pula sasyik nak bukak peti sejuk tu aje.. macam nak gi selamat kan Sang Puteri lilin dari di baham Sang Harimau.. aummmmm... ngap! eeerrrkkkk... kenyang..

Ok kita berbalik pada landasan yang benar. Ita tak sempat nak tunjuk step by step sebab ita buat kek ita ni malam.. tau-tau je lah kan masa siang ita cukup terbatas sekarang kerana mengejar jadual masak untuk anak-anak. Bila malam barulah ita dapat melayan imiginasi ita dan berkarya dengan tepung , butter dan telur.. entah pukul berapa ita masuk tidur pun ita tak sedar.. haha

Untuk kek ita gunakan tepung kek segera Moist Supreme Cake Mix ita guna Devil's Food jenama Pillsbury. Cara buat ikut sahaja arahan pada kotak kek. Boleh gunakan apa-apa jenis kek yang lain tapi yg penting harus  kek coklat. Untuk tooping dan filling ita guna Bluberries sebab ita suka blueberries boleh juga guna cherry



BLACK FOREST CAKE

DEVIL'S FOOD CAKE
1 kotak Moist Supreme Cake Mix
1 1/4 cawan air
1/2 cawan minyak masak ~ ita guna Mazolla
3 biji telur

Sebelum buat kek kita kena panaskan dulu oven kalau boleh biarlah 15 minit awal.
Kemudian sediakan loyang bulat ukuran 8 inc
Oleskan dengan butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper
Satukan tepung cake Moist Supreme Cake Mix, air, minyak dan telur dalam bekas.
Pukul perlahan bila dah rata pukul kuat selama 2 minit
Tuang adunan dalam loyang
Bakar kek dalam oven pada suhu 170C hingga masak
Kek masak bila lidi yg kita cucuk pada tengah kek keluar kering dan licin.

Bila kek dah masak sejukkan
Bila dah sejuk keluarkan kek dari loyang
Potong bahagian atas kek yang keras
Potong kek kepada 3 lapisan ini bergantung pada kita berapa lapis yang kita nak buat layer
Ketepikan
Sekarang kita buat filling dan tooping


FILLING
1 tin blueberries
3 sudu besar bluberries filling
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar gula kastor
500 ml Whipping cream
Cherry merah ~ hiasan
Choc rice ~ hiasan

Blueberries dalam tin di toskan , asingkan air dan buahnya
Airnya di campurkan dengan 1 sudu besar gula dan 1 sudu besar tepung jagung dan masak atas api yang perlahan hingga sedikit pekat
Kemudian biarkan syrup blueberries ni betul-betul sejuk

Pukul whipping cream hingga kaku
Susun selapis kek atas lapik kek
Sapukan syrup blueberries atas kek hingga rata ~ guna brush
Kemudian sapukan whipping cream tadi dan ratakan
Kemudian taburkan buah bluberries yang telah kita toskan tadi
Tekan-tekan sedikit supaya dia masuk ke dalam cream
Letakkan lapisan yang kedua dan lakukan kaedah yang sama hingga habis semua lapisan
Sapukan seluruh permukaan kek dengan cream ~ ratakan
Taburkan choc rice di sekeliling kek
Paipkan blueberries filling di atas dan tengah-tengah permukaan kek
Hiaskan lah kek mengikut kreativiti anda..

32 comments:

Fazlinil Irma said...

adeihh. dah terliur kak ita. nak hulur pinggan boleh.:)

Anonymous said...

mewahh nampak kek tuh..sedap

ameris said...

mcm kek kt secret resepi jek...

nonierahman said...

alamak sedapnya...

Unknown said...

Sekepala untuk dewasa RM 17… kanak2 feee, memang berbaloi kalau korang jenis yang kuat makan.. bayar sikit.. makan sampai pitammmmm.. hahhahhaha
Ada 2 jenis kuah sop steam yang disediakan, samada ayam atau tomyam…
Minuman termasuk pakej, hanya jus Oren dan teh o ais limau.

PS: kuah sop steam tu sangat sedap, walau aku ada kedai.. tapi aku suka promote kedai kawan2…. Jom.. makannnnnn!!

NinaAz said...

HEHE..BYK KALORI NI.. kalau akak jarang kuarkan peluh bahaya ni.. JOm sama2 sihat! ask me how - 0199594525

Kak Nor said...

Cantik dah kemas je....Ita buat apa pun cantik, tertarik, kau mmg deboom hehhehe..

Ummi said...

Itaaaaaaaa...kijaammnyaaaa...huwaaaa, naaakk gak sepotong tinggi gitu...adeeeeiii, tu pasal la badan akak naik, semuanya gara2 sejak berblog masak2 ni laaa..terlajak perahu boleh undur, terlajak tekak, telan aje la jawabnya...kan...hahahhaa

mimie said...

sedappp kak ita......
mauuuu....sepotong ke....
seloyang ke...xixixix....
BTW...nak pecah perut gelak baca komen di atas.....
.terlajak perahu boleh undur, terlajak tekak, telan aje la jawabnya...
ahahaah...lucu le.... ^_^

Edith_TiTtiT said...

Cantik dan kemas lah kak... dah terliur dah nie...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Ita, berat kita pun naik gak.. adeh!! Beberapa ayat kak Ita tu ada prsamaan dgn kita..
1. Asyik keluar mkn mlm
2. Dulu timbang pagi mlm tapi skrg tak dpt timbang psl timbang punya scala tu dah lama, dah pudar tak nmpk nombor
3. Husband suka kita gemuk... uwaaaaaaaaa!!

bab kasut jogging tu memang sama sebijiklah.. hihi

Ida,Japan said...

fuhhhh....k'ita lagi la kalau mendeco mmg ada kelas dan kemas luar dan dlm keknyer....hardworking betul akak mengekek.sampai 4 lapis kek tu akak buat, kalau ida buat kan kak..ida bakar selapis2 he..he tak reti nk potong sekata cam akak...pernah buat sekali versi kek blackforest ni..sama la ngan k'ita, kalau gi kedai kek, kek ini dulu yg menjadi pilihan dihati

Pic2 tetap gojes...

aishah jamrek said...

aduhh...

norhanim md zain said...

sedapnya tengok kek tu....

cantik topping nya...

nak sikit.....boleh....

Aini Iskandar said...

salam kak ita,
seharian nie sy tgh mencari resepi blackforest.... Tetiba status kak ita ada pulak !!!! Ya Allah, sukenyeee....
Lg 3hr b'day anak dara saya, plan nk buatkan blackforest...alhamdulillah, kak ita dh msuk dlm N3..
Terima kasih bebanyak kak ita !!! Jasamu akan ku kenang !!! Ish, mcm dlm boboi boy pulak heheheee...

Anonymous said...

As Salam...firstly slalu jelus tengok airtangan n hasil kerja Ita....berseni n kreatif sekali....keduanya..saya pun ada 'mengeluh' dlm blog saya yg tak seberapa tu..hal keterujaan mencuba segala perkongsian resepi yg mengancam n cun melecuns bloggers n hasil surfin net..hehe..terlebey sudah beratku sekejap....nasib tetibek kurang sihat, selera pudar jap....harap2 maintain balik lah : )

Unknown said...

sedapnyer....sayang lak nak makan...cantik ita mendeco kek tu...

Nina Mirza said...

KAK ITA .... !!
Black Forest pun fav Nina juga
& Birthday Nina this coming Sunday
Nak rasa cake kak Ita ...
huhuhuuu . . . .

Unknown said...

perghh cantik dah boleh buka bakery ni kak:)

rahel said...

Adoiiii...tulunnn..pengsan lagiii..
tooolonglah Kak Azlita...kalau la kek yang dah dipotong tu tertonggeng...cepat2 Rahel ambik garpu nak cedok kek tu..sedap dan mantap..caaaaantik.

aJa said...

Assalamualaikum kak ita,

saya dr semalam dok layan blog akak sampai air liur meleleh kat keyboard...ahaks...

makan biskut jacob cecah kopi radix pun jadi sedap...hahaha

kak bilalah saya nak jadi masterchef cam akak heh...kagum sungguh..

CA said...

Ammpunzzz.....dappppnya...
dappnyaaa...

Unknown said...

Salam,

Alhamdulillah kesampaian hajat Kak Ita nak buat Black Forest sendiri ye..dulu kek ni pun favorite saya tapi kini apa saja kek berasaskan keju pulak...memang macam Kak Italah asyik buka peti ais sajalah bila ada Cheese Cake dalam tu...tengah malam pun sanggup makan lagi...

CT Delima said...

AS'salam Ita

Singgah dipetang hari..Yuhuuuu...kek puteri lilin ya, tak apa asal sedap masuk mulut tak kisah badan montel pun kira cun dah tu..hahaha. Kalau jatuh tangga bangun sendiri nanti... hahaha.

kalau nak bagi ct sikit daging2 kat badan tu meh campak2 sikit. Tapi lemak2 tak nak ya kang kolestrol banyak..hahaha. Adoiii...gelihati jap ct baca coretan Ita ni..hehehe

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak ita cayang..
waaah!! cantiknyaaaa... pandai akak deco kek.. mmg kagum ngan hasil tgn akak... semua cantik2 belaka... dah ler cantik..nampak sedaap sudah pasti ler kan... suka2!!

Unknown said...

Assalamualaikum Ita...


Mak hai! Gebusssnya Kek....Cantik Dan Nampak Sedap Sangat...Ada Tinggal Utk Kak Lin Tak?

Yat Maria said...

Just superb Ita!!! well done..cake yg cantik & menyelerakan :)

fazian.batrisyia said...

Sedapnya...sy juga suka kek black forest....

metalheart said...

Wah.. sedapnya.. dah layak bukak bakery ni... :)

icaland pelangi indah said...

salam kak ita... nak tnya.. knp ek..nmpk whipping cream kek tu..cam kuning. ke...sekadar faktor cahaya. atau kak ita guna cream lain.

Unknown said...

kak ita gune whip cream dairy ke? if dairy, cane akak bole pipekan die smpai bentuk bunga tu?

Unknown said...

Kak ita,boleh nisa tau akk gune whipping cream jename ape?

Post Top Ad

test