Selamat petang dan apa khabar semua..
Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu di alam maya ni..
Minggu ni minggu mengulung agaknya bagi ita.. hihi sebab musim hujan kan ?? asyik dok bergulung2 dalam selimut sampai terbawa2 ilham ke dapor masakan.. haha
Hari ni ita nak sharekan satu lagi resepi yang gulung2 juga..
Resepi yang menjadi kegemaran semua rakyat Malaysia tak kira kecil besar tua dan muda..
Ia juga di makan tak kira masa 24 jam sehari dari pagi hinggalah ke dinihari..
Sapa yang tak suka roti canai kan???
Roti canai atau Parata adalah panggilan bagi roti yang tak pernah lekang dari bibir rakyat Malaysia amnya. Satu family sukakan roti parata atau roti canai ni. Roti yang pada sangkaan ita sangat mudah penyediaannya ni rupanya tidak lulus di tangan ita.. hihi memang fail bab tebar menebar ni.. tak pandai lansung.. hihi tau makan aje..
Tapi hari ni ita memberanikan diri mencuba setelah terpanggil apabila berkunjung sekali lagi ke dapur Suhaina ~ My Singapore Kitchen. Melihatkan Kerala Porotta beliau membuatkan hati ni melonjak2 nak mencuba.. cantik sangat tekstur Kerala Porota Suhaina.. nampak sangat lembut..
Seisi rumah gelakkan ita bila ita cuba menebar roti prata ni.. hahaha memang tak de tokoh nak jadi penebar roti canai.. habis koyak rabak roti tu.. dah macam roti kirai pun ada.. haha
Dan.. akhirnya ita mengambil keputusan untuk canai aje roti tu.. Mungkin sebab itulah agaknya roti ita ni tak lah nampak gebu sebab dia tak cukup nipis.. masa mencanai tu kan.. tapi rasanya memang sedap! I love it.. so much.. TQ Suhaina for sharing this wonderfull recipe.. I love your chicken curry too..
Jom kita intai-intai resepi dari Suhaina
KERALA POROTTA / PRATA / ROTI CANAI
By : Suhaina
Ingredients:(Makes 12 nos:)
- Plain Flour- 3cups
- Milk- 1 cup
- Egg- 1
- Sugar- 1 tsp
- Salt-1/2 tsp or more
- Baking Soda- 1 pinch
- Olive Oil- 3/4 cup (1/4+1/2cup divided)
Method:
- Put the flour along with the rest of the gry ingredients into a large mixing bowl.
- Beat in the egg and milk together.
- Make a small well and pour in the wet ingredients. Mix in all of the milk egg mixture.
- You will get a loose mass of dough.
- Add in the 1/4 cup of olive oil in divided portions and knead the dough very well for approximately 8-10 minutes.
- Finally finish off the 1/4 cup of oil and cover the dough with a wet cloth, and let it stand for 2-4 hrs.
- When ready make use of the remaining3/4 cup of oil.
- Dip your fingers in oil and divide the dough into 12 equal balls.
- Applly oil liberally. Take each ball and use a rolling pin to roll into a thin circle. Stretch it to its limits.Pls see that it does not tear.
- You can roll upto the edge of your rolling board. The board should be well greased with oil.
- Now apply oil in your fingers and apply it onto the flattened roti.
- Use both your hands to lift the pratta from the rolling board.
- Left hand goes down the pratta with only the thumb on the top and right hand goes on top of the pratta with only the right thumb below the pratta.
- Lift carefully and bring it toward you to the right sideof your body and wave it into the rolling board which should be placed towards the left side.
- This allows the dough to actually spread out after each lifting and waveing.
- Do this process at least 5 times. By this time the dough will sometimes tear, but not to worry.
- Place the tip on to the board and coil. This is done to form layers.
- After rolling out three you can start to fry the porotta.
- Apply oil liberally on the hot tawa and place the flattened porottas. Apply oil again and fry both sides until well cooked.
- In the mean time flatten out the remaining.
- When you are done with the first batch pile it up and apply oil in your hands and beat the porottas sideways, so that the layers are separated.
- Do three at a time if you have a big tawa or at least two.
- Enjoy with any curry.
ROTI PRATA / ROTI CANAI
By : Suhaina
3 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
secubit baking soda
3/4 cawan olive oil atau minyak sapi bahagikan kepada 1/4 + 1/2
Satukan tepung, gula garam dan baking soda dalam satu mangkuk yang besar
Dalam mangkuk yang lain pukul telur dan susu segar ~ kocok aje
Buatkan satu lubang di tengah2 tepung
Tuangkan telur dan susu tadi ke dalam lubang
Gaul rata perlahan2 sehingga menjadi doh
Tambahkan 1/4 minyak dan uli rata selama 8 - 10 minit
Salutkan doh dengan 1/4 minyak lagi pada seluruh permukaan doh dan tutup doh dengan tuala yang lembab
Rehatkan doh selama 2 ~ 4 jam
Basahkan tangan dengan baki minyak dan bahagikan doh kepada 12 bahagian yang sama besar berbentuk bebola kecil
Sapukan minyak minyak pada papan canai
Anda boleh guna kaedah menebar seperti vedio dari yutube di bawah
Atau seperti yang ita buat mengikut cara video dari yutube di bawah
Selepas tu bolehlah di goreng atas kuali leper
Renjiksan sedikt aje minyak dan balik2kan roti
Sedia di nikmati bersama kuah kari, dal atau sambal tumis.
23 comments:
waaa....menggoda nih
Salam Kak Ita,
Sedapnya..memang all time fav ni...lebih terliur tengok kari ayam tu..
laparnye tengokkk....
kak..5.30 nanti saya dtg umah akak yerk..adoii kari tuh pekatnyer..mengguda jiwa!
mmmm... harumnya bau kari! langkah kanan ni datang rumah Ita...mesti semuanya masih panas! dah duduk bersila ni dengan secawan teh panas.. tunggu roti dan kari je...
salam kak ita....bestnya ada roti canai tuk minum ptg...hihihhii
resepi ni guna baking powder yer,mmg satu kelainan la...nnt nk cuba laaa....thnx yer akk..
dah lama tak merasa makan roti canai kedai ni kak...terliurnyeee heheh
Perggghh...petang2 hujan ni tgk roti canai lak....mantoppsss tul la Ita weeeyyy! :)
waaaa...cantiknya kejadian roti ni..kalah mamak ni...ade lg tak,mintak sekeping :)
yum yum.. sedap.. rajin akak tebar roti canai..:)
waduhh....pesal menggoda sangat nihh!!....
Roti canai satu...garing punya tau...nak tampal ngan telur...amboi!...nak mkn kenala buat sendiri...nak order2...kena la p kedai mamak kan ITa...
Rajinnya adikku yg sorang ni menebor roti canai....akak tumpang makan boleh...:)
slm k'ita...ida pun tak pandai tebar, masa buat hari tu, asben yg tebarkan....baru tau nak buat doh tu senang jer, yg tebar tu yg susah...terliurnyer tgk roti canai akak tuuuu
As'salam Ita
menebar kain batik ker tuala ker ct pandai lah. tapi bab2 nak menebar doh roti ni mintak ampun salah2 tebar hancus ct kerjakan..hahaha
walaupun arwah mak dan kakak ct handal menebar roti canai tapi kena kat ct memang tak ada seni langsung..hihihi
dah okey lah tu, ada bentuk kalau ct emm..tak pasal2 jadi roti kirai kang..hahaha
berkenannya..kena praktis tebar roti pulak lepas ni
salam ita..
seumur hidup akak baru sekali jer buat roti canai ni.. bab menebar memang hancuss la.. hihi.. jadi akak ikut cara mak akak dulu2 buat roti canai masa akak kecik2 iaitu dengan cara menarik2 hingga nipis di atas dulang besar. dulang tu mesti dari jenis dulang ayan (ayan mcm kole yang biasa ita guna untuk props tu)tarik berhati2 hingga jadi nipis atas dulang tu hingga ke tepi.. pastu barulah buat mcm yg biasa mamak dok buat tu & goreng.. hehe..
lawa roti canai ita tu tau.. ujan2 ni rasa lapar pulak tengok roti canai.. tadi pun tak ambik nasi.. just makan roti je 2 keping..
sedapnye makan rooti canai time2 hujan ni..huhuhu...maw 2 keping xckup ni
mohon nak share resepi ye...nampak macam best jer...nk try untuk kek besday husband nanti...
wah..kak, salam perkenalan..
wah..kak, salam perkenalan..
kak ita.........
izin copas resepi yeee....^_^
semalam mimie buat....
alamakkkk....terkeras lah kak ita...
tak tau salah di mana...
Salam, mohon guna gambaf roti ni kat blog akak ye...
i luvvv your pictures... makes me sooo hungry... do u do it on your own ?
Post a Comment