Assalamualaikum..
Selamat pagi dan bertemu lagi kita di alam maya ni...
Hari ni ita nak sharekan satu resepi kuih tradisional yang merupakan kuih kegemaran ita. Ita sangat sukakan kuih keria ni, Masa ita kecik2 dulu mak ita rajin buatkan ita kuih keria ni. Ada juga yang menyatakan ini lah donut Malaysia. Rasa keledek yang lemak manis di dalam dan di saluti pula dengan gula memang menambat selera ita.
Jangan tak tau ita boleh habiskan berkeping-keping kuih ni dalam sekelip mata aje.. hihi
Biasa ita kalau buat kuih ni macam mak ita juga , tiada sukatan yang tepat.. main agak-agak aje adunan kuih tu. Semua bahan kata orang tu main campak-campak aje..
Kali ni ita gunakan resepi dari Kak Wan. Jadi mudah lah sikit sebab dah ada sukatan yang tepat. Kita tak lah bimbang adunan terlembik atau terkeras.
Ita memang pengunjung setia dapur kak Wan atau lebih di kenali dengan Citarasawan. Setiap kali kak Wan masukkan N3 baru, ita pasti tidak melepaskan peluang untuk mengintai resepi terbaru dari kak Wan. Memang sangat teruja bila singah dapur kak Wan. Banyak sangat resepi yang menarik yang telah kak Wan kongsikan. Sudah semestinya biskut dan kek yang akan menambat selera setiap pengunjung.
Sentuhan kak Wan memang cantik dan kemas. Kak Wan yang ita kenali di alam maya ni bukan sahaja berbakat besar dalam dunia masakan, tapi beliau juga adalah seorang insan yang tidak lokek ilmu. Walaupun kak Wan seorang usahawan dan menjalankan perniagaan kuih muih, tapi kak Wan tetap juga kongsikan setiap resepi untuk di cuba oleh peminat dunia masakan. Ibarat ular menyusup akar, takan hilang bisanya....Terima kasih kak Wan atas segala ilmu yang di kongsikan.. Budi baik kak Wan hanya Allah juga yang dapat membalasnya. Doa dari ita semoga kak Wan di berikan kesihatan yang baik dan sentiasa di murahkan rezeki..
Ita tertarik untuk mencuba resepi yang baru kak Wan konsikan ni kerana penggunaan tepung ubi atau tepung pulut dalam adunan. Selalu ita hanya letak tepung gandum aje.. Tak sangka bila kita letakkan tepung ubi adunan lebih cantik bila di goreng, tidak serap minyak dan tidak pecah.
Ita menggunakan keledek oren untuk adunan ni. Kebetulan ita baru aje beli keledek untuk di buat mee. Sebelum buat mee ita buat lah kuih kegemaran ita ni dulu.. hihi
Terima kasih kak Wan atas resepi yang sedap! ita minta izin untuk sharekan resepi ni di sini pula ye!.. dan minta di halalkan semua resepi yang telah ita cuba..
KUIH KERIA
By: Kak Wan
Rujukan : Citarasawan
250 gm keledek putih atau oren
1 sudu besar tepung ubi
80 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
Untuk Menyalut Keria
80 gm gula pasir
3 sudu besar air
Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas
Masukkan garam, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan
Timbang doh seberat 40 gm setiap satu
Bulatkan dan leperkan
Bentukkan lubang bulat di tengah
Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasam
Angkat dan toskan minyaknya
Biarkan sejuk
Untuk menyalut keria
Sediakan kuali
masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat
Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali
Segera tutupkan api
Terus mengacau hingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih
Di hidangkan segera
* jika menggunakan keledek oren, tambahkan sedikit sukatan tepung kerana keledek oren sangat lembut
Dec 29, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
18 comments:
Assalamualaikum...
kalau le dapat 5 ketui untuk bekpes pagi ni alangkah bahagianya.
saya selalu nak buat , tapi tak pernah berjaya , tambahan kalau guna keledek oren , kat london tader keledek putih , so buat pakai keledek orang , macam cokodok ajer jadinye .. harap boleh try resepi kak ita ini .. mmg hantu kuih keria saya nie
ya Allah!!menggoda betul...feberet sy ni..teringat sgt kt mak sy...mak sy suke buatk' kuih ni...huhu
I've come for breakfast kak!!! OWH MY GOD..kuih keria in cup, totally cute!!!!
Ita cayanggg....ni kuih fav akak jgk..kalau makan mmg berkeping2 jadinya...ntah2 10 keping...adeeii... Mst ada kelainan bila guna tepung pulut gitu eh..okeh, nnt boleh buat...cari keledek oreeennngggg dulu...hehe
wahhh... kak ita.. pagi2 ni menggoda pulak ngan kuih keria ni.. jap lg kena g cari kat gerai2 ni..
salam kak ita..
waaa...sedapnya..dh lama yus x makan kuih keria..last makan masa study kat melaka tahun 2009..huhu..nanti nk godek2 lah kuih keria ni :)
samalah kita pun suka sgt mkn keria ;))
salam..tumpang lalu..nak ambik kuih keria seketul dua..leh wat minum teh o nanti..hihi..
dulu masa kat prt klang...slalu makan kue ni...
sekarang tak pernah makan lg kak..
terima kasih kak ita.... dah kongsi resepi ni...
nak try lah...rindu dgn port klang tu...^_^
Salam Kak Ita..Keria pun salah satu kegemaran saya dan samalah, saya boleh makan ia berkeping2 dalam masa yang singkat aje..
Menarik gak yaaa resipi kak wan ni..saya pun sebelum ni masukkan tgk gandum ajeee..ni nak gak cuba bereksperimen ngan tepung ubi pula...
Sedap koi gelang ubi jalor ni...!
Suka dengan blog nya K'Ita, photo nya cantik dan menarik,recipe nya pun enak enak.. btw salam kenal dari melly follower no 3838.. (nice no hor) hehe
Yummy..my fav0urite ni.lma dh xmkn..nnti blh try buat sndiri..
Yummy...my fav0urite ni.lma dh xmkn.nnti blh la ay buat sndiri..
Hello there. I make my kueh keria by using this recipe today. I use the purple sweet potato and it taste great. 💕💕 This recipe works. 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻
Thank you for this amazing recipe. I make my kueh keria by using purple sweet potato. 💕💕💕
Amazing I like Kuah Keria so much. Try in on ur recipe so delicious
Post a Comment